Gambar kenangan semua Sales Director yang menghadiri Leadership Conference kali ini bersama VIP Mary Kay. Antaranya adalah GM Mary Kay Malaysia/Singapore Encik Nasution, President Mary Kay Asia Pacific Mr KK Chua, Vice President Sales Development & Sales Education Mr Dave Grant, mentor NSD Emeritus Ann Newbury dan Elite NSD Grace Kao, Susan Freeman dan Jayne Chen
|
Bali .. satu destinasi pelancongan popular yang pernah juga singgah di hati saya. Dan seperti biasa, impian saya tentunya inginkan percutian mewah. Tinggal di hotel bertaraf 5 bintang dengan layanan yang sangat istimewa. Dan dibawa melancong ke tempat-tempat menarik oleh pemandu pelancong dan makanan juga disediakan. Tak perlu fikir apa-apa. Semua disediakan.
Dan impian itu tercapai juga akhirnya. Di Mary Kay. Sempena ulangtahun ke-15 Mary Kay Malaysia, pihak syarikat telah membawa kami ke Nusadua Bali, Indonesia untuk Leadership Conference kami.
Percutian selama 4 hari 3 malam itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Belajar, makan malam bertemakan Under The Sea, melancong hingga ke Kintamani dan tentunya shopping di Kuta. Kami tinggal di The Westin Nusadua. Sebuah resort yang sangat cantik. Dan saya berpeluang menyaksikan sunrise dan sunset yang sangat-sangat indah.
Boarding time .. wajah-wajah happy untuk pergi melancong sambil belajar |
Saat tiba di Ngurah Rai International Airport saya sudah terpegun. Melihatkan ukiran-ukiran menarik sekitar kawasan bandar udaranya.
|
Bergambar dahulu sebelum keluar dari airport |
Sebelum menaiki teksi menuju ke Nusadua Bali
|
Tiba di lobi hotel, kami melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi.
Tiba di The Westin kami disambut oleh dua gadis manis ini
|
Pemandangan sekitar The Westin. Sungguh indah. Pantainya yang landau dan sungguh panjang. Ketika saya bersiar-siar di tepi pantai pagi itu, kelihatan batu karang di gigi air. Rumpai laut juga timbul.
Pemandangan di sepanjang pantai. Banyak kerusi malas disediakan bagi menikmati pemandangan indah ini |
Kali pertama melihat kolam renangnya saya sudah terpegun. Sungguh luas. Sungguh cantik. Dikelilingi pokok-pokok kelapa dan taman bunga.
Antara tarikan sesebuah hotel atau resort adalah kolam renangnya. Jika saya katakan ini antara kolam renang tercantik pernah saya lawati, percayalah kata-kata saya. Lebih cantik dari kolam renang di Andaman Langkawi Spa Resort, Shangri-la Tanjung Aru dan Lone Pine Resort Batu Feringhi. Kolam mandi di sini siap dihiasi dengan air terjun dan taman yang sangat indahLuas kan? Tak perlu berebut kawasan ... |
Penghias kolam renang. Teratai putih dan merah jambu dalam kolam ikan koi yang berwarna-warni
|
Gambar faveret saya ni .. Kilauan matahari yang dapat saya rakam hanya dengan kamera Samsung Note.
|
Hadiah .. hadiah .. dan hadiah lagi ..
Kejutan dari pihak hotel. Oleh-oleh berupa batik yang boleh dijadikan shawl ataupun pario.
|
Persidangan bermula ..
Hari kedua kami di Nusadua Bali
Bersama rekruter dan Power Partner saya
|
VIP Mary Kay ..
Gambar kenangan bersama GM kami yang sangat tegas tetapi sporting
|
Bersama Mr KK Chua. Yang selalu mengingatkan kami tentang falsafah di Mary Kay iaitu kehidupan yang seimbang : Pertama Tuhan, Kedua Keluarga dan Ketiga Kerjaya. Beliau juga selalu mengingatkan kami tentang pentingnya kedudukan suami dalam perhubungan suami isteri.
|
Istimewanya setiap persidangan pasti ada mentor hebat yang dibawakan kepada kami. Ini kali pertama saya bertemu dengan NSD Emeritus Ann Newbury yang pernah mendapat latihan terus dari Mary Kay Ash dan di sebelahnya tentunya Elite NSD Grace Kao yang sentiasa menjadi inspirasi saya.
|
Kami memang suka bergambar ..
Ini gambar kenangan bersama semua Sales Directors dari Pam Fortenberry-Slate Area, Zoe dan Encik Nas
|
Malam yang dinanti ..
Selesai training di siang hari, yang penuh dengan ilmu, tips, inspirasi dan motivasi .. kami sudah bersedia untuk parti ..
Pelbagai fesyen dapat dilihat .. masing-masing sangat sporting.
Makam malam bertemakan "Under the Sea". Saya seperti biasa tetap dengan pakaian sopan lah ..
|
NSD Emeritus Ann Newbury sudah berusia lebih 70 tahun .. tetapi semangat Mary Kay nya masih membara.
Bersama Anne Newbury dan Susan Freeman
|
Baju saya kali ini semuanya dari Seri Kapas. Rasa sangat cantik malam itu hahaha
|
Deretan hidangan malam itu. Sangat menarik kan?
|
Sungguh menyelerakan .. sayangnya saya tak biasa makan banyak. Cuma dapat rasa serba sedikit saja ..
|
Hari ketiga di Bali, kami dibawa dengan bas pelancong hingga ke Kintamani. Sempat singgah shopping di Dewata. Kemudian ke Ubud melihat padi bukit. Kemudian terus ke Kintamani untuk menikmati makan tengahari sambil menikmati pemandangan indah ini. Kemudian dibawa pula ke Bandar Kuta yang sangat sibuk untuk terus shopping.
Gambar diambil dari dalam restoran tempat kami menjamu selera tengahari itu
|
Cantik bagaikan lukisan. Gunung Batur, gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1974. Di sebelahnya adalah sebuah tasik yang sangat luas
|
Shopping oleh-oleh di Dewata. Sangat murah tetapi saya jadi rambang mata hingga akhirnya cuma sempat memilih gelang kayu dan piring yang diperbuat dari mother of pearl untuk dijadikan oleh-oleh buat konsultan dan VIP customer saya
|
Pemandangan saat matahari terbenam di Pantai Kuta.
Menyaksikan pemandangan saat matahari terbenam di Pantai Kuta. Sungguh cantik ...
|
Awan pun nampak cantik .. |
Ini pula pemandangan matahari sedang naik. di Pantai Nusadua Bali
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya