1 Februari 2015 yang dinanti telah tiba.
Macau .. kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Pulau yang sangat kecil. banyak tambakan pantainya. Sangat bersih. Sangat cantik dan moden. Penuh dengan kasino.
Kami ke sini sebagai achievers dari Mary Kay Malaysia/Singapura. Bukan perjalanan yang mudah. Tetapi juga bukanlah sukar jika kita betul-betul berkeinginan.
Jam 3:00 pagi di KLIA2. Seronok sangat hingga hilang rasa mengantuknya.
Hotel kami. Chandelier dihiasi dengan tanglung mini
Hotel dari luar nampak biasa saja. Tapi di dalam cantik juga
St Paul Cathedral. Tarikan pelancong selain kasino kalau di Macau
Siapa ni? Peminat saya lah hahaha .. orang Macau memang sangat tertarik dengan wanita bertudung. Cantik katanya ..
Restoran halal destinasi pertama kami. Yang kurang selesanya, ada satu patung dua kali ganda lebih besar dan tinggi dari saya huhu
The Fisherman's Wharf. Sangat cantik dan bersih. Bangunan berwarna ceria di kiri kanan.
Masih di The Fisherman's Wharf
Ini Venetian Hotel. Sangat besar dan sangat cantik. Ada indoor stadium di dalamnya tau ..
Venetian Hotel. Penuh dengan kedai berjenama selain kasino
Cantik kan? Sangat!!
Lantai 3D dan siling penuh dengan lukisan
Siap ada gondola lagi .. dengan nyanyian ala-ala di Venice pula
Gambar curi kasino dalam hotel ..
Inilah kami .. sedang menuju ke lokasi conference. Memang sangat jauh. Dan lantainya siap berkarpet.
Kamilah achievers dari Malaysia/Singapura
Tu dia .. hadiah untuk peserta Conference. Produk terbaru dari rangkaian Melacep. Belum sampai ke Malaysia lagi ni ...
Kami dapat duit poket untuk belanja makan tengahari. Bebas untuk makan atau shopping hahaha ...
Cantik sungguh pentasnya .. 2015 adalah ulangtahun Mary Kay China yang ke 20
Ramainya Sales Director di China kan? Ada seramai 12000 pada waktu ini.
Kami dari Malaysia
Siapa tu? Presiden Mary Kay Asia Pac Region, Mr KK Chua dan GM Mary Kay China, Mr Paul Mak sedang menunjukkan bakat menyanyi. Dua orang sahabat baik ..
Emeritus NSD Ann Newbury sedang berkongsi tentang Pengasas Mary Kay, Mary Kay Ash
Wow!! Kami mendapat peluang untuk berada di pentas LC. Sebagai tanda penghargaan
LC yang penuh dengan persembahan nyayian dan laser
Bersama sisters dari Korea. Cantik-cantik kan?
Mentor kami terdiri dari NSD dan NIQ
Peluang berjalan-jalan sekitar Macau selepas selesai Conference
Ini Senado Square. Tempat wajib dilawati jika anda ke sini. Apa yang ada di sini? Kedai-kedai berjenama lah .. semuanya di tepi-tepi jalan sahaja ..
Ini dalam shopping complex nya .. sangat-sangat cantik ..
St Paul lagi ..
Senado Square menjelang perayaan Tahun Baru Cina
Anda suka emas? Orang Macau pun sama .. emas mereka semua yang besar-besar belaka ..
Ini dalam salah satu hotel dalam perjalanan kami ke Hard Rock Café
Bangunannya pebuh dengan lampu berwarna-warni
Ini paling saya suka .. Wynn Performing Lake .. melihat air pancut berwarna warni menari-nari mengikut alunan muzik
Sungguh mengagumkan ..
Hotel Grand Lisboa
Pemandangan yang sangat indah pada waktu malam di Macau
Hotel Lisbao lagi .. rekabentuknya bagaikan sarang burung .. katanya seolah-olah melambangkan jika sudah masuk ke kasinonya, takkan keluar lah orang itu .. bahaya bunyinya kan?
|
Sungguh cantik .. replika Colloseum di Itali |