Wednesday, September 30, 2015

Career Conference 2015

Mary Kay Career Conference telah pun berakhir pada 18 April lepas.  Ia adalah salah satu program tahunan terbesar di Mary Kay.

Career Conference kali ini sangat bermakna bagi diri saya.  Saya pernah bercita-cita untuk menjadi mentor di event sedemikian dan akhirnya ia benar-benar menjadi kenyataan. 
Saya memang suka berkongsi.  Terutama ilmu yang saya ada ini.  Saya mahu menjadi inspirasi kepada ramai wanita.

NSD Grace Kao dari Taiwan merupakan antara mentor paling saya suka.  Dan apabila gambar saya diletakkan sebaris dengannya sebagai mentor di Career Conference ini,  rasa sangat teruja.

Masa sejam yang diberikan saya gunakan sepenuhnya.  Entah ke mana hilangnya rasa gundah gulana sebelum itu.  Mungkin rasa sangat bersemangat apabila melihat wajah 1300 orang konsultan yang mahukan ilmu itu .. one of myy best moments in Mary Kay



 
Sijil penghargaan yang sangat bernilai buat diri saya.  Bayangkan .. ada seramai 200 lebih Sales Director di Malaysia/Singapura,  tetapi saya menjadi pilihan untuk menyampaikn ilmu pada hari tersebut .. sangat terharu rasanya dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak syarikat

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya