Thursday, October 15, 2015

China Seminar: Mary Kay China 20th Anniversary

Percutian percuma ke China sudah lama menjadi impian saya.  Terutamanya ke Hangzhou .. kisah West Lake nya yang cantik,  sutera yang murah dan paling menarik adalah ilmu dari National Sales Director yang hebat di sana.
 
Tiap tahun Mary Kay Malaysia mengadakan cabaran ke China Seminar.  Memang sudah lama saya nantikan.  Go China Seminar,  untuk mendapat hadiah trip melancong sambil belajar ke Hangzhou memerlukan saya untuk melahirkan 20 orang Star Consultant dalam masa 6 bulan.  bukan sesuatu yang mudah memandangkan unit saya tidaklah begitu besar.  Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
 
Wanita .. jika dia terlalu mahukan sesuatu,  dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
 
Sangat benar.
Dengan izin Allah,  saya berjaya mencapainya. Alhamdulillah.  Tercapai impianku untuk ke bandar sutera ini.  
 
 
Inilah West Lake.  Sebuah tasik buatan.  Sangat cantik.  Dengan teratainya dan pohonan yang merimbun di tepi tasik
 
Pemandangan dari Restoran yang sangat terkenal di Hangzhou.  Yang menjadi tumpuan VIP dari seluruh Negara tiap kali mereka ke Hangzou.  Termasuk Tun Mahathir
 
Inilah pohonan cantik di tepian tasik ..
 
Kami dikejutkan dengan persembahan di West Lake pada malam itu.  Saya sungguh terpesona dengan kreativiti orang China.
 
Kami dibawa ke National Park.  Kawasan paya bakau.  Tengoklah botnya .. sungguh klasik kan
 
Kedai-kedai di National Park.  Masih mengekalkan keunikan rumah lama mereka,  sangat cantik ..
 
Kita kembali ke hotel kami,  The Dragon Hotel.  Dipenuhi dengan tasik.
 
Breakfast time ..
 
Getting ready for Seminar!!
 
Lihatlah Seminar di China .. Dibuat di stadium .. entah berapa ribu orang lah yang hadir dalam stadium ini .. yang pasti hanya yang berjaket merah dan ke atas yang berjaya mencapai cabaran tahunan dibenarkan berada di dalam stadium.  Jika bukan pencapai hanya dibenarkan melihat skrin besar di luar stadium.  Hebat orang China kan?
   
Kami adalah pencapai Go China Seminar dari Malaysia
 
Dan kami diberi on-stage recognition.  Sungguh teruja .. bukan hanya berada di pentas Seminar Malaysia tetapi saya juga berpeluang untuk berada di atas pentas Seminar China ..
 
Ini adalah antara NSD di China.  Sungguh cantik dan glamour kan?
 
New NSD inauguration .. NSD ke 78 di China
 
Persembahan di Seminar China .. anda lihatlah sendiri. Dan nilaikan sendiri.  Hebat atau tidak?
 
Persembahan dari GM Mary Kay China Mr Paul Mak dan Presiden Mary Kay Asia Pac Mr KK Chua
 
Konsultan yang berada di luar stadium .. yang hanya dapat melihat seminar di skrin besar ..
 

Wednesday, October 14, 2015

Mykonos ... saya sudah jatuh cinta

Mykonos Greece .. tak pernah terlintas untuk tiba ke sini ..
Alhamdulillah .. dengan Mary Kay, saya berjaya melihat sendiri ciptaan Allah ini. Indahnya Mykonos ..
Birunya dan jernihnya air laut nya .. ditambah dengan bangunan di sekitar pantainya yang sengaja dicat dengan warna putih.
Sekali pandang bagaikan kapas. Dua kali pandang bagaikan biskut diselaputi gula.
Suatu hari nanti saya mahu kembali ke sini lagi ..
Bagaikan lukisan. Di belakang saya, di tengah lautan Aegan, kapal kami ms Zuiderdam

Presiden Mary Kay Inc, Mr David Holt yang mengiringi kumpulan kami dari Malaysia ketika di Mykonos. Gereja putih bagaikan biskut di belakang kami. Dibina sedemikian rupa untuk mengaburi mata musuh dari tengah lautan

Dan ini pohon zaitun. Di mana-mana .. dan yang istimewanya, ia sangat tinggi. Lihat batangnya yang sangat tua tu

Gambar paling saya suka. Kombinasi dua ciptaan Allah yang sangat cantik. Alhamdulillah .. dipertemukan di sini