Top Directors Trip kedua saya di Mary Kay.
Kota Budapest
Waktu ia dilancarkan 2 tahun lepas, apa yang memukau saya adalah pemandangan bandarnya.
Kata orang, Eastern Europe sangat cantik.
Kata saya, buat saja lah. Dan pergi dan tengok sendiri. Nilaikan sendiri. Itulah saya.
Memang percutian ke Budapest menjadi impian saya. Tapi ia bukanlah tujuan utama saya berkerja keras di Mary Kay.
Ada yang lebih penting dari itu.
Yang pertama adalah pendapatan. Memang saya perlukan ia. Kerana tanpa duit yang cukup, bagaimana saya boleh bantu ekonomi keluarga saya. Pelajaran anak-anak. Menyara perubatan dan keperluan mak. Dan juga bagaimana saya boleh bantu komuniti yang sentiasa memerlukan bantuan terutama sekolah sekitar rumah saya.
Dan juga .. sebab utama saya berkerja keras adalah untuk membantu adik-adik saya yang mahu berjaya dan punyai pelbagai keperluan di Mary Kay ini.
Merekalah sumber inspirasi saya.
Sebagai Director mereka, tanggungjawab saya sangat besar. Iaitu membawa mereka maju dan terus berjaya.
Segalanya mahu diberi. Dan saya memang ikhlas. Jika ada yang terkurang, itu bukan disengajakan. Tapi itu adalah kekurangan yang masih saya cuba perbaiki.
Hasil membantu adik-adik .. inilah dia. Percutian 5 bintang bersama suami sebagai hadiah dari pihak syarikat.
Dan sekarang, di sinilah saya.
Cantiknya kota Budapest.
Sana sini cantik. Bangunan lama masih dijaga. Bangunan baru tetap ada. Jalan-jalan sentiasa bersih. Teduh kerana taman dan pokok dijaga dengan elok. Sungainya juga bersih dan cantik. Banyaknya tempat menarik di sini. Waktu malam pula dihias lampu.
Kita lihat gambar lah. Senang nak bayangkan keindahan tu kan ..
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya