Antara kenangan manis saya sepanjang kerjaya saya di Mary Kay
Menjadi mentor untuk konsultan seramai tidak kurang dari 4000 orang semuanya.
Percaya tak??
Saya sendiri masih teruja.
Mengapa saya yang terpilih di antara hampir seribu orang Sales Director di Mary Kay Malaysia/Singapura itu?
Kerana pencapaian saya?
Kerana sikap tidak suka menolak permintaan pihak syarikat?
Kerana saya bakal National Sales Director seterusnya
Kerana saya berani?
Kerana saya pandai berkata-kata?
Entahlah ..
Yang pasti itulah dia rezeki.
Public Speaking used to be something I was so scared of.
Takut bercakap di depan orang ramai.
Malu menjadi perhatian orang.
Tetapi saya selalu percaya, apabila seseorang yang penakut dan pemalu seperti saya berjaya mengatasi ketakutan itu, ia akan menjadi inspirasi kepada ramai orang. Dan itulah misi saya .. mahu membantu ramai wanita yang tiada keyakinan diri untuk menjadi seorang wanita yang berjaya dan dipandang tinggi kerana sifatnya yang penuh dengan kasih sayang dan kesungguhan.
How was my presentation?
Berjayakan saya engaged 4000 orang di dalam dewan itu?
Rasanya saya dah berikan yang terbaik.
Sebulan persediaan. Memerah otak mencari idea bagaimana mahu menjadikan jalan cerita penuh dengan tips kejayaan dan ilmu bagi menarik minat pendengar untuk terus duduk di kerusi masing-masing selama 1 jam.
Alhamdulillah saya sangat enjoy.
The stage was mine.
Sangat seronok pengalaman tersebut.
Impian seterusnya.. saya mahu menjadi mentor di Dallas Texas pula. Di hadapan achievers dari negara China, Australia dan USA.
Mary Kay sesungguhnya telah merubah saya untuk menjadi seorang wanita yang berkeyakinan.
Dan di Mary Kay juga, saya berjaya menyampaikan segala kelebihan yang telah Allah berikan kepada saya pada lebih ramai wanita.
If I can do it, you can do it too!!
Selfie selepas sharings .. katanya ini trend orang sekarang. Saya pun buat sama lah kan .. |
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya