Tuesday, September 21, 2010

Pencarian Model The Look

Pencarian Mary Kay Model of Beauty untuk pelanggan di Cantik Bersama Mary Kay!

Pelanggan yang menyertai pertandingan ini berpeluang untuk menjadi model dalam edisi akan datang The Look. Menarik bukan? Bayangkan wajah anda menjadi tatapan wanita-wanita Malaysia dan Singapura ...

Apa hadiah yang menanti anda?

Enam pemenang hadiah utama akan menerima :

  • Satu sesi foto profesional untuk edisi The Look sebagai "Model of Beauty"
  • Satu makeover oleh mekap artis profesional
  • Satu Mary Kay Color Compact dan warna mineral untuk mengisi kompak, ditambah lagi dengan lip liner, lip gloss, eye liner dan maskara pilihan pemenang


Dan sempena meraikan ulangtahun ke-10 Mary Kay, satu set Mary Kay Satin Hands untuk 10 pemenang hadiah saguhati.


Bagaimana untuk menyertai?

Langkah pertama adalah dengan mengadakan temujanji perundingan warna dengan kak has. Anda hanya perlu mengambil gambar sebelum dan selepas perundingan warna.

Kemudian isikan borang penyertaan bersama dengan slogan terbaik mengenai kecantikan dan hantarkan ke pejabat Mary Kay bersama-sama dengan gambar anda sebelum 30 November 2010.

Mudah bukan? Tiada pembelian diperlukan, hanya temujanji sahaja ..

Sunday, September 5, 2010

Kelas Mekap Bersama BC Mimie dari Athiz Collection

Pada 31 Ogos baru-baru ini, kami telah mengadakan bengkel mekap yang telah dikendalikan oleh mekap artis yang telah 7 tahun berkecimpung dalam bidang andaman. Sungguh bertuah dapat menimba ilmu daripada Mimie. Banyak yang telah kak has pelajari daripada Mimie.

Tak pernah kak has tahu macamana teknik membentuk kening tanpa cukuran :-)
Sehingga hari itu ..

Dan buat pertama kali kak has berani menggunakan teknik smokey eyes pada mata kak has ...

Ini adalah peserta bengkel bersama beauty consultant, sales directors dan senior sales director dan juga Mimie. Kelas dihadkan kepada kurang daripada 30 orang untuk memastikan keberkesanan bengkel. Dan setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM30 sahaja.


Ini kawan lama kak has .. sejak darjah 4 .. Linda dan Awa .. Kali terakhir kak has berjumpa Linda adalah 28 tahun dulu dan Awa pula 24 tahun dulu. Lama dah kan? Kalau bukan sebab Mary Kay, entah bila kami bertemu semula.

Dan yang paling kak has seronok, apabila Linda sendiri teruja dengan produk Mary Kay.

Berseri-seri wajahnya selepas kelas mekap tempohari.



Ini gambar Linda dari dekat.

Kata Linda, masa dia pulang ke rumah, suaminya terkedu sekejap.
Punya lah lain nampak wajah Linda..:-)

Linda memang dah sedia cantik, tapi selepas bermekap tampak lebih menawan.







Ini pula semestinya wajah kak has.

Kak has nak kongsi satu rahsia ..
sekarang kak has dah mula pakai Melacep Night Cream ..

Baru seminggu rasanya, tapi kulit wajah kak has nampak lebih cerah.

Lain-lain, you all komen lah sendiri ya.


Melacep set ni memang best la.
Tapi kak has suka Timewise Miracle set juga :D

Jadi, kak has pakai dua-dua la he he ..



Semua seronok !!

Saturday, August 21, 2010

Penjagaan Bibir

Tips penjagaan bibir


Dari dulu kak has memang mempunyai masalah bibir kering. Kering yang melampau hingga kulit bibir terkopek dan kadang-kadang hingga berdarah. Kak has tahu ramai wanita di luar sana mempunya masalah serupa dengan kak has.


Di sini kak has ingin berkongsi bagaimana kak has berjaya mengatasi masalah bibir kering setelah bertemu dengan Mary Kay.


Pertama sekali, bibir haruslah dicuci bersih dengan make-up remover. Ini untuk memastikan bibir bersih dari sisa-sisa gincu untuk hari itu. Jangan gunakan pembersih wajah untuk mencuci mekap mata dan bibir anda. Kenapa? Kulit di sekitar mata dan bibir lebih halus dari sekitar wajah yang lain. Jadi, ia adalah kawasan yang paling cepat menampakkan usia kita.



Mary Kay oil-free make-up remover adalah salah satu produk yang paling kak has suka. Ia membersihkan mekap mata dan bibir dengan begitu mudah dan tidak memedihkan mata. Tidak perlu tekanan yang kuat untuk membersihkan kelopak mata dan bibir yang hanya akan menyebabkan kedutan. Ini adalah produk pertama yang kak has miliki setelah diperkenalkan kepada Mary Kay.


Kedua, gunakan masker bibir. Pernah dengar masker bibir? Seingat kak has, hanya Mary Kay yang mempunyai produk sebegini. Fungsi masker bibir ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit bibir yang telah mati. Hasilnya, bibir yang lebih merah semulajadi, lembut dan licin.


Ketiga, sapukan lip balm pada bibir anda sebelum lipstik.


Dan akhir sekali, sapukan creme lipstik jika anda suka.




Mary Kay Satin lips yang terdiri daripada lip mask dan lip balm. Lip mask ini membuatkan bibir kak has lebih merah, licin dan lembut. Manakala lip balm nya pula, memang lagi satu produk yang menjadi kemestian pada kak has.

Ini pula Mary Kay creme lipstik. Untuk bibir kering seperti bibir kak has, pilihan lipstik memang agak terhad. Kalau dulu, kak has cuma boleh menggunakan lipstik berjenama Christian Dior dan Bobbi Brown sahaja. Tapi kini, lipstik pilihan kak has adalah Mary Kay creme lipstik.
Kepada wanita di luar sana yang mempunyai masalah bibir kering seperti kak has, cubalah tips di atas ya. Insya'Allah berhasil.

Tuesday, August 3, 2010

Bengkel Kecantikan Mary Kay

Buat semua wanita sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya ....

Jika anda berminat untuk mengadakan bengkel kecantikan di pejabat anda, sila hubungi kak has ya ..

Kita belajar cara-cara penjagaan kulit yang betul dalam Mary Kay dan mekap juga ..

Sunday, July 25, 2010

SCC di Bagan Serai


Pada 18 Julai baru-baru ini, kak has telah ke Bagan Serai, Perak untuk sesi penjagaan kulit Mary Kay bersama para guru yang telah diaturkan oleh BC Rosidah.
Wah, sporting betul mereka. Dan paling penting, begitu bersemangat dalam menjaga penampilan diri masing-masing.
Kepada Rozi, tahniah saya ucapkan kerana berjaya mengumpulkan seramai 11 orang peserta pada SCC pertamanya!!





Friday, July 23, 2010

Beauty Workshop

Ladies-want to learn how to look radiant and young everyday?
Want to learn simple make-up tips?
Want to upgrade your image?

Come join us in this FUN, HANDS-ON make-up workshop where we will teach you STEP by STEP on how to look good and feel great.

Agenda:
10:00 am Makeup Skills and Tips
11:00 am Makeup Demo
12:00 pm Hands-on (1st Application)
1:00 pm Lunch
2:00 pm Hands-on (2nd Application)
3.30 pm Photo-shot
4:00 pm Dismiss

What will you get?
1. Handout
2. Lunch
3. Eye lashes
4. Mascara sample
5. 3x Eye color
6. 1x Cheek color
7. Sponge tips
8. Lip Brush
9. Mary Kay Gifts

Date: 31 Jul 2010 (Saturday)
Venue: 8th Floor, Jaya33, Jalan Semangat, Petaling Jaya
Fees: RM65

Register Before: 26 July 2010.
Limited to 30 seats only.
Payment has to be made to book your seat.

Sunday, July 4, 2010

Persiapan Untuk Hari Raya Yang Bakal Menjelma

Dua bulan lagi Hari Raya bakal menjelma !!

Kini tiba masanya untuk kita mula mencantikkan diri masing-masing, jangan asyik bersiap untuk rumah dan anak-anak saja ya .. untuk diri kita jangan dilupa :D

Untuk pakej menarik, bagaimana untuk tampak lebih jelita dengan kulit yang lebih gebu, licin dan sekata dan dengan mekap samada yang ringkas atau yang lebih menawan, sila hubungi kak has ya ..

Kak has sedia membantu ..

p/s : untuk Raya tahun lepas, kak has telah menggunakan Timewise Replenishing Serum+C sebulan sebelum Hari Raya dan hasilnya, kulit kak has nampak sungguh anjal dan gebu dan lebih cerah ...

Ini gambarnya ya ..

Seperti biasa, kak has cuma menyapukan foundation yang sangat tipis dan mineral powder foundation.
Kulit tampak licin dan flawless kan ..

Kak has nak kongsi apa yang kak has dapat dari Mary Kay ini dengan semua wanita di luar sana ya ..

Sunday, June 27, 2010

Skin Care Class di Arau

26 Jun 2010 ..
BC Ayu telah mengadakan skin care class pertamanya (yang official ya) di Arau, Perlis. Tahniah kak has ucapkan .. I know you can DO IT!! You are GREAT girl!

Ayu telah berjaya memperkayakan hidup 3 orang wanita pada kelas pertamanya.
Ayu telah menggunakan produk Mary Kay sejak hampir setahun yang lalu .. Kini Ayu semakin berseri, dan teman-teman yang mengenali dirinya memang memuji penampilan dirinya sekarang ..

Anda ingin menjadi seperti Ayu? Kepada wanita-wanita di sekitar Perlis, boleh hubungi kak has untuk temujanji dengan BC Ayu ya ..

Skin Care Class di Bagan Serai, Perak

BC Rosidah, telah berjaya mendapatkan temujanji dengan para guru di sekitar Bagan Serai. Tahniah has ucapkan ..

Sebagai permulaan, kak has dan kak lani akan membantu Rozi dalam skin care class pertamanya nanti ..

Kepada wanita-wanita sekitarnya, sila PM kak has untuk sama-sama ber'facial' pada 18 Julai nanti ya ..

Dan kepada wanita-wanita sekitar Pulau Pinang, sila PM kak has bila-bila masa saja ya .. BC Rosidah sedia membantu ..

Jeragat

Masalah dengan jeragat?

Hari ini temujanji kak has dengan Ina tak kesampaian .. Mungkin belum jodohnya lagi ..
Walaubagaimanapun, ibu Ina telah singgah .. Tujuannya kak has fikir adalah untuk melihat-lihat produk Mary Kay :) Kagum sungguh kak has dengan minatnya ..

Cik Jah bertanya samada Mary Kay ada penyelesaian pada masalah jeragatnya ..
Tentulah ada!

Produk yang dapat membantu mengatasi masalah Cik Jah adalah :
Melacep Cleanser
Melacep Mask
Melacep Freshener
Melacep Dark Spot Serum
Melacep Moisturiser

Kepada Cik Jah, tahniah kak has ucapkan kerana usahanya untuk memperbaiki penampilan diri ..