Saturday, October 31, 2009

SKIN CARE CLASSES

SKIN CARE CLASS (SCC) bertempat di Jaya33 pada 24 October 2009



Ini merupakan SCC pertama kak has bersama SD Fiza. Selepas menghadiri SCC bersama SD Fiza barulah kak has berasa yakin untuk menghoskan sendiri facial. Thanks Fiza. You are a great leader.


Terimakasih pada Wanie dan Ija yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri SCC kak has hari tu ya ..




















Wanie dan Ija sedang asyik mendengar penerangan yang panjang lebar. Sebelum scc dimulakan, pelanggan akan diperkenalkan kepada pengasas produk Mary Kay dan produk-produknya. Dan setiap pelanggan juga akan diberi peluang untuk mencuba barangan Mary Kay yang terdiri daripada set kecantikan kulit, penjagaan badan, penjagaan bibir dan mekap.


Hanya sebelah bahagian wajah dikenakan masker untuk menunjukkan perbezaannya. Bibir juga telah dipakaikan masker bibir (pada bibir bawah sahaja). Perhatikan perbezaan bibir atas dan bibir bawah. Bibir bawah kelihatan merah secara semulajadi. Ini adalah kerana sel-sel kulit bibir yang telah mati telah disingkirkan dan hasilnya bibir yang merah, licin dan lembut. Lip spa hanya perlu dilakukan sekali dalam seminggu.


Model yang berkulit normal to dry telah mengenakan botanical set formula 2. Kesannya, kulit kelihatan lembap. Blackhead juga telah hilang. Kulit kelihatan lebih halus. Ija seakan tidak percaya blackheadnya boleh hilang dengan mudah sahaja. Tak perlu picit-picit lagi.



Wani yang berkulit berminyak telah menggunakan botanical set.

Bahagian yang telah dipakaikan clay mask sebelah kiri anda. Cuba lihat blackhead yang telah dihilangkan selepas penggunaan mask. Kulit juga kelihatan kurang berminyak. Pori-pori juga kurang jelas.





Wajah selepas facial dan basic make-up. Kulit kelihatan flawless dan berseri selepas model mengenakan foundation, mineral powder foundation, mineral cheek color, lipstik dan pengilat bibir.


Saturday, October 24, 2009

Kenali Jenis Kulit Anda

Mengenalpasti jenis kulit

Apakah 4 jenis kulit yang asas?

  • Kering
  • Normal
  • Kombinasi
  • Berminyak

Apakah ciri-ciri kulit jenis kering?
  • Liang roma yang kecil
  • Kelihatan tidak bermaya
  • Garis halus di sekeliling mata dan mulut

Produk ini membantu melembutkan dan melicinkan lagi kulit kering dengan:

  • Membersih dengan lembutnya tanpa mambawa kesan kulit mengelupas
  • Melembutkan dan menambahkan kelembapan yang diperlukan
  • Mengurangkan kesan-kesan garis dan mengurangkan warna kulit yang tidak sekata

Apakah ciri-ciri kulit jenis normal?
  • Mengandungi minyak dan kelembapan yang seimbang
  • Kadang-kala berjerawat atau liang roma tersumbat
  • Garis dan kedut jarang terbentuk

Produk ini membawa faedah kepada kulit jenis normal dengan:

  • Mengekalkan kelembapan yang seimbang supaya kelihatan sihat dan berseri
  • Melicinkan lagi tekstur kulit serta meningkatkan kesan kulit yang bersih dan segar

Apakah ciri-ciri kulit jenis kombinasi?

  • Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
  • Kawasan T-zon yang berminyak
  • Tanda-tanda kekeringan di bahagian pipi serta di sekitar tepi muka
  • Garis dan kekedutan jarang terbentuk sekiranya penjagaan rapi diberikan sehingga individu mencapai usia tua

Produk ini dapat memberikan faedah kepada jenis kulit kombinasi dengan:

  • Mengawal pengeluaran minyak di kawasan T-zon
  • Mengecilkan liang roma serta melembapkan bahagian kulit yang kering

Apakah ciri-ciri kulit jenis berminyak?


  • Liang roma yang kasar
  • Selalu mengalami masalah jerawat dan liang roma tersumbat
  • Kulit kelihatan berkilat

Produk ini dapat memberi faedah secara:

  • Mengawal minyak , meninggalkan kesan kulit yang licin
  • Membersihkan bahan kotoran dan pengumpulan minyak pada pembukaan liang roma
  • Membantu memanjangkan tempoh ketahanan warna solekan

Saturday, October 3, 2009

Wajah Terbaru

Inilah wajah terbaru saya! Selepas 3 minggu penggunaan serum bervitamin C sebanyak 2 kali sehari.

Kulit terasa lebih lembap, lebih anjal, lebih gebu dan garis-garis halus semakin hilang. Jeragat juga semakin mencerah.
Tiap kali bersolek, saya cuma perlu menyapukan sedikit foundation dan bedak yang sangat nipis untuk mendapatkan kesan yang flawless.



Tidakkah anda juga inginkan kulit seperti ini? Anda juga mampu mendapatkan kulit seperti saya atau mungkin lebih baik daripada saya.