Saturday, October 24, 2009

Kenali Jenis Kulit Anda

Mengenalpasti jenis kulit

Apakah 4 jenis kulit yang asas?

  • Kering
  • Normal
  • Kombinasi
  • Berminyak

Apakah ciri-ciri kulit jenis kering?
  • Liang roma yang kecil
  • Kelihatan tidak bermaya
  • Garis halus di sekeliling mata dan mulut

Produk ini membantu melembutkan dan melicinkan lagi kulit kering dengan:

  • Membersih dengan lembutnya tanpa mambawa kesan kulit mengelupas
  • Melembutkan dan menambahkan kelembapan yang diperlukan
  • Mengurangkan kesan-kesan garis dan mengurangkan warna kulit yang tidak sekata

Apakah ciri-ciri kulit jenis normal?
  • Mengandungi minyak dan kelembapan yang seimbang
  • Kadang-kala berjerawat atau liang roma tersumbat
  • Garis dan kedut jarang terbentuk

Produk ini membawa faedah kepada kulit jenis normal dengan:

  • Mengekalkan kelembapan yang seimbang supaya kelihatan sihat dan berseri
  • Melicinkan lagi tekstur kulit serta meningkatkan kesan kulit yang bersih dan segar

Apakah ciri-ciri kulit jenis kombinasi?

  • Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
  • Kawasan T-zon yang berminyak
  • Tanda-tanda kekeringan di bahagian pipi serta di sekitar tepi muka
  • Garis dan kekedutan jarang terbentuk sekiranya penjagaan rapi diberikan sehingga individu mencapai usia tua

Produk ini dapat memberikan faedah kepada jenis kulit kombinasi dengan:

  • Mengawal pengeluaran minyak di kawasan T-zon
  • Mengecilkan liang roma serta melembapkan bahagian kulit yang kering

Apakah ciri-ciri kulit jenis berminyak?


  • Liang roma yang kasar
  • Selalu mengalami masalah jerawat dan liang roma tersumbat
  • Kulit kelihatan berkilat

Produk ini dapat memberi faedah secara:

  • Mengawal minyak , meninggalkan kesan kulit yang licin
  • Membersihkan bahan kotoran dan pengumpulan minyak pada pembukaan liang roma
  • Membantu memanjangkan tempoh ketahanan warna solekan

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya