Wednesday, January 13, 2010

SCC di Jaya33 pada 1 November 2009

SCC yang telah diadakan ketika debut SD Rokie
1 November 2009 ..
Tahniah buat SD Rokie .. dalam masa tidak sampai setahun bergelar Beauty Consultant, kini telah bergelar Sales Director!
Skin care class ini adalah salah satu aktiviti yang mesti ada ketika debut. Lebih ramai tetamu yang hadir, lebih meriahlah event nya!





Sesi pengenalan sebelum kelas bermula. Sebelum setiap kelas bermula, tetamu akan diperkenalkan kepada Mary Kay Ash, dan produk kecantikan Mary Kay.



Terimakasih kepada Wanie yang sudi meluangkan masa bersama kak has ye. Ini gambar yang diambil sebelum facial ..
Kulit wajah Wanie kelihatan merah menandakan jenis kulitnya yang sensitif dan agak kering. Dengan itu, kak has telah mencadangkan penggunaan botanical set formula 1 sebagai permulaan.



Wajah telah dicuci dengan pembersih botanical set formula 1. Masker hanya dipakaikan di sebelah bahagian muka sahaja untuk menunjukkan hasilnya selepas facial. Lihat bibir bawah yang telak dipakaikan lip mask, merah semulajadi. Pabila disentuh, bibir terasa licin dan lembut. Penggunaan lipstik akan menjadi lebih mudah dan tampak lebih cantik.




Selepas setiap facial, tidak lengkap jika tidak dimekapkan. Sekurang-kurangnya tetamu yang hadir akan dimekapkan secara ringkas. Untuk advanced make-over, kita akan adakan pada sesi seterusnya.




Wajah selepas facial dan mekap. Wajah Wanie nampak lebih bersih dan natural. Mekap sebegini amat sesuai untuk ke pejabat atau bersiar-siar. Rahsia mekap yang cantik adalah mekap yang tipis dan natural.




No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya