Wednesday, January 13, 2010

Facial di rumah

Seperti yang diwajibkan, setiap pelanggan haruslah diberikan sesi facial percuma sebelum mereka membuat sebarang pembelian produk Mary Kay. Ianya bertujuan untuk setiap Independant Beauty Consultant menganalisa jenis kulit pelanggan dan masalah yang mereka hadapi serta tujuan mereka membeli dan menggunakan produk kecantikan Mary Kay. Setelah mencuba sendiri produk, pelanggan akan berasa lebih yakin dengan kesesuaian produk yang ingin dibeli. Dengan sebab itulah, kak has sangat mementingkan facial sebelum menjual sebarang produk kepada pelanggan.

Dan melalui skin care class atau facial juga, pelanggan akan diberi peluang untuk mencuba produk-produk kecantikan Mary Kay dan juga diajar cara-cara betul dalam penjagaan harian wajah dan tubuh badan mereka. Kak has selalu percaya, kulit wajah yang cantik perlu dijaga dan dibelai setiap hari, bukannya sebulan sekali. Bagi kak has juga, berbelanja untuk memastikan kulit wajah yang sentiasa nampak cantik dan menawan bukanlah sesuatu yang merugikan.

Ini adalah contoh facial yang telah kak has adakan di rumah Ain di Bukit Bandaraya, Shah Alam.
Ain telah dipertemukan dengan kak has melalui blog ini.





Wajah-wajah Ain setelah facial dan dimekapkan secara ringkas.

No comments:

Post a Comment