Wednesday, January 13, 2010

SCC di Bertam, Pulau Pinang pada 5 Disember 2009


MISI SCC KE UTARA pada 5 dan 6 Disember 2009 Bahagian I

Percubaan pertama kak has ke Utara nyata tidak sia-sia. Salah satu penyebab kejayaan ini adalah kerana sokongan tidak berbelah bahagi daripada suami dan keluarga serta teman-teman yang sedia membantu.
Terimkasih kepada Ona and the gang dari Bertam .. My Dear Ona, you are such a great hostess!!Next time kita buat parti SCC, pasti ada hadiah yang lebih istimewa ya ...
Rozi, Tia, kak Hanim dan Niza .. lain kali saya ke Penang, kita buat kelas advanced make-up pula ya!
Seramai 4 orang tetamu telah hadir dan mencuba pelbagai produk yang terdiri daripada produk kecantikan kulit, dan mekap. Seronoknya bila semua tetamu yang hadir amat teruja dengan perubahan segera pada wajah mereka. Blackheads dan whiteheads sudah tidak kelihatan. Ada yang terkejut bila melihat cermin, kerana pipi ternaik sebelah gara-gara pemakaian masker pada sebelah wajah mereka. Bibir yang dipakaikan lip mask kelihatan merah semulajadi dan lembut dan licin bila disentuh. Bahagian lengan yang disapukan dengan body loofah pula kelihatan lebih bersih, lembut dan licin.


Thanks Rozi .. wajah Rozi secara keseluruhan tiada masalah. Cuma ada lingkaran gelap sekeliling mata tetapi ianya boleh dihilangkandengan penggunaan Time Wise eye revitaliser. Penggunaan sebanyak 2 kali sehari pada setiap pagi dan malam akan memberikan hasil dalam masa 2 minggu.
Ketika scc ini, Rozi telah menggunakan botanical set formula 2 untuk kulit normal. Bahagian sebelah kanan telah dipakaikan masker, dan hasilnya kulit kelihatan lebih halus dan anjal. Dan cuba lihat laughing line yang kurang jelas di sebelah kanan pipi.



Wajah Rozi selepas dipakaikan foundation, tampak natural, flawless dan cantik. Mengikut kata Rozi, dia tidak suka menyapukan foundation pada wajahnya kerana foundation membuatkan kulitnya berminyak. Tetapi berlainan dengan medium-coverage foundation yang saya cadangkan, kata Rozi, kulitnya terasa seperti tidak memakai foundation pun .. sangat ringan dan rata. Apa yang menarik tentang foundation ini, ianya tidak retak walaupun wajah berpeluh dan tidak menyebabkan kelihatan garis halus pada wajah walaupun setelah dipakai sehari suntuk.
Tak percaya? Cubalah sendiri!!

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya