Mengapa saya memilih Mary Kay?

Suatu ketika dulu, saya rasakan kulit saya sudah cukup sempurna. Sehinggalah pada suatu hari, setelah menghadiri free facial yang telah dianjurkan oleh kawan rapat saya di pejabat.

Pada mulanya, saya tidak merasakan apa-apa yang istimewa tentang Mary Kay. Mungkin kerana saya rasakan kulit saya tiada masalah. Tetapi itu dulu, sebelum saya arif tentang penjagaan kulit wajah.

Kalau dulu, saya adalah pengguna tegar produk kecantikan terkenal dari Jepun selama 5 tahun. Namun tanpa disedari, kulit wajah saya semakin menampakkan garis-garis halus dan jeragat mulai kelihatan.

Kini, selepas bertukar kepada Mary Kay, saya sering ditanya apakah rahsia di sebalik kulit wajah saya yang berseri dan awet muda.

Kini saya sendiri mula memahami kelebihan Mary Kay. Dengan Mary Kay, wanita lain sering mengagumi kulit wajah saya.

Anda juga mampu memiliki kulit yang cantik, sihat dan berseri.

Niat saya hanyalah ingin berkongsi segala kebaikan tentang Mary Kay, samada dari segi kecantikan mahupun memperkayakan hidup mereka.

Sila hubungi saya di 016-3610628.

Kita boleh memulakan pertalian di alam maya, tetapi saya akan dengan sedaya upaya bertemu dengan anda untuk memberikan servis terbaik. Buktinya, saya telah ke Perlis, Kedah, Kuantan, Pulau Pinang dan Johor semata-mata untuk bertemu dengan wanita yang berusaha untuk memperbaiki penampilan diri mereka. Bagaimana pula dengan anda?

Monday, February 15, 2010

Kulit terbakar dek panas cahaya matahari

Cuaca sekarang memang sangat panas. Semalam ketika di kampung, anak kak has yang berumur 11 tahun berjemur tengah panas mencari ikan di sungai. Itulah kegemarannya .. menangguk ikan bersama sepupunya. Rasanya adalah paling kurang 2 jam dia berjemur di tengah panas tanpa baju.


Balik ke rumah malam tadi mengadu belakang tubuhnya sakit-sakit. Bila kak has tengok, dah macam udang kena bakar. Patutlah sakit sangat .. dah sun burnt. Mula-mula kak has sapukan gel gamat. Lega katanya, tapi bila gel gamat dah kering kembali sakit. Nak berbaju tak boleh, nak tidur pun terpaksa meniarap. Tiba-tiba kak has teringat cerita Auntie Aida, salah seorang senior sales director Mary Kay yang paling senior di Malaysia. Katanya, dia selalu letakkan Mary Kay oil-free hydrating gel satu di dalam bilik dan satu lagi di dapur. Untuk apa? Kalau terkena minyak panas tika memasak! Lalu kak has pun terfikir untuk mencubanya pada anak kak has. Memang berkesan. Rasa perit kerana terbakar dek cahaya panas matahari dapat dikurangkan. Pagi ini dia tampak kembali normal.

Untuk sesiapa yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar dek panas cahaya matahari, boleh cuba produk ini.

No comments:

Post a Comment