Saturday, February 6, 2010

Solekan Asas


Ingin kelihatan menarik tetapi tiada masa untuk bersolek?


Saya adalah ibu kepada empat orang anak, 3 sudah bersekolah dan seorang baby, sebenarnya tak lah baby sangat, dah berumur 2 tahun setengah, tetapi masih berjaga malam untuk susu.

Terjaga pada waktu pagi, saya akan menyediakan sarapan dan bekal untuk anak-anak dan suami, kadang-kadang sekadar roti tetapi menu tetap tiap minggu adalah samada mee goreng, nasi lemak atau meehoon goreng. Tetapi saya masih berpeluang untuk bersolek untuk ke pejabat. Kadang-kadang sempat lagi bermaskara :D



Apa rahsianya?


Selepas mandi, mula-mula saya akan sapukan freshener botanical formula 2 dengan menggunakan kapas muka pada wajah. Ini bertujuan untuk membuatkan pori-pori kelihatan lebih halus dan yang akan membuatkan mekap tampak lebih cantik.


Ini diikuti pula dengan timewise day solution. Tujuannya selain daripada mencergaskan pembaharuan sel-sel kulit, ianya juga bertindak untuk melindungi wajah daripada sinaran UV dan radikal yang menyebabkan penuaan kulit wajah.


Kemudian saya akan menyapukan oil-free hydrating gel yang akan memberikan kelembapan selama 10 jam. Saya percaya penggunaan gel ini yang membuatkan wajah saya tampak berseri-seri atau pun glowing.


Selepas itu saya akan menyapukan timewise age-fighting moisturiser untuk memastikan kelembapan kulit wajah di sampingmemacu proses pembaharuan kulit wajah. Ini diikuti pula dengan timewise firming eye cream yang dikhaskan sebagai pelembap di sekitar mata. Bagi saya yang biasanya hanya mendapat tidur sebanyak 5 jam sehari (disebabkan baby yang masih memerlukan perhatian dan juga kerja-kerja sebagai perunding kecantikan Mary Kay yang pada mulanya hanya sebagai kerja sampingan), saya dapati krim mata ini bukan sahaja membantu menghilangkan garis halus dan kedut pada mata, tetapi ianya juga membantu untuk menghindarkan kesan lingkaran gelap.


Proses penjagaan kulit wajah tidak lengkap tanpa penggunaan foundation! Foundation selain daripada membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata, ianya juga berfungsi sebagai pelindung kulit wajah daripada alam sekitar contohnya habuk daripada melekat terus pada kulit wajah.

Anda boleh memilih samada untuk menyapukan foundation atau terus menyapukan mineral powder foundation pada wajah anda. Penggunaan mineral powder foundation juga boleh membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata tetapi saya memilih untuk menyapukan satu lapisan tipis mineral powder foundation di atas lapisan foundation untuk membuatkan kulit wajah tampak rata, licin dan matte.


Untuk mekap yang paling ringkas, saya akan membentukkan sedikit kening saya yang agak lurus dan tiada bentuk ini. Kemudian saya akan sapukan lip balm dan lipstik. Lip balm bagi saya sangat penting kerana bibir saya yang sangat kering. Lip balm adalah antara barangan asas yang telah saya gunakan sejak 15 tahun dulu.


Untuk mekap ekstra, saya akan menyapukan mineral eye color dan mineral cheek color. Selalunya, saya akan menggunakan warna-warna natural kegemaran saya antaranya, lemongrass (hijau muda), dusty lilac (ungu muda), precious pink (merah jambu) dan blue metal (biru muda) sebagai warna asas dan diikuti pula dengan amber blaze (coklat), sweet pulm (ungu), iris (ungu muda) atau denim frost (biru). Untuk highlighter, saya akan gunakan warna-warna seperti crystalline, sweet cream atau moonstone. Manakala untuk pemerah pipi pula, warna kegemaran saya adalah sparkling cider (keorenan) dan strawberry cream (merah jambu). Jika masa mengizinkan, saya akan menyapukan liquid eye liner untuk mata yang lebih menawan dan juga ultimate mascara untuk bulu mata yang kelihatan lebih panjang.


Untuk solekan paling ringkas, saya cuma memerlukan kurang daripada 10 minit dan untuk solekan ekstra, saya akan mengambil masa selama 20 minit.


Cepat bukan? Dan hasilnya wajah yang tampak berseri, segar dan menawan. Dengan penggunaan harian, kita boleh menjadi lebih efisien dan tidak perlu menghadap cermin terlalu lama pada waktu pagi.



No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya