As salam semua ... Hari ini adalah hari terakhir di bulan Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu.
Manakan tidak, dalam waktu sibuk berpuasa dan bertarawih, permintaan untuk kelas facial juga sangatlah rancak. Hingga tiada masa untuk bershopping. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. Dan setinggi terimakasih pada semua yang telah memberi peluang pada kak has untuk berkongsi.
Buat pertama kalinya kak has berpeluang untuk berkongsi dengan warga Felda. Dan paling seronok, mereka datang dari Felda berhampiran kampung mak kak has sendiri. Ianya sudah lama menjadi idaman mak kak has - untuk mencantikkan penghuni kampungnya.
Buat pertama kalinya juga kak has telah ke Kuantan. Perjalanan yang dimulakan selepas bersahur dan kemudian sempat pulang untuk berbuka bersama keluarga sangatlah bermakna bagi kak has. Terharu rasanya melihat warga Kuantan yang sanggup hadir di MS Garden hotel terutama kawan lama yang sudah 23 tahun tidak berjumpa. Masing-masing pulang dengan hati berbunga-bunga. Harapan kak has moga semuanya tambah berseri di pagi Raya esok.
Minggu Raya ini kak has akan berehat sepenuhnya bersama keluarga tercinta. Bisnes akan kembali seperti biasa pada hari Sabtu 25 Ogos nanti ya.
Akhir sekali, kak has ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, terkurang layanan atau apa sahaja kesilapan sepanjang perkenalan kita ya. Moga Raya ini semuanya ceria-ceria selalu, dan sentiasa ada kak has dan Mary Kay di hati ya ..
Kepada yang akan memandu, hati-hati di jalanraya dan moga selamat tiba di destinasi.
Dan moga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang ..
Salam sayang,
Kak Has
Pengarah Jualan Bebas Mary Kay Malaysia
18 Ogos, 2012
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya