Bulan Ogos adalah bulan pertama untuk Seminar Baru di Mary Kay.
Apakah matlamat saya? Tentunya Memperkaya Hidup Wanita. Saya ingin terus berkongsi kelebihan sebagai Perunding Kecantikan Bebas dengan lebih ramai wanita. Saya ingin mereka mendapat apa yang saya dapat.
Mary Kay bukannya sekadar mekap. Ianya lebih dari itu.
Pada saya, Mary Kay adalah keyakinan diri.
Itu adalah perkara paling ketara yang saya perolehi di Mary Kay.
Dan perkongsian. Melalui Mary Kay, saya berjaya menjadikan wanita lain tampil lebih yakin, lebih menarik dan berjaya mendapat pendapatan tambahan. Perniagaan di Mary Kay sangat seronok kerana tiada paksaan dan ianya tentang kejujuran. Saya merasa diri sangat dihargai di Mary Kay. Semua kejayaan diraikan. Kegagalan? Masih ada, tapi saya masih boleh berfikiran positif dan ianya menjadikan saya lebih kuat. Bagaimana? Dengan galakan dari kawan-kawan sekeliling sayalah. Perniagaan wanita untuk wanita. Semangat go-give di kalangan kami yang menjadikan kami sangat erat.
Anda sukakan sesuatu perniagaan yang tiada batasan? Yang dikawal oleh anda sendiri? Perniagaan yang boleh dilakukan dari rumah? Perniagaan yang mementingkan kebajikan? Perniagaan yang tidak memerlukan ijazah? Berniaga sambil beribadah? Berniaga dan jadi semakin cantik luar dan dalam?
Jawapannya ada di sini.
Saya bersedia untuk berkongsi ilmu untuk memperkaya hidup anda!
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya