Salam semua ..
Untuk pengetahuan semua, saya kini adalah Perunding Kecantikan Mary Kay sepenuh masa.
Mengapa saya begitu berani melepaskan kerja tetap saya sebagai Pengurus IT hanya untuk menjadi Preunding Kecantikan Mary Kay? Pasti ada kelebihannya bukan?
Pada usia sebegini, saya selalu memikirkan betapa banyaknya masa yang telah saya habiskan tanpa melihat sendiri bagaimana anak-anak saya telah membesar. Betapa kurangnya ibadah saya pada Allah. Saya selalu mementingkan kerjaya. Tetapi dengan peluang yang telah diberikan oleh Mary Kay, saya rasa masih belum terlewat untuk saya perbaiki semua kekurangan itu.
Adakah anda sedang melalui apa yang telah saya lalui? Anda ingin merubah gaya hidup anda? Ingin menghabiskan lebih waktu bersama anak-anak dan keluarga? Dan ingin menjadikan agama anda sebagai keutamaan anda? Jika jawapannya ya, anda boleh mula berfikir samada perniagaan di Mary Kay ini sesuai untuk keperluan anda itu.
Sebagai Perunding Kecantikan sepenuh masa, saya kini berpeluang untuk mengatur temujanji samada untuk berkongsi tentang ilmu kecantikan ataupun perniagaan bila-bila masa sahaja.
Saya bersedia untuk bertemujanji dengan mereka yang berkerja syif, atau pun pengurus rumahtangga sepenuh masa, bila-bila sahaja dari hari Selasa hingga Khamis. Hari Isnin semestinya hari cuti bagi saya, atau hari emergency kalau-kalau ada yang betul-betul perlu berjumpa dengan saya pada waktu itu :-) Dan hari Jumaat biasanya saya khaskan untuk mereka yang ingin mengadakan kelas di pejabat pada waktu rehat mereka.
Jadi kepada yang masih mencari-cari Perunding Kecantikan Mary Kay di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya, Bangi, Shah Alam dan kawasan sekitarnya, jangan lupa hubungi saya di 016-3610628 untuk free facial ya.
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya