Tiga hari lalu saya telah bertemu kembali dengan sahabat lama ketika kami sama-sama belajar di MRSM Kuala Terengganu. Kali terakhir kami bertemu adalah 24 tahun lepas. Selepas SPM, kami membawa haluan masing-masing. Dia ke UTM Skudai dan saya pula ke Washington State University. Dan terimakasih pada facebook, kami bertemu kembali tahun ini .. tetapi di alam maya.
Kalau dulu, tiada alasan untuk bertemu muka, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja harian dan anak-anak. Tetapi, atas alasan untuk merubah penampilan diri dia menghubungi saya. Dan atas niat ikhlas untuk membantu, saya berusaha untuk bertemu dengannya. Tetapi, dia jauh di utara sana dan jadual saya sentiasa penuh pada hujung minggu untuk tempoh sebulan ini. Melihat status saya berjaya memberi kebahagiaan kepada wanita-wanita yang saya temui sepanjang bulan November ini di facebook membuatkan perasaannya untuk bertemu saya semakin membuak-buak. Dan sudah takdir namanya .. katanya dia akan ke Tropicana pada minggu ketiga bulan November. Dan saya pula di Kota Damansara. Selama ini tidak pernah pula kami bertembung di Giant atau di Sunway Giza tempat saya menghabiskan masa dan duit hihi ..
Lalu kami bertemu sehari selepas harijadi kami .. masa di MRSMKT dulu, dia adalah antara kembar saya kerana kami berkongsi tarikh harijadi ..
Memang banyak yang hendak dikongsi .. sejarah 24 tahun dulu dan perkembangan terkini masing-masing ..
Dia masih seperti dulu .. sentiasa ceria .. tapi wajah sudahpun sedikit kembang macam saya juga .. tapi wajah kami tak banyak berubah ..
Ally nama panggilannya .. sangat gembira bertemu saya .. apatah lagi kerana berharap saya mampu membantunya mengatasi masalah kulit wajahnya yag sudah mula menampakkan tompokan jeragat .. Seikhlasnya, saya cadangkan produk yang paling dia perlukan .. Mungkin harga bukan masalah baginya tetapi, itu bukanlah tujuan utama saya. Saya tetap akan mencadangkan produk paling asas kepadanya dan tiap masalahnya akan saya bantu selesaikan satu persatu.
Kalau pada permulaan karier saya sebagai Beauty Consultant ini menyebabkan kawan-kawan menjauhkan diri, tetapi kini segalanya sudah berubah. Syukur padaMu ya Allah .. Saya tidak pernah memaksa. Tetapi saya cuma ingin membantu. Wanita lain juga berhak mendapat apa yang telah saya capai di Mary Kay. Alhamdulillah .. semakin ramai sahabat-sahabat saya mula menunjukkan minat untuk memperbaiki penampilan diri mereka. Ally adalah sahabat saya yang ke-13 dari MRSMKT yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan Mary Kay dalam tempoh 7 bulan ini.
Kepada wanita di luar sana, tidak kira berapa umur anda atau apa jenis kulit, warna dan masalah anda, saya bersedia membantu. Mari kita jadikan ilmu tentang penjagaan kulit wajah yang sihat dan betul sebagai langkah pertama untuk menjadi seorang wanita yang berkeyakinan tinggi, dan menjadi pujaan anak-anak dan suami.
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya