Sunday, February 17, 2013

Apa yang menarik bulan ini?

Assalamualaikum semua ..
Lamanya saya tak berposting .. Sibuk dengan pelbagai kisah ..
Sibuk dengan Leadership Conference di Kota Kinabalu pertengahan bulan lepas,  diikuti dengan bengkel kecantikan di Johor Bahru,  kemudian dikejutkan dengan berita kematian suami seorang sahabat baik setelah 2 bulan  terlantar di hospital,  kemudian menjadi mentor kursus ESRS selama 2 hari.
Kisah Leadership Conference akan tetap saya post kan di sini.  Untuk menjadi inspirasi pada wanita-wanita lain di luar sana.
Dan kisah menjadi mentor ESRS juga.  Hanya di Mary Kay saya berpeluang menjadi guru:-)

Tapi sekarang yang paling penting adalah aktiviti dalam masa terdekat ni ya ..

Saya akan mengadakan Bengkel Penjagaan Wajah di Besut pada 22 Februari ini.

Dan pada 23 Februari ini pula,  Bengkel Penjagaan Wajah di Kuantan.

Dan pada 27 Februari ini,  kami akan mengadakan Guest Event bersama Senior National Sales Director Pam Fortenberry-Slate yang diterbangkan dari Amerika Syarikat.  Kepada anda yang ingin tahu bagaimana dengan Mary Kay anda boleh bergelar jutawan,  jom ke majlis ini ya.

Pada 1 Mac pula,  saya akan berada di Kulim untuk Bengkel Penjagaan Wajah lagi.

Dari 1 Mac hingga 3 Mac,  kami Pengarah Jualan Bebas Mary Kay akan berada di Lone Pine Resort,  Pulau Pinang sempena dengan Sales Director Retreat bersama SNSD Pam.  Apa yang menarik dalam acara tahunan ini adalah,  saya telah terpilih untuk berkongsi serba sedikit tentang diri saya dan Mary Kay setelah unit saya berjaya mendapat kedudukan Top 5 di dalam Pam's Area di Malaysia.  Menarik kan?

Dan pada 8 Mac pula,  saya akan berada di pejabat Mary Kay sempena dengan perlancaran International Women's Day di mana kami akan mengadakan sesi makeover bersempena dengan One Woman Can Beauty Contest.  Sesiapa yang menjadi tetamu saya pada hari tersebut akan menerima sebatang lipgloss bernilai RM48.

Itu saja ya buat malam ini ..

Salam Sayang dari saya ..

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya