Friday, May 17, 2013

Bengkel Kecantikan di Kota Bharu

Bengkel Kecantikan di Kota Bharu kini kembali lagi!!

Bila?  Tarikh yang telah saya pilih adalah pada 14 Jun ini.  Bertempat di Dynasty Inn.  Pada jam 10 pagi hingga 3 petang.
Apa yang menarik?
Anda akan tahu jenis kulit anda.
Anda akan belajar melakukan facial sendiri di rumah.
Anda boleh merasa kebaikan produk Mary Kay di atas wajah anda sendiri.
Anda boleh melihat perbezaan tangan anda selepas melakukan handspa dengan Satinhands Pampering Set.
Anda boleh melihat perubahan pada bibir anda selepas melakukan lipspa.
Anda boleh belajar teknik mekap asas yang mudah dan cepat dan sangat sesuai untuk dibawa ke pejabat atau ke majlis biasa.

Inilah peluang anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat sempena Hari Raya yang bakal tiba dua bulan lagi.

Hubungi saya di 016-361 0628 untuk tempahan.  Tempat sangatlah terhad.  Jangan tunggu lagi ya.











Monday, May 6, 2013

Kelas Penjagaan Wajah Mary Kay di Melaka

Salam semua ..
Lamanya saya tidak mengadakan bengkel penjagaan wajah Mary Kay kan?
Saya lebih bertumpu pada kelas individual sejak akhir-akhir ini.

Tapi mulai bulan Mei ini saya akan memulakan kembali sesi bengkel kecantikan ya ..
Bermula dengan 25 Mei ini bertempat di Melaka.

Jom warga Melaka .. kita ke bengkel penjagaan wajah Mary Kay dan mekap asas.  Semuanya percuma dan  tools semua disediakan ya.

Waktu dan lokasi akan saya beritahu kemudian ya


Friday, May 3, 2013

Pink Car sudah menjadi milik saya!!

3 Mei 2013
Kereta Toyota Altis berwarna merah jambu sudah sedia untuk dibawa pulang ke rumah!
Sangat teruja dibuatnya.  Unit kami kini sudah menjadi Mary Kay Pink Car unit!!
Sejak diberitahu bahawa unit kami telah berjaya menamatkan Pink Trophy on Wheels Challenge pada 31 Mac lalu,  saya masih bagai berada di awangan.  Masih tidak percaya.  Masih boleh tersenyum sendirian memikirkannya.  Masih tertanya-tanya bagaimana saya berjaya menamatkan cabaran itu.
Tetapi saya tetap bersyukur kerana doa dan impian saya dikabulkan Allah.

Dan hari ini,  saya menuju ke Subang Jaya untuk mengambil kereta idaman setiap konsultan di Mary Kay.



Serba pink ..



Acara penyerahan kunci kereta daripada Danny.

Anda suka dapat hadiah kereta berwarna pink?  Toyota Altis?  Anda ingin tahu bagaimana caranya?
Sangat mudah.  Tiada paksaan.  Cuma perlu komitmen.
Hubungi saya di 016-3610628 jika anda juga impikan sebuah kereta Toyota Altis berwarna pink ini.

Pencarian Gadis Majalah Yours pada Mei 2013

Saya telah terpilih untuk mewakili Mary Kay untuk memekapkan finalis Pencarian Gadis majalah Yours yang diadakan pada 4 Mei 2013 di Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.

Tetapi sebelum itu,  kami telah mengadakan kelas penjagaan wajah bersama mereka di studio Yours.
Masing-masing begitu teruja untuk belajar menjaga wajah secara sihat dan betul bersama Mary Kay.




Ramai antara mereka adalah model,  jadinya, masing-masing memang sudah arif dalam bab mekap.  Tetapi apa yang menariknya,  mekap Mary Kay sangat natural dan wajah-wajah adik-adik ini semuanya nampak lebih segar,  ceria dan berseri dengan mekap yang sangat tipis.



Bersama 8 daripada 9 orang finalis.



Inilah model saya.  Cantik kan?

Jom beramai-ramai ke Sungei Wang Plaza pada 4 Mei jam 3 petang untuk ke booth Mary Kay ya!!


Mary Kay Career Conference pada 20 April 2013


Career Conference adalah acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua Perunding Kecantikan di Mary Kay.
Setiap kejayaan separuh tahun pertama diraikan di sini.
Tahun ini seramai lebih dari seribu Perunding Kecantikan telah menghadiri acara berprestij ini.
Kejayaan kami diraikan di atas pentas,  dan sudah semestinya perkongsian daripada Pengarah Jualan dan mentor-mentor hebat di Mary Kay.



Tema tahun ini "One Woman Can" sempena ulangtahun ke-50 Mary Kay.
One Woman Can Inspire.  One Woman Can Do Miracles.  One Woman Can Dream Big.
Yang mana satukah anda?



Antara konsultan saya yang hadir.  Dari Johor Bahru,  Kota Bharu dan Besut.  Semuanya datang dari jauh semata-mata untuk mengaut ilmu dan mendapatkan semangat dan inspirasi.  Sebelum ke sini,  mereka menyangka Career Conference pastinya membosankan tetapi di penghujung acara,  mereka kata ianya adalah sebaliknya.  Masing-masing tidak sabar untuk pulang ke tempat masing-masing untuk mencurahkan segala apa yang telah dipelajari bersama ahli pasukan mereka yang lain yang tidak dapat hadir.



Red Jackets yang bergaya!



On-stage recognition untuk Pink Car Unit achiever.  Kami adalah pemilik kereta pink ke-44 di Mary Kay Malaysia.
Kejayaan di luar jangkaan.  Disebabkan itu tidak ramai konsultan dari unit saya yang hadir.  Ahli pasukan saya kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur.  Walau bagaimanapun,  saya tetap bersyukur di atas sokongan dan kasih sayang ahli unit Crystal Swan pada saya.  Dan kepercayaan yang mereka berikan kepada saya.



On-stage Recognition buat ahli pasukan saya,  Nor Anisha Othaman yang sudahpun on-track untuk cincin berlian pertamanya di Mary Kay.  Tahniah Sha!  You can do it!!


Ketika mula-mula ke Career Conference sebagai Perunding Kecantikan baru di Mary Kay,  saya sangat kagum melihat Pengarah Jualan dengan lanyard yang panjang dengan ribbon.  Setiap ribbon mewakili pencapaian setiap konsultan.
Dan kali ini,  citi-cita untuk mendapat lanyard yang berjela tercapai. Pastinya matlamat saya untuk mendapatkan l anyard yang lebih panjang pada Seminar 2013 nanti!



Haaa .. ini model bidan terjun.
Hanya di Mary Kay saya berpeluang menjadi model.  Di Mary Kay segalanya mungkin.
Saya telah dipilih untuk memperagakan Sales Director suit terbaru di Mary Kay yang akan mula dipakai pada Seminar 2013 September ini.

Menarik kan Career Conference Mary Kay?
Anda berpeluang untuk belajar,  mendapatkan inspirasi,  motivasi dan semangat untuk terus mara ke hadapan.