Monday, July 1, 2013

Salam Ramadhan

As salam pengunjung-pengunjung blog yang saya sayangi ..
Bermula pada 8 Julai ini saya akan berangkat ke Madinah Al-Munawwarah dan seterusnya ke Makkah Al-Mukarramah selama 12 hari.
Sungguh teruja rasa di hati. Menyambut Ramadhan di Tanah Haram.  Pasti ianya sesuatu yang berbeza.
Berbuka dengan air zam-zam dan kurma di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.  Bertarawih berimamkan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais dan Sheikh Salah Al-Budair.

Di sini saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara di sepanjang perkenalan kita.

Kepada semua pelanggan Mary Kay kesayangan saya,  urusniaga akan kembali seperti biasa selepas 22 Julai ini ya.

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik kita.  Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah.


No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya