My best seminar so far.
Alhamdulillah. Impian telah menjadi kenyataan. Segalanya mungkin jika anda percaya pada impian anda. Jika anda berusaha sepenuh hati dan percaya pada ketentuanNya.
Pada awal tahun seminar 2013 lalu, saya hanya meletakkan impian untuk mendapatkan 3 bentuk cincin dari kategori Personal Sales, Sharing dan Unit Production. Tidak berani meletakkan impian untuk menjadi Queen of Sharing tetapi menaruh harapan untuk menjadi Top 3 dalam kategori Sharing. Tetapi impian telah berubah setelah mendapat semangat dan motivasi daripada Senior National Sales Director kami, Pamela Fortenberry-Slate di Sales Director Retreat kami di Lone Pine Resort pada penghujung Februari lalu.
Pulang dari Pulau Pinang penuh bersemangat. Cincin keempat mula menjadi igauan saya selain Pink Toyota Altis. Hingga akhirnya saya berjaya memecahkan rekod unit production saya dengan peningkatan sebanyak 150%. Dan Alhamdulillah akhirnya saya berjaya mendapatkan Pink Car pertama saya. Itu adalah kejayaan pertama saya tahun lalu. Dan pada September baru-baru ini, satu lagi impian telah menjadi kenyataan. Bersyukurnya saya kerana doa saya telah dimakbulkan Allah. Misi telah pun tercapai.
Dan yang paling indah, kejayaan saya berjaya menjadi inspirasi pada begitu ramai wanita di sekeliling saya. Sungguh terharu apabila beberapa orang wanita mengalirkan airmata di atas kejayaan saya dan juga setelah mendapat kata-kata semangat dari saya. Itulah Mary Kay!! Tiada rahsia antara kami. Saya akan mencuba sedaya upaya membantu sesiapa sahaja untuk berjaya di Mary Kay kerana saya amat percaya, saya hanya akan menjadi kaya setelah berjaya memperkaya wanita di sekeliling saya.
Seminar 2014 ini, saya meletakkan impian yang lebih besar. Menjadi Top Director di Mary Kay Malaysia adalah impian seterusnya. Dan sudah semestinya saya ingin melahirkan lima orang Sales Director dari unit kami pada Seminar 2014 ini.
Moga impian saya terus menjadi kenyataan. Dan moga anda mendapat semangat baru daripada saya.
Jika saya yang dahulu kalanya seorang yang sangat pendiam dan pemalu boleh membawa ramai wanita ke dunia Mary Kay, mengapa tidak anda? Yang penting, kesungguhan dan keikhlasan hati anda. Yang selainnya, biarkan Yang Maha Kuasa menjalankan tugasNya.
Gambar kami akan terpampang di Mary Kay Beauty Center di VSQ, Petaling Jaya selama setahun
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya