Thursday, October 23, 2014

Apakah Definisi Cantik Bagi Anda?

Lihat wajah ini ..
 
Apa yang tak kena dengan wajah ini?
Hidung pesek.  Mata sepet.  Wajah bersegi.  Gigi senget.  Kening tak teratur.  Kombinasi yang sangat sempurna hahaha ..  Tetapi saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan wajah yang tiada cacat celanya pada saya. 
 
Seorang teman pernah berkata kepada saya,  "Suami I takkan bagi I keluar rumah kalau I mekap sebegini".  Saya terpegun.  Apa silapnya dengan wajah sebegini?  Ini adalah wajah natural saya sahaja.  Puas saya memikirkan apakah maksud dia. 
 
Bagi saya,  ini adalah hasil penjagaan wajah selama 5 tahun dengan penggunaan produk Mary Kay.  Tiada proses pemutihan atau pengelupasan.  Dan tiada foundation juga.  Hanya cc cream yang sangat nipis.  Anda tidak percaya? 
 
Jangan rasa tergugat dengan kulit wajah saya ini.  Anda juga mampu mendapatkan kulit sebegini.  Dan saya sangat ingin membantu.  Kerana tiada ertinya bagi saya jika hanya saya seorang yang menjadi cantik. Saya sangat-sangat gembira jika saya mampu menggembirakan hati anda
 
Jom kita bertemu untuk saya lihat jenis kulit dan keadaan kulit anda sebelum saya boleh memberikan khidmat nasihat tentang produk Mary Kay yang anda perlukan.
 

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya