Pernahkah anda bersangka buruk pada Allah?
Jangan sekali-kali .. ingatlah setiap kali berhadapan dengan dugaan itu bermaksud anda berada dalam perhatianNya. Terimalah ketentuan itu dan bersyukurlah.
Jika anda tiada terdaya diduga, mengadulah padaNya. Tidak perlu mengadu di Facebook. Atau di Twitter. Atau di radio. Mungkin pada sahabat baik yang positif boleh. Tetapi ingat .. kita solat dan kita berdoa pada Allah. Agar ditabahkan hati menerima dugaanNya itu dan mintalah agar ada rahmat di sebaliknya.
Saya berasa amat bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini banyak laluan bagai dipermudahkan. Salah seorang konsultan di Terengganu mahu kembali aktif seperti setahun yang lalu. Dan kerana niat ingin melihat dia maju, saya dipertemukan dengan ramai prospek dari kawasan berdekatan dengannya.
Dan saya pula sejak 4 bulan kebelakangan ini dipertemukan dengan ramai wanita sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam yang mahukan sesuatu untuk merubah kehidupan dan penampilan mereka secara serius. Konsultan yang lain pula makin ramai yang sudah mula berkembang. Terharu rasanya dengan kurniaan Allah ini. Siapalah saya jika dikira dari sudut amalan. Lebih banyak yang saya minta dariNya berbanding amalan yang diberikan. Tetapi Allah itu Maha Mengasihani dan Maha Pemurah. Mintalah dariNya kerana Dia mampu memberi apa saja. Dirikanlah solat. Amalkanlah solat Tahajjud, solat Dhuha. Tambahkanlah dengan solat Hajat dan Taubat. Dan buatlah dengan ikhlas.

Saya mahu terus bersama Mary Kay kerana saya dapat beribadah dan berdakwah melaluinya. Bukan semata-mata kerana duniawi.
Semoga semua urusan saya dan konsultan saya dipermudahkan.
Terimakasih ya Allah. Dan terimakasih kepada semua yang membantu dan menyokong saya.
Saya sayang anda semua.
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya