Thursday, October 23, 2014

Berapakah pendapatan tambahan yang anda mahukan?

Semalam cuti Deepavali.
Saya ambil kesempatan untuk melatih konsultan.

Dalam kelas selama 2 jam semalam, saya menekankan kepada konsultan yang hadir kenapa mereka perlu merekrut.  Kami bukan Multi Level Marketing atau MLM. Mary Kay adalah syarikat Jualan Langsung atau Direct Selling.  Ada perbezaan di antara dua ini.  Kami merekrut untuk mengembangkan perniagaan dengan cara membantu memperkaya kehidupan wanita di sekeliling kami. Memang tiada paksaan tetapi kami akan memberi tunjuk ajar bagaimana mereka boleh mendapat keuntungan melalui jualan dan merekrut.
 
Saya agak kelas semalam menjadi sangat menarik ketika saya membuat pengiraan komisyen apabila mereka merekrut. Baru nampak lebih jelas mengapa mereka perlu merekrut dan membimbing ahli pasukan mereka.
 
Semua ilmu yang ada ingin saya turunkan kepada sesiapa saja yang mahu belajar. Sangat puas melihat semangat setiap yang hadir.
 
Jika anda juga mahukan sebuah kerjaya di bidang kecantikan, yang hanya memerlukan 12 jam seminggu dari waktu anda, mungkin Mary Kay lah jawapannya.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, dan kiranya anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Seremban, Bangi, Putrajaya atau Cyberjaya, anda boleh hubungi saya di 016 361 0628.
Atau jika anda berada di Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kemaman, Besut, Setiu, Jerteh, Kulim, saya ada konsultan yang boleh membantu.
 
Jangan lengah lagi ..
 
Bersama BC yang datang belajar.
 
 
Saat mengujakan. Kaching!! Tengah mengira pendapatan mengikut level kerjaya
 
 
Seronok berkongsi ilmu.  Ilmu kalau kita sampaikan pula kepada orang lain akan membuatkan kita jadi lebih faham.  Dan pulangannya berlipat ganda bila kita ikhlas memberi.
 

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya