Thursday, November 27, 2014

Facial di Port Dickson

Nak belajar cara betul penjagaan kulit wajah anda?
Atau nak kenali produk Mary Kay lebih dekat lagi?
Atau nak tahu peluang kerjaya di Mary Kay?
Dan anda berada di sekitar Port Dickson?
Jom temui saya pada hari Isnin, 1 Disember ini jam 12 tengahari.
Kita main-main mekap. Foundation. Lipspa. Masker.
Semua boleh. Dan ianya percuma sahaja.

Wassup saya di 016-361 0628 sekarang juga untuk tempahan.



Bengkel Kecantikan yang biasa saya adakan di PJ Beauty Center

Wednesday, November 19, 2014

Business with Knowledge

Mahu berniaga. Dan bukan berniaga semata-mata kerana wang.
Mary Kay lah jawapannya.

Ketika kelas penjagaan wajah sedang berlangsung, saya ditanya apakah kelebihan menjadi seorang  Perunding Kecantikan aka Beauty Consultant. Dengan penuh yakin, saya menjemputnya untuk bertemu selama 30 minit pada keesokan harinya. Untuk sesi temuduga. Untuk melihat kelayakannya. Untuk memberi petunjuk bagaimana dia juga boleh melakukan sepertimana saya. Untuk berkongsi tentang kerjaya di Mary Kay.  Dan ini semua saya lakukan sendiri. Tidak perlu menjemput "upline" saya.  Kenapa? Kerana kami telah dibekalkan dengan ilmu yang diperlukan. Samada ilmu tentang  penjagaan wajah, ilmu tentang produk dan ilmu tentang kerjaya di Mary Kay. 
Ini yang selalu saya katakan, business with knowledge.

Alhamdulillah. Kerjaya saya ini bukan hanya menjual mekap. Bukan hanya mementingkan kecantikan. Tetapi ianya  lebih besar dari wang ringgit dan wajah yang menggoda.  Anda ingin tahu apa yang saya maksudkan?  Jom kita bertemu di Mary Kay Training Center pada Sabtu ini jam 10 pagi. Mungkin anda sedang mencari kerjaya yang dapat memberikan satu atau lebih dari senarai ini:
1. Pendapatan tambahan (money)
2. Penghargaan (rewards/recognition)
3. Pembangunan diri (self growth)
4. Kereta percuma (career car)
5. Kemajuan dalam kerjaya (advancement)
6. Menjadi seorang Boss (be your own Boss)

Bagi saya, di Mary Kay lah saya berjaya membina keyakinan diri.  Dan memdekatkan diri dengan Tuhan yang Maha Kuasa. Dan memberikan tumpuan pada anak-anak.  Dan dapat membantu masyarakat.

Hubungi saya di 016-361 0628 jika anda mempunyai impian untuk mendapatkan  sepertimana yang saya dapat.

K-Pop dan saya

Anda peminat kpop?
 
Apa yang menariknya tentang kpop ini?  Matanya? Hidungnya? Wataknya?
 
Kali pertama menonton To The Beautiful You, saya mula jatuh hati.  Wajah-wajah comel. Kesungguhan pelakonnya membawa watak masing-masing. Saya sangat teruja melihat watak Tae-Joon(Choi Min-Ho) yang berjaya melakukan acara lompat tinggi. Mereka bersungguh-sungguh menghayati watak mereka.
Diikuti dengan drama Faith lakonan Lee Min-Ho. Sebuah kisah era Joseon. Kali ini saya betul-betul sudah jatuh cinta dengan drama Korea.
Bermula dengan Choi Min-Ho, Lee Min-Ho, Kang Ji-Hwan, Yoon Eun-Hye, Kim Soo-Hyun, Jang Dong-Gun, Lee Dong-Wook dan sekarang Bi Rain. Wajah-wajah plastik tetapi tetap menjadi kegilaan.
 
Apa yang mahu saya kongsikan, kecantikan kulit wajah mereka. Tak kiralah  samada wajah asli atau wajah yang telah diubah.
Tahukah anda bagaimana teliti dan disiplinnya mereka menjaga wajah mereka? Berapakah lapisan produk penjagaan wajah yang disapu pada wajah orang Korea untuk mendapatkan kulit wajah yang licin, tegang dan berseri? Hingga tak puas mata memandang kan?
Cuba teka berapa banyak produk yang mereka pakai setiap hari. 5? 7? 10? 12? 15? 20?  Hmm .. jangan terkejut.
Untuk wajah saya sahaja, saya gunakan 9 SKU iaitu pencuci, masker, softener, serum, pelembap, krim mata, krim malam, primer, foundation dan bedak.  Anda bagaimana?
 
Setiap produk punya fungsi berbeza. Kerana itulah saya perlukan lebih dari 4 SKU untuk kulit wajah saya
 
Bi Rain yang sedang hangat di saluran 393 dengan dramanya My Lovable Girl bersama Krystal Jung
 
 
Lee Min-Ho dalam drama pilihan saya,  Faith.  Tak jemu menontonnya ..