Wednesday, November 19, 2014

K-Pop dan saya

Anda peminat kpop?
 
Apa yang menariknya tentang kpop ini?  Matanya? Hidungnya? Wataknya?
 
Kali pertama menonton To The Beautiful You, saya mula jatuh hati.  Wajah-wajah comel. Kesungguhan pelakonnya membawa watak masing-masing. Saya sangat teruja melihat watak Tae-Joon(Choi Min-Ho) yang berjaya melakukan acara lompat tinggi. Mereka bersungguh-sungguh menghayati watak mereka.
Diikuti dengan drama Faith lakonan Lee Min-Ho. Sebuah kisah era Joseon. Kali ini saya betul-betul sudah jatuh cinta dengan drama Korea.
Bermula dengan Choi Min-Ho, Lee Min-Ho, Kang Ji-Hwan, Yoon Eun-Hye, Kim Soo-Hyun, Jang Dong-Gun, Lee Dong-Wook dan sekarang Bi Rain. Wajah-wajah plastik tetapi tetap menjadi kegilaan.
 
Apa yang mahu saya kongsikan, kecantikan kulit wajah mereka. Tak kiralah  samada wajah asli atau wajah yang telah diubah.
Tahukah anda bagaimana teliti dan disiplinnya mereka menjaga wajah mereka? Berapakah lapisan produk penjagaan wajah yang disapu pada wajah orang Korea untuk mendapatkan kulit wajah yang licin, tegang dan berseri? Hingga tak puas mata memandang kan?
Cuba teka berapa banyak produk yang mereka pakai setiap hari. 5? 7? 10? 12? 15? 20?  Hmm .. jangan terkejut.
Untuk wajah saya sahaja, saya gunakan 9 SKU iaitu pencuci, masker, softener, serum, pelembap, krim mata, krim malam, primer, foundation dan bedak.  Anda bagaimana?
 
Setiap produk punya fungsi berbeza. Kerana itulah saya perlukan lebih dari 4 SKU untuk kulit wajah saya
 
Bi Rain yang sedang hangat di saluran 393 dengan dramanya My Lovable Girl bersama Krystal Jung
 
 
Lee Min-Ho dalam drama pilihan saya,  Faith.  Tak jemu menontonnya ..
 

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya