Sunday, May 31, 2015

Adakah kerjaya di Mary Kay sesuai dengan anda?

Enam tahun dahulu saya menganggap kerjaya di Mary Kay tidak mungkin boleh mengganti kerjaya saya sebagai Pengurus IT di sebuah bank ternama di Malaysia.
Enam tahun dahulu saya tidak pernah menjangka saya berpotensi meneraju sebuah kumpulan wanita seramai 150 orang ini dalam mencapai impian mereka.
Enam tahun dahulu tidak pernah terfikir saya mampu membawa suami tercinta ke percutian mewah di Eropah.
Enam tahun dahulu tidak pernah terfikir saya mampu menjadi seorang surirumah sepenuh masa dengan pendapatan setinggi seorang Pengurus.

Alhamdulillah. Peluang yang datang tidak saya tolak. Niat mungkin pada mulanya hanya untuk membantu kawan dan hanya bersandarkan kepercayaan kepada produk yang sangat bagus ini akhirnya membawa saya hingga ke tahap sekarang.

Setelah enam tahun bersama Mary Kay, saya berjaya mencapai tahap Pengarah Jualan nombor 1 pada Januari 2015.
Setelah enam tahun bersama Mary Kay, telah ramai wanita yang saya perkayakan melalui kursus kelolaan pihak syarikat. Paling istimewa. Paling berharga. Dan ia adalah alasan kenapa saya harus terus mencapai impian di Mary Kay.
 
Anda juga seperti saya?
Anda mahu melihat sejauh mana potensi anda dalam kepimpinan?
 
Jom ke majlis debut pada 14 Jun ini.
Anda datang. Lihat. Dan dengar.
Lihat betapa ramainya wanita hebat di Mary Kay ini. Yang bermula dengan tanpa apa-apa pengalaman di bidang perniagaan dan kecantikan. Yang bermula di Mary Kay dengan pelbagai alasan.
Dan dengarkan kisah perjalanan 2 orang wanita hebat yang  akan diraikan pada hari tersebut. Kisahnya mungkin sama dengan kehidupan anda.
 

No comments:

Post a Comment