Tuesday, June 21, 2016
Kelas Mekap di Petaling Jaya
Budapest .. impian menjadi kenyataan
Impian ke Budapest, Hungary tercapai.
Hungary, salah sebuah negara di Timur Eropah. Tidak pernah ada dalam senarai negara pilihan. Kerana kos perbelanjaan ke sana yang sangat tinggi.
Tapi saya tahu. Budapest sangat cantik. Yang terkenal dengan bangunan-bangunannya yang cantik. Muzium. Dan thermal bath.
Dan semestinya tak sabar menanti Oktober ini untuk terbang ke sana ...
Parliament House |
Nak join team saya?
2. Anda mahu memulakan kerjaya di bidang kecantikan dengan modal yang rendah tanpa apa-apa pengalaman. Anda akan dilatih secara percuma. Dan saya akan membimbing anda hingga berjaya dengan syarat anda bersedia untuk belajar.
Tuesday, June 14, 2016
Elakkan Lipstick Feathering atau Lipstik Bleeding
Assalamualaikum semua ..
Jom nak share tips
Untuk mengelakkan lipstick feathering atau lipstick bleeding. Makna utk sapuan lipstik yang lebih sempurna, ikuti langkah berikut:
1. Buang sel kulit mati di bibir. Boleh gunakan Mary Kay satinlips lip mask 2 kali seminggu
2. Sapukan lipbalm supaya bibir tidak kering. Bibir yang selalu kering akan cepat bergaris dalam dan banyak. Cuba lihat bibir you di cermin. Adakah ia licin dan lembut? Atau kering, banyak garisan dan ada garisan yang dalam. Dan tepi bibir, nampak rata atau bagai dah crack/retak2?
3. Gunakan lipliner untuk elakkan lipstik tidak berada dalam kawasan yang sepatutnya
4. Sapulah lipstik yang melembapkan kulit di bibir.
Lipstik yang tahan lama akan mengeringkan bibir. Dan ingat tu .. bibir kering cepat nampak tua.
Last sekali sapulah lip gloss di bahagian tengah bibir bawah sahaja supaya nampak lebih full dan seksi.
5. Masa membersihkan bibir, gunalah oilfree makeup remover. Bibir seperti bahagian mata, sangat nipis berbanding kawasan lain di wajah. Jadi ia memang cepat berkedut. Gunalah makeup remover yang memang dicipta khusus untuk bahagian sensitif ini.
Dan ingat juga. Pastikan bibir betul2 bersih dari lipstik supaya wuduk anda sempurna dan juga untuk mengelakkan bibir yang kering dan nampak dull
Pakej Mary Kay untuk bibir:
1. Oilfree makeup remover
2. Satinlips lip mask
3. Satinlips lip balm
4. Lip liner
5. TD lipstick
6. Lip gloss
Untuk bibir yang cantik dan sentiasa muda
💋💋