Friday, April 27, 2018

Career Conference 2018

Wah hari ini Mary Kay Malaysia dah upload gambar sekitar Career Conference 7 April lepas.
Dah basi?
No way ..
Masih segar dalam ingatan saya.
Masih teruja.
Manisnya kenangan itu.

Berada di atas pentas seorang diri. Di hadapan ribuan wanita yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan latarbelakang.
Menjadi fokus selama hampir sejam.
Bayangkan perasaan saya waktu itu.
Nervous? Of course.
Was it so obvious? I think it was still under controlled.
Apakah tips nya? Cari siapa di antara ribuan pendengar itu yang nampak sangat excited mahu mendengar. Dan fokuslah kepadanya seolah-olah kita sedang berbual dengannya.

Peluang yang mungkin tak akan berulang lagi. Semestinya saya mahu lakukan yang terbaik dan mahu meninggalkan seribu kenangan manis buat pendengarnya.

Harapan saya moga perkongsian pada hari tersebut telah berjaya membuka minda ramai  perunding kecantikan Mary Kay untuk memulakan kerjaya mereka di Mary Kay dengan lebih yakin dan akan terus berjaya.
Dan semoga saya mendapat peluang seperti itu lagi di masa hadapan.

Happy dapat bergambar di atas pentas ini bersama Global SNSD Pam Fortenberry-Slate. Saya hanya wanita biasa. Tetapi punya impian yang sangat besar iaitu mahu membawa ramai wanita berada di puncak kejayaan bersama-sama dengan saya. Dan semestinya mahu terus berbakti kepada agama, bangsa dan keluarga saya. Pendorong utama saya semestinya suami, anak-anak, mak dan anda semua.


Thursday, April 26, 2018

Mary Kay Satin Body Collection


Wah apa ni?
Inilah dia set penjagaan badan terbaru di Mary Kay!

Satin Body Collection namanya.
Terdiri daripada Satin Body Shea Scrub untuk membuang sel kulit mati, Satin Body Shea Wash yang bertindak sebagai sabun mandi dan Satin Body Lotion untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.

Perlukah buang sel kulit mati di tubuh badan tu? Tentulah kan .. supaya kulit rasa licin dan lembut.
Bila disentuh rasa sangat puashati.

Jom try produk baru ini dengan saya. Percuma saja .. dengan syarat kita berjumpa lah kan ..


Action Cures Fear!

7 April 2018 ..
Antara kenangan manis saya sepanjang kerjaya saya di Mary Kay

Menjadi mentor untuk konsultan seramai tidak kurang dari 4000 orang semuanya.
Percaya tak??
Saya sendiri masih teruja.

Mengapa saya yang terpilih di antara hampir seribu orang Sales Director di Mary Kay Malaysia/Singapura itu?
Kerana pencapaian saya?
Kerana sikap tidak suka menolak permintaan pihak syarikat?
Kerana saya bakal National Sales Director seterusnya
Kerana saya berani?
Kerana saya pandai berkata-kata?
Entahlah ..
Yang pasti itulah dia rezeki.

Public Speaking used to be something I was so scared of.
Takut bercakap di depan orang ramai.
Malu menjadi perhatian orang.
Tetapi saya selalu percaya, apabila seseorang yang penakut dan pemalu seperti saya berjaya mengatasi ketakutan itu, ia akan menjadi inspirasi kepada ramai orang. Dan itulah misi saya .. mahu membantu ramai wanita yang tiada keyakinan diri untuk menjadi seorang wanita yang berjaya dan dipandang tinggi kerana sifatnya yang penuh dengan kasih sayang dan kesungguhan.

How was my presentation?
Berjayakan saya engaged 4000 orang di dalam dewan itu?
Rasanya saya dah berikan yang terbaik.
Sebulan persediaan. Memerah otak mencari idea bagaimana mahu menjadikan jalan cerita penuh dengan tips kejayaan dan ilmu bagi menarik minat pendengar untuk terus duduk di kerusi masing-masing selama 1 jam.
Alhamdulillah saya sangat enjoy.
The stage was mine.
Sangat seronok pengalaman tersebut.

Impian seterusnya.. saya mahu menjadi mentor di Dallas Texas pula. Di hadapan achievers dari negara China, Australia dan USA.

Mary Kay sesungguhnya telah merubah saya untuk menjadi seorang wanita yang berkeyakinan.
Dan di Mary Kay juga, saya berjaya menyampaikan segala kelebihan yang telah Allah berikan kepada saya pada lebih ramai wanita.

If I can do it, you can do it too!!

Selfie selepas sharings .. katanya ini trend orang sekarang.  Saya pun buat sama lah kan ..


Tiga orang mentor pada event tersebut. SNSD Pam Fortenberry-Slate yang mengajar ESSD seramai lebih kurang 80 orang.  ESSD Suhaida yang mengajar DIQ dan SD seramai lebih kurang 600 orang dan saya mengajar lebih kurang 4200 orang BC.


Istimewa menjelang Raya ...
Anda dijemput untuk ke kelas kecantikan saya di Kota Damansara.

Apa yang ada di sana tu?
Jom belajar tentang jenis kulit anda. Dan masalah sebenar anda. Samada berjerawat, berjeragat. Atau masalah kekeringan atau berminyak yang terlampau. Supaya anda tahu produk apa yang sesuai untuk kulit anda dan boleh berjimat dalam pemilihan produk kecantikan.
Jom belajar cara cuci wajah ala-ala spa di rumah. Dari tangan hingga ke wajah .. jom belajar macamana nak maintain nampak macam 20an atau 30an saja ..
Ada apa lagi?
Jom belajar mekap ringkas untuk ke pejabat atau keluar dating ..

Semuanya percuma.
Datang bawa wajah saja ..

Tapi kalau datang dengan kawan jangan lupa claim hadiah dari saya ya ..

Ok jika betul-betul berminat sila wasaap ke 016 361 0628 hari ini juga ..

Psstt .. hanya wanita berusia 22 tahun ke atas saja tau