Thursday, September 6, 2018

Kerjaya sebagai Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay @ Mary Kay Independent Beauty Consultant


Jom jadi tetamu istimewa saya.
Pada yang tertanya-tanya apa yang kami buat di Mary Kay ini dan apa yang seronok sangat dengan kerjaya ini, jemputlah datang ke majlis ini. Lihat sendiri dan dengarkan sendiri.
Inilah peluang untuk mencantikkan wajah sambil menambahkan duit poket.
Tak susah mana pun. Janji rajin dan mendengar kata.



AJK dalam event bulan lepas. Ada yang suka buat kerja-kerja sukarela macam kami ni tak agaknya?
Inilah dia Mary Kay. Kami dilatih buat kerja- kerja amal dengan penuh kasih sayang. Seikhlas hati.

Wednesday, September 5, 2018

Mary Kay personal website


Jika anda suka shopping online, jemputlah ke personal website saya ya.
Sila klik link di bawah ini.
Super simple. 
Ada banyaaaakkk sangat info tentang produk Mary Kay di sini.
Dan boleh order terus pula tu.

https://www.marykay.com.my/hasnidaud/

Sila lah ya ..
Jangan segan-segan dengan saya.

Mary Kay facial


Wah .. rindunya nak ber SCC ...
Jom. Siapa nak main-main mekap dengan saya?
Atau belajar DIY facial dengan saya. Atau pun yang saja suka-suka nak cuba produk Mary Kay.
Saya sediakan semuanya. Produk. Khidmat nasihat. Servis. Segalanya. Percuma sahaja.
Jangan takut. Tiada paksaan pun.

Kalau nak datang ke beauty center saya boleh.
Kalau nak saya datang ke pejabat anda juga boleh.
Kelas selama 2 jam sahaja. Dan tak perlu ramai pun. 3 orang pun dah ok. 20 orang paling ramai. 200 orang boleh juga diatur.
Jangan tunggu lagi.

Jom kita jumpa. Anda memang tak kan menyesal.

Ops .. lupa nak cakap. Terbuka kepada wanita sahaja ya ..

Terimakasih kerana sudi membaca ya ❤

Quote of the Day



Ada yang merindui saya rupanya.
Katanya .. kenapa lama tidak ber blogging?
Oh .. tak sangka ada yang menanti posting saya di sini.
Ok. Bila ada waktu terluang, saya akan menulis semula lah.
Rasanya itulah kelebihan saya yang dikurniakan oleh Allah. Menjadi tanggungjawab saya untuk gunakan ia dalam membantu orang di sekeliling saya pula. Samada untuk memberi ilmu, inspirasi ataupun motivasi melalui tulisan saya.

So lets enjoy!!

Saya perunding kecantikan bebas Mary Kay


Wajah terbaru saya untuk yang dah lama tak jumpa.
Jika anda percaya produk Mary Kay boleh memudakan dan mencantikkan wajah anda, gunakanlah ia tanpa was-was.
Dan jika anda percaya saya boleh bantu cantikkan wajah anda, izinkanlah saya untuk membantu anda.
Dan jika anda percaya saya mampu bawa anda berjaya bersama-sama dengan saya, benarkanlah saya berikan anda tunjuk ajar.

Tiada rahsia antara kita.
Carilah saya jika anda yakin dengan saya


Mengapa Mary Kay?


Semalam menemankan anak ke kolejnya.

Zaman saya dulu, saya selalu sangka. Orang masuk private U sebab dia tak pandai. Tak dapat offer masuk U. Jadi kena sambung belajar atas tanggungan sendiri ke kolej swasta. Tapi saya silap rupanya.

Anak saya dapat tawaran belajar di UTHM Batu Pahat dalam jurusan Statistik. Tapi impian saya mahu dia sambung belajar dalam jurusan Actuarial Science.

Jika saya masih berkerja di bank, rasanya saya teruskan saja dengan apa saja peluang yang diberi. Tak boleh memilih. Jika terlalu memilih, risikonya masa depan anak sendiri yang akan terkorban.
Syukur kerana dengan Mary Kay, saya boleh buat pilihan.

Saya pilih UCSI. Kerana reputasinya. #1 private U di Malaysia. Dan Top 500 dalam ranking dunia. Dan di sinilah anak saya dapat pilihan belajar dalam bidang yang dia mahukan. Dan syukur kerana ianya tak jauh dari rumah saya. Jadi dia masih boleh tinggal bersama saya.

Bagi yang dah ada anak, keutamaan kita biasanya pada mereka.
Boleh gunakan peluang cari duit lebih di Mary Kay ini untuk simpanan buat anak sambung belajar di institusi yang terbaik dan dalam bidang yang sesuai dengan minat dan kelebihan dia. Jangan hanya berserah tetapi berusahalah sepenuh jiwa dan raga untuk mendapat yang terbaik. Anak adalah amanah Allah yang tak ternilai. Jagalah dan berilah yang terbaik untuknya.