Wednesday, September 5, 2018

Mengapa Mary Kay?


Semalam menemankan anak ke kolejnya.

Zaman saya dulu, saya selalu sangka. Orang masuk private U sebab dia tak pandai. Tak dapat offer masuk U. Jadi kena sambung belajar atas tanggungan sendiri ke kolej swasta. Tapi saya silap rupanya.

Anak saya dapat tawaran belajar di UTHM Batu Pahat dalam jurusan Statistik. Tapi impian saya mahu dia sambung belajar dalam jurusan Actuarial Science.

Jika saya masih berkerja di bank, rasanya saya teruskan saja dengan apa saja peluang yang diberi. Tak boleh memilih. Jika terlalu memilih, risikonya masa depan anak sendiri yang akan terkorban.
Syukur kerana dengan Mary Kay, saya boleh buat pilihan.

Saya pilih UCSI. Kerana reputasinya. #1 private U di Malaysia. Dan Top 500 dalam ranking dunia. Dan di sinilah anak saya dapat pilihan belajar dalam bidang yang dia mahukan. Dan syukur kerana ianya tak jauh dari rumah saya. Jadi dia masih boleh tinggal bersama saya.

Bagi yang dah ada anak, keutamaan kita biasanya pada mereka.
Boleh gunakan peluang cari duit lebih di Mary Kay ini untuk simpanan buat anak sambung belajar di institusi yang terbaik dan dalam bidang yang sesuai dengan minat dan kelebihan dia. Jangan hanya berserah tetapi berusahalah sepenuh jiwa dan raga untuk mendapat yang terbaik. Anak adalah amanah Allah yang tak ternilai. Jagalah dan berilah yang terbaik untuknya.

No comments:

Post a Comment

Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya