Thursday, January 24, 2019

Mentor at LC. 2019

Pengalaman manis Mary Kay Leadership Conference kali ini.

Saya terpilih menjadi mentor untuk kali ke-4 di acara tahunan Mary Kay yang paling berprestij.
LC kali ini disertai oleh lebih dari 500 orang Pengarah Jualan (SD) dari Malaysia. Dan lebih 150 orang Pengarah Jualan dari Mary Kay Philippines, Australia, New Zealand dan Singapura.
Ada 750 orang semuanya.

Bila terima jemputan untuk jadi mentor  hati saya berbunga-bunga. Tersenyum simpul di Coffeebean.
Saya tahu ia bukan tugasan yang mudah.
Bayangkan, saya perlu mengajar Sales Director yang bukan calang-calang orang nya. Dan dalam bahasa Inggeris pula.
Wow .. Mencabar sungguh.
Tetapi saya tak mudah mengalah. Takkan ku tolak rezeki ini. Ia peluang yang dinantikan oleh semua SD walaupun masing-masing ada kekangan tersendiri.

Dengan tunjuk ajar kak Suzi, saya mulakan penulisan. Draf pertama ditolak. Kerana terlalu mendatar. Tak cukup penghayatan. Draf kedua semakin bagus. Dapat pujian lagi .. Inspiring and very sharp, kata kak Suzi. Sangat detail, bak kata kak Suzi, saya ni perfectionist. Hihi .. Saya rasa itulah kelebihan saya yang boleh dikira positif.

Memang nervous. Tapi saya sangat enjoy.
Kata orang saya sangat cool. Memang dari dulu saya tak benarkan orang nampak apa dalam hati saya.

Dan paling happy, ramai yang tak percaya bila saya kata itu adalah sharings pertama saya dalam bahasa Inggeris.
Habis tu.. Dah prepare habis kan. Dah berulang kali baca hingga boleh hafal.

Itulah transformasi saya di Mary Kay.
Dari seorang yang penakut dan pemalu, sekarang saya sudah mampu bercakap di atas pentas.

Jika anda seorang yang tiada keyakinan, carilah saya. Carilah Mary Kay. Kerana saya dan Mary Kay boleh bantu anda berubah ke arah kebaikan. Dengan izin Allah.

Kenangan jadi mentor

Rasa macamana bila orang Australia pun menyalin nota sama hihi

Some of my achievements 

My mentor  Kami berdua dapat jadi mentor kali ini

Kesemua mentor yang bekongsi malam ini

My best GM. Ms Khor Lee Fan

Friday, January 4, 2019

Untuk mak



Musim durian dah tiba. Tapi belum meriah pun lagi.
Balik jumpa mak, biasanya saya akan singgah di gerai durian yang biasa saya pergi. Sampai aunty tu pun dah kenal. Apa taknya. Beli durian sampai RM300-RM500. Sebulan kadangkala 2 kali singgah.

Jika sebelum ada duit extra ni, saya memang tak pernah beli durian sendiri. Sebab mahal kan..
Tunggu aje lah musim durian di kampung mak mertua kalau nak mewah. Sebab dia ada lebih 50 batang pokok durian. Kalau nak durian sedap kena berebut dengan sang kera di kampung mak sendiri. Ada la 2 batang pokok durian tua tu. Isinya memang the best lah.
Kalau nak beli di kedai, suami je yang akan beli. Sebab dia ada allocation untuk luxurious fruit ni. Saya tak ada. Sedihnya kan..

Tapi lately, saya je yang selalu beli durian ni. Sebab saya je yang selalu balik kampung. Dan boleh beli bila-bila nampak dan terasa teringin. Dan durian pilihan saya hanya Musang King saja. Sb itu yang suami saya suka.

Hari ini balik Raub. Saya tanya mak. Dia nak durian tak? Dia memang suka durian. Dulu arwah abah selalu belikan.
Dia jawab, nak juga kalau ada.
So kami singgah di gerai biasa. Ajak mak turun. Suruh dia pilih nak yang mana. Bagi dia rasa pilih sendiri. Musang King ada 2 pilihan. RM30 yang kecik dan RM45 yang besar sekilo. D24 RM15 sekilo. Durian kawin RM20 sekilo.
Mak pilih D24. Yang paling murah.
Tapi saya minta kat aunty tu Musang King lah. 10 kilo. Sebab regular customer, dia bagi extra 2 biji dan harga dia round up kan saja.
Of coz kita nak yang terbaik untuk mak kan.

Balik rumah tadi mak makan durian tu.
Sedapnya durian ni dia kata. To me that is happiness. Benda kecil-kecil je. Balik kampung makan nasi lemak sama-sama. Bersembang, menyakat.

Alhamdulillah ada duit lebih dengan Mary Kay ni. Walaupun sebenarnya kalau di Mary Kay ni hari ini, kita dah hujung bulan menanti gaji. Plus baru lepas balik holiday dan buka sekolah.
Balik kampung pun perlukan duit juga kan. Bukan sebab musang king saja.

Thank you for reading.
Saat-saat membahagiakan sangat. Jika ada duit extra.