Monday, February 15, 2010

Kulit terbakar dek panas cahaya matahari

Cuaca sekarang memang sangat panas. Semalam ketika di kampung, anak kak has yang berumur 11 tahun berjemur tengah panas mencari ikan di sungai. Itulah kegemarannya .. menangguk ikan bersama sepupunya. Rasanya adalah paling kurang 2 jam dia berjemur di tengah panas tanpa baju.


Balik ke rumah malam tadi mengadu belakang tubuhnya sakit-sakit. Bila kak has tengok, dah macam udang kena bakar. Patutlah sakit sangat .. dah sun burnt. Mula-mula kak has sapukan gel gamat. Lega katanya, tapi bila gel gamat dah kering kembali sakit. Nak berbaju tak boleh, nak tidur pun terpaksa meniarap. Tiba-tiba kak has teringat cerita Auntie Aida, salah seorang senior sales director Mary Kay yang paling senior di Malaysia. Katanya, dia selalu letakkan Mary Kay oil-free hydrating gel satu di dalam bilik dan satu lagi di dapur. Untuk apa? Kalau terkena minyak panas tika memasak! Lalu kak has pun terfikir untuk mencubanya pada anak kak has. Memang berkesan. Rasa perit kerana terbakar dek cahaya panas matahari dapat dikurangkan. Pagi ini dia tampak kembali normal.

Untuk sesiapa yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar dek panas cahaya matahari, boleh cuba produk ini.

Saturday, February 6, 2010

Berminat dengan produk Mary Kay tapi bagaimana ingin mendapatkannya?

Kak has di Petaling Jaya. Pelanggan di Utara dan di Selatan tanahair, dan mungkin juga di negeri di bawah bayu. Bagaimana ingin berurusan dan berjual beli? Jangan bimbang ...


Kita ada telefon, boleh sms atau telefon bila-bila masa.
Kita ada internet, boleh PM bila-bila senang.
Dan semestinya, kita perlu berjumpa untuk bertemu-janji. Tanpa internet mungkin kita tidak kenal. Tanpa telefon mungkin kita tidak dapat beramah mesra. Tanpa perjumpaan kita tidak dapat bertemu-janji. Tanpa temu-janji tiada facial. Tanpa facial tiada pertalian. Tanpa pertalian tiadalah perhubungan yang berterusan dan seterusnya tiada kesetiaan.
Walaupun kita mungkin bertemu di alam maya, kak has akan mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan pelanggan.


Prospek pernah bertanya bagaimana mungkin berurusan secara jarak jauh?
Mula-mula, kita perlukan facial. Kak has cuma boleh memberikan produk yang sesuai dengan masalah dan keperluan pelanggan melalui facial. Selain daripada itu, ianya adalah peluang bagi kak has memperkenalkan produk-produk Mary Kay yang lain-lain, yang mungkin tiada di dalam senarai pelanggan. Contohnya, oil-free makeup remover. Bagi kak has, ia merupakan salah satu kemestian dalam rejimen produk kecantikan kulit kak has.
Kemudian untuk urusan pembelian, ia boleh dibuat secara terus melalui telefon atau email. Pembayaran seterusnya akan dibuat melalui bank transfer.
Untuk penghantaran pula, kita ada perkhidmatan poslaju. Produk akan dibungkus kemas sebelum penghantaran dibuat dan biasanya, barangan akan tiba dalam masa 2 atau 3 hari bergantung pada lokasi.

Mudah bukan?


Inilah contoh barangan yang telah siap dibungkus sebelum dihantar kepda pelanggan menggunakan perkhidmatan poslaju.

Solekan Asas


Ingin kelihatan menarik tetapi tiada masa untuk bersolek?


Saya adalah ibu kepada empat orang anak, 3 sudah bersekolah dan seorang baby, sebenarnya tak lah baby sangat, dah berumur 2 tahun setengah, tetapi masih berjaga malam untuk susu.

Terjaga pada waktu pagi, saya akan menyediakan sarapan dan bekal untuk anak-anak dan suami, kadang-kadang sekadar roti tetapi menu tetap tiap minggu adalah samada mee goreng, nasi lemak atau meehoon goreng. Tetapi saya masih berpeluang untuk bersolek untuk ke pejabat. Kadang-kadang sempat lagi bermaskara :D



Apa rahsianya?


Selepas mandi, mula-mula saya akan sapukan freshener botanical formula 2 dengan menggunakan kapas muka pada wajah. Ini bertujuan untuk membuatkan pori-pori kelihatan lebih halus dan yang akan membuatkan mekap tampak lebih cantik.


Ini diikuti pula dengan timewise day solution. Tujuannya selain daripada mencergaskan pembaharuan sel-sel kulit, ianya juga bertindak untuk melindungi wajah daripada sinaran UV dan radikal yang menyebabkan penuaan kulit wajah.


Kemudian saya akan menyapukan oil-free hydrating gel yang akan memberikan kelembapan selama 10 jam. Saya percaya penggunaan gel ini yang membuatkan wajah saya tampak berseri-seri atau pun glowing.


Selepas itu saya akan menyapukan timewise age-fighting moisturiser untuk memastikan kelembapan kulit wajah di sampingmemacu proses pembaharuan kulit wajah. Ini diikuti pula dengan timewise firming eye cream yang dikhaskan sebagai pelembap di sekitar mata. Bagi saya yang biasanya hanya mendapat tidur sebanyak 5 jam sehari (disebabkan baby yang masih memerlukan perhatian dan juga kerja-kerja sebagai perunding kecantikan Mary Kay yang pada mulanya hanya sebagai kerja sampingan), saya dapati krim mata ini bukan sahaja membantu menghilangkan garis halus dan kedut pada mata, tetapi ianya juga membantu untuk menghindarkan kesan lingkaran gelap.


Proses penjagaan kulit wajah tidak lengkap tanpa penggunaan foundation! Foundation selain daripada membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata, ianya juga berfungsi sebagai pelindung kulit wajah daripada alam sekitar contohnya habuk daripada melekat terus pada kulit wajah.

Anda boleh memilih samada untuk menyapukan foundation atau terus menyapukan mineral powder foundation pada wajah anda. Penggunaan mineral powder foundation juga boleh membuatkan kulit wajah tampak licin dan rata tetapi saya memilih untuk menyapukan satu lapisan tipis mineral powder foundation di atas lapisan foundation untuk membuatkan kulit wajah tampak rata, licin dan matte.


Untuk mekap yang paling ringkas, saya akan membentukkan sedikit kening saya yang agak lurus dan tiada bentuk ini. Kemudian saya akan sapukan lip balm dan lipstik. Lip balm bagi saya sangat penting kerana bibir saya yang sangat kering. Lip balm adalah antara barangan asas yang telah saya gunakan sejak 15 tahun dulu.


Untuk mekap ekstra, saya akan menyapukan mineral eye color dan mineral cheek color. Selalunya, saya akan menggunakan warna-warna natural kegemaran saya antaranya, lemongrass (hijau muda), dusty lilac (ungu muda), precious pink (merah jambu) dan blue metal (biru muda) sebagai warna asas dan diikuti pula dengan amber blaze (coklat), sweet pulm (ungu), iris (ungu muda) atau denim frost (biru). Untuk highlighter, saya akan gunakan warna-warna seperti crystalline, sweet cream atau moonstone. Manakala untuk pemerah pipi pula, warna kegemaran saya adalah sparkling cider (keorenan) dan strawberry cream (merah jambu). Jika masa mengizinkan, saya akan menyapukan liquid eye liner untuk mata yang lebih menawan dan juga ultimate mascara untuk bulu mata yang kelihatan lebih panjang.


Untuk solekan paling ringkas, saya cuma memerlukan kurang daripada 10 minit dan untuk solekan ekstra, saya akan mengambil masa selama 20 minit.


Cepat bukan? Dan hasilnya wajah yang tampak berseri, segar dan menawan. Dengan penggunaan harian, kita boleh menjadi lebih efisien dan tidak perlu menghadap cermin terlalu lama pada waktu pagi.