Friday, July 27, 2012

Catch the Dream Dallas


Perjalanan diteruskan bersama Sales Force yang lain-lain pada 17 Jun.  Kami berkumpul di LA International Airport untuk ke Dallas dan seterusnya tiba di Fort Worth Airport pada jam 5 pagi keesokan harinya.

Selepas singgah di I-Hop untuk bersarapan,  kami terus ke Hilton Lincoln Center,  Dallas untuk check in.  Memang cantik hotelnya.  Untuk mengelakkan kemengantukan mereka yang baru tiba dari Malaysia,  kami terus keluar ke Galleria untuk aktiviti shopping pertama di Dallas.

Ini geng Panca Sitara mana la pulak ni ..
Semua tengah menanti shuttle untuk ke Galleria lah ni .. Tiba di Galleria,  lepas makan ala kadar masing-masing terus ke butik Coach .. Semua sibuk memilih Coach handbag .. untung la kedai pertama yang kami masuk tu ..

Pose istimewa sebelum training bermula :-)

Hari pertama training.
Tiba saja di dewan,  kami dikerumuni Sales Force dari negara lain seperti China,  Korea,  dan Taiwan.  Masing-masing teruja bertemu dengan kami.  Mungkin kami semua nampak sangat cantik bertudung kot .. hehe ..
Tak sempat-sempat masing-masing berebut-rebut nak bergambar dengan kami.  Lepas satu, satu kamera bertukar ganti.

Lenguh dah pipi sebab lama sangat tersenyum nak bergambar ramai-ramai.  Kenangan bersama Sales Force dari China

Selesai training separuh hari,  selepas makan tengahari,  waktu yang saya tunggu-tunggu telah tiba.
Kami dibawa ke ibu pejabat Mary Kay.  Dari lebuhraya,  kelihatan bangunan yang rasanya setinggi 13 tingkat tersergam indah.  Sungguh besar. 
Melangkah sahaja kami ke dalam bangunan,  kelihatan semua pekerja sedang menanti di balkoni setiap tingkat sambil bersorak dan bertepuk tangan meraikan kami.  Rasa begitu berharga diri kami disambut sedemikian.

Bergambar di hadapan bangunan.  Saya sangat bangga berkerja dengan Mary Kay Malaysia

Di hadapan pintu masuk bangunan.  Yang berbaju ungu tu adalah Sales Force dari Australia

Betapa besarnya pejabat Mary Kay ini kan?  Di dalamnya juga terdapat muzium Mary Kay di mana produk-produk lama,  pakaian lama Mary Kay Ash,  Jaket Merah,  Jaket Pengarah Jualan,  Jaket Pengarah Jualan Nasional,  keratan akhbar tentang Mary Kay Cosmetics,  gambar-gambar National Sales Director dan banyak lagi memorabilia ditempatkan.

 
Dalam muzium. 


Bersama semua Sales Force dari Malaysia dan Singapura di dalam bilik Mary Kay Ash

Bergambar di atas kerusi Mary Kay Ash,  di mejanya,  menggunakan pena Mary Kay Ash di dalam pejabatnya. 

Pergi ke Amerika Syarikat tiada di dalam agenda saya ketika mula-mula melangkah ke dunia Mary Kay.  Mana tidaknya.  Saya telah pun pernah tinggal di Washington selama 2 tahun ketika pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan IT.  Pengalaman duduk di negara 4 musim yang pada satu ketika itu musim sejuk dengan salji sehingga setinggi lutut selama 4 bulan sudah cukup bagi saya.  Tetapi untuk ke Amerika Syarikat sekali lagi hanya untuk duduk di pejabat Mary Kay Ash adalah sesuatu yang berlainan.  Ia bagaikan satu suntikan semangat buat saya untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya untuk berjaya di dalam bidang yang saya sukai.
Dan dengan semangat yang membara itu akhirnya impian saya tercapai.
Hanya satu harapan saya selepas ini,  agar lebih ramai wanita menanamkan semangat yang kuat untuk berjaya.

Hari kedua.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa melawat ke kilang pengeluaran Mary Kay dan juga gudang Mary Kay.
Sungguh teruja melihat betapa besar dan canggihnya kedua-dua kilang tersebut.
Di gudang ASRS (Automated Storage and Retrieval System) ini,  produk Mary Kay akan melalui QC.  Robot digunakan untuk mengangkut produk dari satu tempat ke satu tempat.  Gudang setinggi 80 kaki itu biasanya 60% dipenuhi dengan produk Mary Kay dan produk semuanya akan dihantar ke destinasi pada setiap bulan.

Ini adalah lori,  atau saya panggil trak atau treler yang digunakan untuk menghantar produk Mary Kay.  Penghantaran biasanya akan dibuat dari hari Isnin hingga hari Rabu sahaja untuk memastikan semua produk tiba di destinasi tepat pada waktunya.  Besar kan trak ini?

Ini pula tempat kotak-kotak berisi produk disimpan.  Forklift digunakan untuk menurunkan dan menyimpan kotak-kotak tersebut.

Dan yang kuning itu adalah robot yang digunakan untuk mengangkut kotak-kotak

Hari ketiga.
Selesai training separuh hari,  kami dibawa ke Allen Premium Outlet untuk bershopping! Semua sangat teruja.  Masing-masing sudah merancang untuk memborong barangan Coach dan jeans Levi's banyak-banyak.  Masing-masing sudahpun berkerja keras sebelum ini dan inilah masanya untuk memborong.  Saya sendiri banyak memborong barangan Coach untuk dijadikan hadiah buat Beauty Consultant sebagai ganjaran untuk cabaran yang saya berikan. 

Selesai shopping,  kami dibawa ke South Fork Ranch untuk makan malam dan majlis berdansa. 
Di sinilah penggambaran siri TV Dallas yang sangat popular pada zaman 80-an dulu.

Cantik tak topi koboi pink tu?  Special untuk Mary Kay saja tau.  Dan cantik tak sunglasses tu?  Tiffany tu tau .. kalau bukan sebab Mary Kay,  takkan sanggup ku bazirkan USD320 semata-mata untuk spek hitam tu saja hihi

 
Haa .. tu kan gambar Bobby Ewing ..

 
Dan inilah dia rumah tempat penggambaran siri TV Dallas.

Berlatarbelakangkan ladang kuda.

Macamana?  nampak seronok kan?  Kerja rajin-rajin,  ganjarannya pun hebat.  Dapat belajar,  dapat motivasi,  dapat semangat,  dapat makan angin dan dapat shopping.  Dan lagi seronok,  dapat kenal lebih rapat dengan kawan-kawan Mary Kay sendiri.

Ini baru permulaan.  Kadangkala kami memperkenalkan Mary Kay Malaysia kepada wanita-wanita lain sebagai travelling company.  Mengapa?  Kerana kebanyakan ganjaranya adalah educational trip.  Kalau dalam Malaysia,  ke Sabah,  dan ke PD setakat 3 tahun kebelakangan ini.  Dan kalau ke luar negara,  kami dihantar ke China,  Amerika Syarikat,  Jerman,  Switzerland,  dan ke Paris di antaranya mengikut cabaran yang diberikan.

Selain dari trips,  hadiah lain yang disukai oleh wanita seperti saya adalah cincin berlian.  Hmm .. siapa yang tak suka, kan?  Kami boleh mendapatkan sebanyak 5 bentuk cincin setiap tahun. 

Saya harap cerita saya ini akan menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana pula.

Thursday, July 26, 2012

Guest Event



Ingin tahu bagaimana anda boleh membina kerjaya bersama Mary Kay?
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meluangkan masa anda selama 2 jam pada hari Sabtu ini di Hotel Crown Crystal, PJ untuk mendengar bagaimana kami boleh merubah kehidupan anda sebagaimana ia telah merubah kehidupan saya.
 
Hubungi saya di 016-3610628 jika anda berminat.
Love and Belief,
SD Hasni Muhamad Daud
 
Mary Kay Malaysia
 

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!
Sempena Hari Raya yang bakal tiba,  marilah kita transformkan penampilan kita nanti ..
Pakai baju baru,  wajah tetap sama,  cuma lebih berseri di pagi Raya dan hari-hari berikutnya ..
Ingin tahu rahsia saya?



Inilah rahsia saya ..
TimeWise Miracle set.  Sudah 3 tahun saya menggunakannya dan hasilnya kulit yang makin anjal,  halus dan mulus ..
dan kini ada tambahannya .. TimeWise Moisture Renewing Softener dan TimeWise Restore and Recover Complex ..



Dan yang ini,  TimeWise Replenishing Serum C.  Sekotak setiap 3 bulan.
Hasilnya,  kulit yang lebih sekata,  anjal dan halus mulus dan gebu ..

Ingin menncuba?  Sila SMS  ke 016-3610628 untuk facial PERCUMA dan rasai kehebatannya ..

Bengkel Kecantikan


BENGKEL PENJAGAAN WAJAH DI KUANTAN
Bengkel Kecantikan dan solekan sempena Hari Raya bersama make-up artist.
Ketahui jenis kulit anda dan cara solekan mudah untuk diri sendiri sempena Hari Raya dan cara penjagaan wajah seharian yang betul.

Tarikh : 11/8/2012
Tempat : Hotel Seri Malaysia. Kuantan
Masa : 9:00 pagi-1:00 petang
Bayaran : RM55

Tarikh Tutup Penyertaan : 5/8/2012

Bawa 2 orang kawan dan dapatkan hadiah istimewa daripada saya.
Sila email ke haslanmk@gmail.com atau SMS ke 016-3610628 untuk tempahan

Wednesday, July 11, 2012

Her World Beauty Awards Winners

Dalam majalah Her World edisi Julai 2012,  telah diumumkan beberapa produk Mary Kay yang telah memenangi Her World's Choice award dan People's Choice award.
Antaranya Mary Kay Lotus & Bamboo Deo Body Spritzer,  Mary Kay TimeWise Moisture Renewing Gel Mask,  Mary Kay TimeWise Renewing Softener,  Mary Kay NouriShine Lip Gloss, Mary Kay Eyeliner,  dan Mary Kay Lash Love Mascara.


Mengapa saya memilih Mary Kay Lotus & Bamboo Deo Body Spritzer untuk menggantikan deodorant?  Saya selalu berfikir peluh adalah sesuatu yang natural dan tidak harus disekat.  Tetapi peluh di bahagian ketiak terutamanya boleh menghasilkan bau-bauan yang kurang menyenangkan.  Itulah sebabnya saya menggunakan Body Spritzer ini.  Ia memastikan badan saya berbau segar sepanjang hari.
Bagi mereka yang mementingkan penjagaan tubuh badan,  Deo Body Spritzer ini adalah salah satu daripada tiga produk dalam set penjagaan badan Mary Kay.  Tiga produk itu adalah Loofah Body Cleanser yang bertindak sebagai pembersih tubuh badan yang membuang sel-sel kulit mati dan sebarang kesan jerawat terutama di bahagian belakang tubuh badan,  Deo Body Spritzer yang bertindak dengan memerangkap molekul-molekul bau busuk pada tubuh badan dan Body Lotion yang bertindak untuk melembap dan melembutkan kulit.  Hasilnya,  tubuh badan yang licin, lembut dan sentiasa harum dan segar sepanjang hari.  Bagi saya,  ianya satu kepuasan menyentuh kulit badan seperti ini.

Sebelum mengenali Mary Kay,  lipgloss atau pengilat bibir bukanlah produk kesukaan saya.  Mengapa?  Kerana kebanyakan lipgloss yang saya cuba sebelum ini sangat mengeringkan bibir saya yang sering bermasalah.  Sejarah bibir saya dulu memang sangat buruk.  Ianya sangat kering dan sering mengelupas dan ada kalanya hingga luka dibuatnya. 
Tetapi kini lipgloss adalah antara produk mekap yang saya gunakan sebagai rutin.  Ianya tidaklah terlalu berkilat dan ianya tidak mengeringkan bibir saya.  Hasil selepas mengenakan lipgloss ini,  bibir tampak lebih penuh dan cantik.
Dan alis mata atau eyeliner Mary Kay, sangat lembut.  Perlu anda tahu,  mata adalah bahagian di wajah yang paling sensitif dan hati-hati dalam memilih produk kecantikan dan mekap untuk bahagian ini.  Mekap mata yang susah dicuci boleh menyebabkan kedutan awal.  Dengan Mary Kay eyeliner,  ianya sangat lembut hingga boleh dilukis betul-betul pada akar bulu mata.  Dan ianya juga mudah dicuci jadi jika anda akan ke majlis yang bakal dipenuhi dengan airmata,  sila elakkan eyeliner ini ya.  Untuk majlis suka ria,  ini sangat sesuai bagi menyerlahkan lagi kecantikan mata anda.

Hydrating gel mask sangat bagus terutama bagi mereka yang bermasalah kulit kering dan mereka yang selalu duduk di dalam bilik yang berhawa dingin.  Harganya jauh lebih rendah tetapi hasilnya sangat memberangsangkan.  Ini adalah satu-satunya masker Mary Kay yang boleh dibawa tidur bersama.  Kesannya dapat dilihat terus pada keesokan harinya.

Ini adalah produk kesukaan saya ... dulu saya memang sukakan mekap tetapi saya sering bermasalah tidak tahu memilih mana yang sesuai dan tidak tahu cara menggunakannya.  Tetapi dengan Lash Love Mascara,  semua orang boleh mendapatkan bulu mata yang panjang,  lebat dan lentik dengan mudahnya.  Tidak perlu lagi bulu mata palsu atau eye lash extension. Selain dari fungsi mencantikkan ini,  mascara ini juga mengandungi bahan untuk merawat bulu mata juga bagi mendapatkan bulu mata yang sihat.

Ini adalah antara produk terbaru Mary Kay! Fungsinya lebih daripada hanya sebagai Toner.  Ia membersihkan sisa-sisa mekap yang mungkin masih lagi tertinggal selepas wajah dicuci,  ia menghaluskan pori-pori dan ia juga melembutkan kulit wajah anda.  Hasilnya,  kulit wajah yang bersih,  halus dan lembut dan anjal.  Bukankah itu yang kita semua impikan?

Sunday, July 8, 2012

Beauty Fair di Johor Bahru

Kepada wanita sekitar Johor Bahru, anda dijemput hadir ke :

Mary Kay Beauty Fair
di JB Beauty Center,  Taman Pelangi
pada 14 Julai
jam 10 pagi hingga 5 petang


Sila PM kak has di 016-3610628 jika berminat ya kerana ada ada hadiah sebatang lipgloss (yang memenangi Her World People's Choice Awards) berharga RM48 untuk semua guest kak has.

Sesi Memanjakan Diri Mary Kay di Ipoh

Kepada wanita sekitar Ipoh, anda dijemput hadir ke :

Sesi Memanjakan diri Mary Kay
di Heritage Hotel, Ipoh
pada 14 Julai
jam 10 pagi hingga 4 petang


Sila PM kak has di 016-3610628 jika berminat ya kerana ada ada hadiah sebatang lipgloss (yang memenangi Her World People's Choice Awards) berharga RM48 untuk guest kak has.

Thursday, July 5, 2012

Catch the Dream Dallas : Jalan-jalan di LA dulu ..

Assalamualaikum semua ..
Biasa entri semua berkenaan bengkel saja kan ..
Kali ini ada kelainan sikit.
Entri kali ini berkaitan dengan trip kak has ke Dallas baru-baru ini.  Trip ini telah disponsor sepenuhnya oleh Mary Kay Malaysia sempena kejayaan kak has menamatkan Catch the Dream Dallas Challenge setelah bergelar Sales Director pada Mei 2011.  Cuma sediakan duit untuk shopping saja .. best kan?

Ok trip sepatutnya bermula pada 17 Jun hingga 22 Jun tapi,  kak has rasa lah  masa tu,  perjalanan dari KLIA ke Los Angeles saja dah memakan masa hampr 20 jam,  jadi apa kata singgah dulu di LA sebelum meneruskan perjalanan ke Dallas,  Texas.  Penat tu kalau terus fly ke Dallas,  dah lah nak kena attend kelas lepas tu.  So kak has pun buat keputusan untuk awalkan 3 hari perjalanan kak has,  untuk singgah makan angin dan shopping dulu di LA.
Cuba tengok gambar ni .. Besarnya bunga ros tu kan .. Dekat nak sama besar dengan muka kak has hihi
Kebetulan pula di LA masih lagi di penghujung Spring,  bunga-bunga banyak lagi dan cuaca pun sejuk-sejuk macam di Cameron Highland,  cuma bila tiba waktu malam,  sejuk juga sampai nak demam dibuatnya .. Best juga la berjalan-jalan .. Teringat waktu kak has masih belajar di Washington State 21 tahun dulu ..

Ini memang my fave singer .. Dari dulu hingga sekarang ..
Ini gambar sewaktu kak has ke Hollywood Walk of Fame.  Ala,  bukan best mana pun .. cuma jalan-jalan cari fave celebrity ajer .. Yang best kat sini adalah shopping for souvenirs .. memang banyak sangat keychains,  fridge magnet,  t-shirt,  dan macam-macam la barang-barang kecil-kecil yang sesuai utuk kenangan.
Harga boleh tahan juga,  fridge magnet dan keychain satu USD4.99 .. Tapi memang cantik-cantik .. Jadi beli juga la dekat 20 biji ..

Kat sini memang ramai sangat tourists .. dan agak selamat juga la .. tapi kak has masih berhati-hati .. Ye la kan,  kita berada di tempat orang kan ..




Kak has sempat juga ke Universal Studio buat kali kedua selepas 21 tahun .. Bila dah berumur ni,  rasa nak naik rides tu semua macam dah tak sesuai .. Tapi alang-alang dah sampai ke sini,  kak has naik juga la rides Transformers,  Jurassic Park dan The Mummy ..
Apa lagi,  menjeritnya macam dah tak sedar diri .. Tapi memang kecut perut dibuatnya especially bila naik rides dalam gelap-gelap tu dengan 3D effect lagi ..
Apa pun, seronok juga ..


Dah habis enjoy,  ada lagi yang lebih seronok .. Ke Camarillo Premium Outlet .. Sehari sebelumnya kak has dah pun ke Citadel Factory Outlet,  keci je,  besar sedikit dari JPO kita tu .. kak has cuma beli Coach wristlet je di situ.
Tapi di Camarillo Premium Outlet ni,  besarnya berganda-ganda .. Nak complete round semua kedai,  memang tak boleh jalan kaki,  kena drive ..  Besar betul kawasannya dan banyak betul kedainya ..

Antara kedai yang kak has sempat masuk adalah,  kedai kasut Skechers beli kasut anak-anak,  memang murah betul la .. kalau kat KL ni sepasang kasut yang sama harganya RM179 tapi kat sana cuma USD42 dan dapat lagi diskaun dalam 20-50%.
Kak has juga sempat masuk ke Coach Men beli beg laptop,  Ipad cover,  talipinggang dan wallet.  Kat Coach pula beli handbag dan wristlet lagi ..

Next time pergi LA,  dah tahu dah nak shopping apa .. Kali ni pergi tak berapa bersedia untuk bershopping,  so ala kadar saja la .. Yang banyak belinya hadiah untuk Beauty Consultant kak has la .. Hadiah apa tu?  Of course Coach wristlet dan purse .. Lumayan betul kan?  Tapi of course,  challenge yang kak has bagi pun agak tough .. ok la tu kan ..