Saturday, August 18, 2012

As salam semua ... Hari ini adalah hari terakhir di bulan Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu.
Manakan tidak, dalam waktu sibuk berpuasa dan bertarawih, permintaan untuk kelas facial juga sangatlah rancak. Hingga tiada masa untuk bershopping. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. Dan setinggi terimakasih pada semua yang telah memberi peluang pada kak has untuk berkongsi.
Buat pertama kalinya kak has berpeluang untuk berkongsi dengan warga Felda. Dan paling seronok, mereka datang dari Felda berhampiran kampung mak kak has sendiri. Ianya sudah lama menjadi idaman mak kak has - untuk mencantikkan penghuni kampungnya.
Buat pertama kalinya juga kak has telah ke Kuantan. Perjalanan yang dimulakan selepas bersahur dan kemudian sempat pulang untuk berbuka bersama keluarga sangatlah bermakna bagi kak has. Terharu rasanya melihat warga Kuantan yang sanggup hadir di MS Garden hotel terutama kawan lama yang sudah 23 tahun tidak berjumpa. Masing-masing pulang dengan hati berbunga-bunga.  Harapan kak has moga semuanya tambah berseri di pagi Raya esok.
Minggu Raya ini kak has akan berehat sepenuhnya bersama keluarga tercinta. Bisnes akan kembali seperti biasa pada hari Sabtu 25 Ogos nanti ya.

Akhir sekali, kak has ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, terkurang layanan atau apa sahaja kesilapan sepanjang perkenalan kita ya. Moga Raya ini semuanya ceria-ceria selalu,  dan sentiasa ada kak has dan Mary Kay di hati ya ..
Kepada yang akan memandu, hati-hati di jalanraya dan moga selamat tiba di destinasi.

Dan moga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang ..

Salam sayang,
Kak Has
Pengarah Jualan Bebas Mary Kay Malaysia
18 Ogos, 2012
Kuala Lumpur

Friday, August 3, 2012

Misi saya : Memperkaya Hidup Wanita

Bulan Ogos adalah bulan pertama untuk Seminar Baru di Mary Kay.
Apakah matlamat saya?  Tentunya Memperkaya Hidup Wanita.  Saya ingin terus berkongsi kelebihan sebagai Perunding Kecantikan Bebas dengan lebih ramai wanita.  Saya ingin mereka mendapat apa yang saya dapat.
Mary Kay bukannya sekadar mekap.  Ianya lebih dari itu.

Pada saya,  Mary Kay adalah keyakinan diri. 
Itu adalah perkara paling ketara yang saya perolehi di Mary Kay.
Dan perkongsian.  Melalui Mary Kay,  saya berjaya menjadikan wanita lain tampil lebih yakin,  lebih menarik dan berjaya mendapat pendapatan tambahan.  Perniagaan di Mary Kay sangat seronok kerana tiada paksaan dan ianya tentang kejujuran.  Saya merasa diri sangat dihargai di Mary Kay.  Semua kejayaan diraikan.  Kegagalan?  Masih ada,  tapi saya masih boleh berfikiran positif dan ianya menjadikan saya lebih kuat.  Bagaimana?  Dengan galakan dari kawan-kawan sekeliling sayalah.  Perniagaan wanita untuk wanita.  Semangat go-give di kalangan kami yang menjadikan kami sangat erat. 

Anda sukakan sesuatu perniagaan yang tiada batasan?  Yang dikawal oleh anda sendiri?  Perniagaan yang boleh dilakukan dari rumah?  Perniagaan yang mementingkan kebajikan?  Perniagaan yang tidak memerlukan ijazah?  Berniaga sambil beribadah?  Berniaga dan jadi semakin cantik luar dan dalam?
Jawapannya ada di sini.
Saya bersedia untuk berkongsi ilmu untuk memperkaya hidup anda!

Facial Percuma

Salam semua ..
Untuk pengetahuan semua,  saya kini adalah Perunding Kecantikan Mary Kay sepenuh masa.
Mengapa saya begitu berani melepaskan kerja tetap saya sebagai Pengurus IT hanya untuk menjadi Preunding Kecantikan Mary Kay?  Pasti ada kelebihannya bukan?
Pada usia sebegini,  saya selalu memikirkan betapa banyaknya masa yang telah saya habiskan tanpa melihat sendiri bagaimana anak-anak saya telah membesar.  Betapa kurangnya ibadah saya pada Allah.  Saya selalu mementingkan kerjaya.  Tetapi dengan peluang yang telah diberikan oleh Mary Kay,  saya rasa masih belum terlewat untuk saya perbaiki semua kekurangan itu.
Adakah anda sedang melalui apa yang telah saya lalui?  Anda ingin merubah gaya hidup anda?  Ingin menghabiskan lebih waktu bersama anak-anak dan keluarga?  Dan ingin menjadikan agama anda sebagai keutamaan anda?  Jika jawapannya ya,  anda boleh mula berfikir samada perniagaan di Mary Kay ini sesuai untuk keperluan anda itu.

Sebagai Perunding Kecantikan sepenuh masa,  saya kini berpeluang untuk mengatur temujanji samada untuk berkongsi tentang ilmu kecantikan ataupun perniagaan bila-bila masa sahaja.
Saya bersedia untuk bertemujanji dengan mereka yang berkerja syif,  atau pun pengurus rumahtangga sepenuh masa,  bila-bila sahaja dari hari Selasa hingga Khamis.  Hari Isnin semestinya hari cuti bagi saya,  atau hari emergency kalau-kalau ada yang betul-betul perlu berjumpa dengan saya pada waktu itu :-)  Dan hari Jumaat biasanya saya khaskan untuk mereka yang ingin mengadakan kelas di pejabat pada waktu rehat mereka.

Jadi kepada yang masih mencari-cari Perunding Kecantikan Mary Kay di sekitar Kuala Lumpur,  Petaling Jaya,  Putrajaya,  Bangi,  Shah Alam dan kawasan sekitarnya,  jangan lupa hubungi saya di 016-3610628 untuk free facial ya.

Wednesday, August 1, 2012

Facial Percuma?

Adakah anda sudah lama mencari produk Mary Kay?  Atau sedang mencari penyelesaian pada masalah kulit wajah anda?  Atau mencari peluang untuk merubah keadaan ekonomi keluarga anda?

Pertama sekali,  saya nasihatkan agar kita bertemu dahulu.
Kita bertemu untuk mencuba facial Mary Kay secara percuma dahulu.  Betul ianya percuma.  Dan tiada paksaan supaya membeli produk yang kami tawarkan.  Ia semata-mata perkongsian ilmu.  Ilmu tentang penjagaan wajah,  ilmu tentang penggunaan produk secara betul,  ilmu tentang kecantikan dan ilmu tentang perniagaan.
Kenapa percuma?
Itu adalah cara kami berkongsi kebaikan di Mary Kay.
Itulah perbezaan antara Mary Kay Malaysia dan jenama lain yang anda boleh dapat di negara ini.
Dan bukannya kerana kami ingin menguji pada kulit wajah anda.  Jadi anda tidak perlu takut untuk mencuba.  Tak rugi pun mencuba. Saya cuma perlukan dua hingga tiga jam dari anda untuk sesi facial dan mekap asas.

Jadi tunggu apa lagi?  Saya menawarkan facial percuma di sekitar Lembah Klang,  Pulau Pinang,  Kuala Terenggani,  Kota Bharu, dan Ipoh. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang kulit wajah yang cantik dan sihat atau untuk memulakan perniagaan anda!!


Bengkel Kecantikan Mary Kay di Kuantan

BENGKEL PENJAGAAN WAJAH DI KUANTAN

Bengkel Kecantikan dan solekan sempena Hari Raya bersama jurumekap kami.
Ketahui jenis kulit anda dan cara solekan mudah untuk diri sendiri sempena Hari Raya dan cara penjagaan wajah seharian yang betul.

Tarikh : 11/8/2012
Tempat : Hotel MS Garden. Kuantan
Masa : 9:00 pagi-1:00 petang
Bayaran : RM20

  Tarikh Tutup Penyertaan : 5/8/2012

Bawa 2 orang kawan dan dapatkan hadiah istimewa daripada saya.
Sila email ke haslanmk@gmail.com atau SMS ke 016-3610628 untuk tempahan