Wednesday, November 28, 2012

Testimoni sendiri tentang Mary Kay

Ini adalah testimoni dari saya sendiri.  Saya kongsikan malam tadi bersama Beauty Consultant yang telah hadir ke Unit Meeting mingguan kami untuk belajar tentang produk premium di Mary Kay iaitu TimeWise Miracle set.  Untuk mendapatkan hasil sebegini,  tambahkan dengan TW Replenishing Serum C juga ya ..
Hujung tahun 2003 hingga awal 2009,  saya telah menggunakan produk dari Jepun.
Kemudian,  secara tidak langsung,  saya telah bertukar ke Mary Kay.  Dan anda boleh lihat perbezaannya?
 

Mary Kay Beauty Fair 2012

Beauty Fair di Petaling Jaya dan Johor Bahru 30 Novermber hingga 1 Disember.  Jom dapatkan sampel percuma,  cuba produk dan dapatkan sebatang lipstik bernilai RM48 serta cabutan bertuah!
Saya akan berada di sana sepanjang hari untuk membantu anda
 

 

Saturday, November 24, 2012

Beauty Fair di pejabat Mary Kay di Petaling Jaya dan Johor Bahru

Sila blok tarikh 30 November dan 1 Disember dalam diari anda!!
Kenapa?
Kerana saya ingin menjemput anda ke Beauty Fair kami sebagai penutup tirai tahun 2012  ini.  Terdapat 5 kaunter yang pastinya akan memenuhi keperluan anda - penjagaan anti penuaan TimeWise,  penjagaan asas Botanical Effect,  penjagaan khas untuk lelaki MK Men dan set penjagaan badan,  produk untuk mencerah Melacep dan Mekap.
Setiap pengunjung yang hadir dan melawat tiap kaunter akan mendapat pelbagai sampel selain daripada mencuba sendiri produk yang disediakan.  Dan anda juga berpeluang untuk mendapat sebatang lipstik sebagai ganjaran memberikan 5 nama teman anda untuk kami jadikan senarai prospek kami.  Dan untuk tiap belian minima RM100,  anda berpeluang mendapat cabutan bertuah.  Menarik bukan?

Tujuan utama Beauty Fair ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna tentang Mary Kay.

Kepada yang berminat,  sila hubungi saya,  Sales Director Hasni di 016-361 0628.  Semestinya ada hadiah dari saya untuk pengunjung bertuah saya!!

Pejabat Mary Kay di Jaya33,  Petaling Jaya

 
JB Beauty Center,  Menara Pelangi Jalan Kuning

Mary Kay menemukan kami kembali selepas 24 tahun

Tiga hari lalu saya telah bertemu kembali dengan sahabat lama ketika kami sama-sama belajar di MRSM Kuala Terengganu.  Kali terakhir kami bertemu adalah 24 tahun lepas.  Selepas SPM,  kami membawa haluan masing-masing.  Dia ke UTM Skudai dan saya pula ke Washington State University.  Dan terimakasih pada facebook,  kami bertemu kembali tahun ini .. tetapi di alam maya. 

Kalau dulu,  tiada alasan untuk bertemu muka,  memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja harian dan anak-anak.  Tetapi,  atas alasan untuk merubah penampilan diri dia menghubungi saya.  Dan atas niat ikhlas untuk membantu,  saya berusaha untuk bertemu dengannya.  Tetapi,  dia jauh di utara sana dan jadual saya sentiasa penuh pada hujung minggu untuk tempoh sebulan ini.  Melihat status saya berjaya memberi kebahagiaan kepada wanita-wanita yang saya temui sepanjang bulan November ini di facebook membuatkan perasaannya untuk bertemu saya semakin membuak-buak.  Dan sudah takdir namanya .. katanya dia akan ke Tropicana pada minggu ketiga bulan November.  Dan saya pula di Kota Damansara.  Selama ini tidak pernah pula kami bertembung di Giant atau di Sunway Giza tempat saya menghabiskan masa dan duit hihi ..

Lalu kami bertemu sehari selepas harijadi kami .. masa di MRSMKT dulu,  dia adalah antara kembar saya kerana kami berkongsi tarikh harijadi ..
Memang banyak yang hendak dikongsi .. sejarah 24 tahun dulu dan perkembangan terkini masing-masing ..
Dia masih seperti dulu .. sentiasa ceria .. tapi wajah sudahpun sedikit kembang macam saya juga .. tapi wajah kami tak banyak berubah ..
Ally nama panggilannya .. sangat gembira bertemu saya .. apatah lagi kerana berharap saya mampu membantunya mengatasi masalah kulit wajahnya yag sudah mula menampakkan tompokan jeragat .. Seikhlasnya,  saya cadangkan produk yang paling dia perlukan .. Mungkin harga bukan masalah baginya tetapi,  itu bukanlah tujuan utama saya.  Saya tetap akan mencadangkan produk paling asas kepadanya dan tiap masalahnya akan saya bantu selesaikan satu persatu.

Kalau pada permulaan karier saya sebagai Beauty Consultant ini menyebabkan kawan-kawan menjauhkan diri,  tetapi kini segalanya sudah berubah.  Syukur padaMu ya Allah .. Saya tidak pernah memaksa.  Tetapi saya cuma ingin membantu.  Wanita lain juga berhak mendapat apa yang telah saya capai di Mary Kay.  Alhamdulillah .. semakin ramai sahabat-sahabat saya mula menunjukkan minat untuk memperbaiki penampilan diri mereka.  Ally adalah sahabat saya yang ke-13 dari MRSMKT yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan Mary Kay dalam tempoh 7 bulan ini.

Kepada wanita di luar sana,  tidak kira berapa umur anda atau apa jenis kulit,  warna dan masalah anda,  saya bersedia membantu.  Mari kita jadikan ilmu tentang penjagaan kulit wajah yang sihat dan betul sebagai langkah pertama untuk menjadi seorang wanita yang berkeyakinan tinggi,  dan menjadi pujaan anak-anak dan suami.

One Woman Can!

Mini Retreat bersama keluarga Swans Area pada 19 November lepas bertempat di The Zon Kuala Lumpur.
Tujuan utama Retreat adalah untuk mengembalikan semangat Perunding Kecantikan atau lebih dikenali sebagai Beauty Consultant (BC) untuk mengejar cabaran Asia Pacific Red Jacket Rally (APRJR) yang sedang berlangsung dari November 2012 hingga Mac 2013.

Seperti yang telah saya terangkan kepada BC saya,  hadiah utama APRJR semestinya Education Trip ke HangZhou China selama 4 hari 3 malam.  Ia bukanlan percutian untuk membeli belah semata-mata tetapi pencapai APRJR berpeluang bertemu dengan pencapai dari rantau Asia Pasifik,  belajar daripada mentor-mentor terhebat.  Dan pencapai juga sudahpun berada di landasan yang betul untuk mendapatkan cincin emas putih bertatahkan batu permata selain daripada mendapat komisyen sebanyak 12%.  Dan seterusnya,  bakal dinaikkan pangkat ke Pengarah Jualan atau Sales Director sebelum berakhirnya tahun 2013 nanti.  Anda nampak laluan yang telah disediakan oleh pihak syarikat?

Ketika Retreat berlangsung,  saya telah dipilih sebagai salah seorang mentor untuk berkongsi sedikit ilmu tentang betapa penting skil menjual di Mary Kay.  Ia merupakan pengalaman pertama saya,  berkongsi di hadapan 73 orang peserta.  Sedikit gugup,  kerana bimbang ia tidak memenuhi harapan mereka yang benar-benar mahu berjaya di Mary Kay.  Tetapi seperti yang telah saya nyatakan sebelum penutup majlis,  ia adalah perkongsian ikhlas daripada hati saya.  Tiada rahsia.  Kerana tujuan saya cuma satu,  agar semua lebih berjaya daripada saya.

Dan kepada ESSD Nafisah Omar,  terimakasih atas inisiatif dan kepercayaan kepada saya dan kepada Sales Director sisters yang lain-lain,  terimakasih atas usaha anda semua.

Glowing babes .. siapa sangka semua dalam gambar ini telah pun berusia lebih 40 tahun .. oops!! Inilah penangan TimeWise Regena Plus ..

Semua peserta yang hadir ..  Yang berjaket pink adalah Pengarah Jualan atau Sales Directors.  Yang berjaket merah adalah Red Jackets dan yang berjaket hitam adalah Beauty Consultants.  Sharon Loo sebagai wakil daripada Mary Kay Malaysia

Antara yang berforum .. semuanya adalah pencapai cincin berlian bagi kategori Queen Courts of Personal Sales

Dan ini adalah Beauty Consultant dari Crystal Swan unit yang telah hadir hingga ke akhir Retreat.  Antara yang hadir datang jauh dari Besut dan Kuala Terengganu .. sungguh terharu saya apabila mereka semua sanggup mengorbankan hujung minggu mereka untuk maju ke hadapan
 

The Bloomin' Couch: How to : Determine your skin undertone

Baru-baru ini,  saya telah menghadiri kursus Grooming & Etiquette yang telah disampaikan oleh Datin Azrene.
Sungguh berguna terutama buat diri saya sendiri dan pelanggan Mary Kay saya.
Antara yang saya pelajari adalah mengenali warna-warna yang sesuai untuk tiap wanita berdasarkan undertone kulit mereka dan sifat paling ketara di wajah mereka.  Sungguh menarik!  Padanlah kadang-kadang kita nampak ceria dan kadang-kadang nampak lesu tak bermaya.  Betapa warna yang sesuai memainkan peranan dalam penampilan kita.

Untuk yang berminat,  boleh lihat link di bawah ..

The Bloomin' Couch: How to : Determine your skin undertone: Hello beauties! Last Friday I did a post about red lipstick, and quickly touched on undertone. But I'm going in depth on this subject, si...

Saya akan menghadiri kelas selanjutnya untuk memahirkan lagi diri saya dalam membantu diri wanita-wanita di luar sana mencari warna yang sesuai dengan mereka,  samada untuk foundation,  lipstik,  pembayang mata,  tudung dan juga pakaian.

Group photo bersama Datin Azrene,  Datuk Fazley dan Imran Ajmain ..
 

Bersama Datin Azrene
 

Monday, November 19, 2012

Hijabista bersama Mary Kay

Bengkel Penjagaan Wajah Mary Kay di Kerinchi pada hari Ahad ini,  25 November 2012.
Kita belajar membuat facial sendiri di rumah,  cara mudah can cepat dan menjimatkan .. tetapi hasil yang sangat memberangsangkan ..
Dan sambil itu kita belajar ikat hijab bersama kawan saya dari butik Saraya Zahret .. Menarik bukan?

Semua peralatan disediakan,  tapi peserta diminta memakai selendang nanti ya .. sebab kita kan nak pulang dengan wajah yang bersih dan cantik bermekap sambil berhijabista ..

Sila PM saya sebelum 23 November untuk tempahan ya ..

Dan seperti biasa,  sesiapa yang membawa bersama 2 orang rakan,  akan mendapat hadiah istimewa daripada saya ..

Sunday, November 4, 2012

APRJR 2013

 
 
Bulan November baru saja bermula.  Cabaran seterusnya adalah Asia Pacific Red Jacket Rally 2013 (APRJR). 
Siapa ingin ke Hangzhou,  China bersama saya?  Belajar daripada mentor-mentor terhebat China dan dapatkan semangat yang sangat membara daripada Perunding Kecantikan China sambil makan angin di sekitar tempat menarik dan bershopping di Hangzhou. 
 


Apa perlu anda lakukan?
Bermula dari sekarang hingga Mac 2013,  anda cuma perlu tambahkan ahli pasukan anda seramai 10 orang.  Dan setiap ahli pasukan baru anda perlu membuat pesanan peribadi sebanyak 600 mata jualan sepanjang 5 bulan tersebut.
Mudah bukan?
Semua Perunding Kecantikan layak untuk cabaran ini.
Jika anda bukan Perunding Kecantikan Mary Kay,  sila hubungi saya atau mana-mana Perunding Kecantikan berhampiran anda untuk keterangan selanjutnya.