Thursday, July 25, 2013

Bengkel Penjagaan Wajah Mary Kay

Bengkel Kecantikan Mary Kay di Cheras

Salam Ramadhan semua ..
Saya baru saya pulang dari mengerjakan Umrah pada Ahad lepas.  Nanti saya update perjalanan umrah saya kemudian ya.  Sekarang masa untuk berkerja ..

Kepada wanita sekitar Kuala Lumpur,  ada berita baik menanti anda.  Saya akan mengadakan bengkel penjagaan wajah dan mekap asas pada hari Ahad 28 Julai ini di Cheras.  Yang lebih menariknya,  kami juga akan mengajar anda fesyen tudung Hari Raya sama ya .. wah 3 dalam 1 ni ..

Jangan lepaskan peluang ini ya.  Segalanya PERCUMA .. Segala alatan untuk facial dan mekap akan kami sediakan.  Anda hanya perlu bawa wajah anda sahaja ya ..

Jika berminat sila PM atau whatsapp saya segera di 016-3610628.

Jumpa anda di sana ya ..

Wednesday, July 3, 2013

Mary Kay Pink Car Guest event


Mungkinkah anda sedang mencari peluang perniagaan?  Tetapi tidak tahu apa yang perlu anda buat?  Apa yang mungkin menarik minat anda?  Dan yang mudah?

Jom ke majlis Pink Car saya pada hari Sabtu 6 Julai ini.  Lihat sendiri bagaimana istimewanya layanan pihak syarikat terhadap kami.

Dengarkan cerita saya.

Mungkin ada persamaan di antara kita.

Saya masih berkeluarga.  Ibu kepada 4 orang anak yang sedang membesar.  Dahulunya saya seorang Pengurus IT.  Yang tiada keyakinan diri.  Yang tiada pengalaman berniaga.  Yang tiada pengalaman mengetuai lebih dari 10 orang ahli kumpulan.
Tetapi kini saya mempunyai 160 orang ahli kumpulan.  Yang kebanyakannya seperti saya sendiri - tiada pengalaman dalam bidang kecantikan dan perniagaan

Sila hubungi saya jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang Mary Kay boleh tawarkan kepada anda.


Monday, July 1, 2013

Salam Ramadhan

As salam pengunjung-pengunjung blog yang saya sayangi ..
Bermula pada 8 Julai ini saya akan berangkat ke Madinah Al-Munawwarah dan seterusnya ke Makkah Al-Mukarramah selama 12 hari.
Sungguh teruja rasa di hati. Menyambut Ramadhan di Tanah Haram.  Pasti ianya sesuatu yang berbeza.
Berbuka dengan air zam-zam dan kurma di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.  Bertarawih berimamkan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais dan Sheikh Salah Al-Budair.

Di sini saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara di sepanjang perkenalan kita.

Kepada semua pelanggan Mary Kay kesayangan saya,  urusniaga akan kembali seperti biasa selepas 22 Julai ini ya.

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik kita.  Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah.


Pink Car Guest Event


Ingin ketahui apa yang menarik tentang peluang pernigaan di Mary Kay?  Mengapa saya memilih Mary Kay untuk menggantikan kerjaya saya selama 18 tahun sebagai seorang Pengurus IT di bank ketiga terbesar di Malaysia?

Jom luangkan masa anda untuk bersama saya pada hari Sabtu 6 Julai ini dari jam 2 petang hingga 4 petang di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.