Thursday, August 22, 2013

Mary Kay Lipstick Party

Hari ini saya telah mengadakan parti lipstik di Jabatan Perpaduan di Presint 1 Putrajaya.  Ini adalah kelas susulan yang telah dianjurkan oleh hostess saya,  Cik Puan Tina.  Kelas penjagaan wajah telah diadakan pada awal bulan dan sambutannya sangatlah menggalakkan.
Kelas hari ini agak kecil berbanding yang dulu tapi ianya lebih personalised.  Apa yang kami lakukan hari ini?  Main-main lipstik saja ... Tiap peserta berpeluang mencuba warna-warna terbaru di Mary Kay,  True Dimension Lipstick.  Warnanya memang sangat menarik.  Dan teksturnya juga sangat lembut dan licin.
Warna pilihan hari ini adalah Wild About Pink,  Pink Cherie,  First Blush dan Firecracker.  Memang warna-warna pilihan saya ni ...

Jika anda berminat untuk mencuba warna-warna terbaru ini,  silalah hubungi saya segera.  Segalanya percuma!!  Anda boleh pilih untuk SMS atau Whatsapp ke 016-3610628.

Dan jika anda ingin mengadakan aktiviti seperti ini di pejabat anda,  sila hubungi saya ya.  Saya bersedia untuk mengadakan kelas penjagaan wajah dan mekap asas di pejabat anda secara PERCUMA.
Jangan risau tentang peralatan kerana semuanya saya sediakan.


Kelas baru saja bermula


Masing-masing bersedia untuk melihat personaliti berdasarkan bentuk bibir .. semua enjoy ..


Majlis Pink Car saya

6 Julai lalu telahpun berlangsungnya majlis rasmi penyerahan kunci Mary Kay Pink Toyota Altis saya.  Saya berasa amat terharu dengan penghargaan pihak syarikat yang telah menghadiahkan majlis yang sangat berprestij itu sebagai penghargaan di atas kejayaan saya dan unit saya.

Tidak pernah terlintas di fikiran saya akan mendapat hadiah sebuah kereta.  Dan tidak pernah saya berani untuk mengimpikan untuk mendapat hadiah sebuah kereta dari syarikat tempat saya berkerja.  Tapi itulah Mary Kay.  Di Mary Kay lah saya belajar untuk menanam impian besar.  Dan di Mary Kay juga saya belajar untuk bertekad.

DARE to DREAM.
BELIEVE in your DREAMS
DETERMINE
HAVE FAITH
LOVE
And NEVER GIVE UP!!

Itulah resepi saya


Pink Car saya dihias cantik.  Hingga menarik perhatian tiap driver yang berselisih dengan kami.  Dah lah warna pink,  siap deco macam kereta pengantin lagi ... tapi memang cantik kombinasi ni kan?  Pink car with blue deco .. both are my fave colors!!


Ini adalah barisan Sales Director yang hadir ke majlis saya bersama dengan Mary Kay Malaysia-Singapore GM,  Encik Nasution.  Thank you all sister directors for your support and love!!  Mereka ini adalah antara mentor-mentor hebat saya di Mary Kay.


Dan ini adalah antara BC Crystal Swan unit yang hadir.  Semua ahli Crystal Swan hebat-hebat.  Dan Pink Car Unit adalah lambang kejayaan kita semua.  I love you!!


Ada yang datang dari Miri.  Ada yang datang dari Kota Bharu.  Ada yang datang dari Besut.  Dan yang tidak hadir,  sentiasa tetap ada di hati saya.
Thank you my dear sisters!!





Umrah Ramadhan

Tak lama lagi musim haji akan bermula.  Dua tahun lepas saya telah selamat menunaikan rukun Islam ke-empat.  Masih segar di ingatan akan segala pengalaman selama 43 hari berada di kota Makkah dan Madinah.  Ianya antara kenangan terindah dan pengalaman paling berharga dalam hidup saya.

Dan baru-baru ini,  saya telah dijemput untuk kembali ke sana.  Bagai pulang ke kampung saja rasanya. Manakan tidak.  Berulang ke masjid yang dirindu.  Shopping di kedai jubah dan pasar kurma yang sama. Makan di kedai Turki yang sama. Melewati lorong-lorong yang sama.
Cuma yang berbeza daripada pengalaman dulu,  berpuasa di Tanah Suci.  Pengalaman yang sangat manis. Sedapnya kurma di bumi barakah.  Berbuka hanya dengan kurma dan air zamzam.  Kiranya saya dijemput lagi untuk menunaikan ibadah puasa di sana,  pastinya saya tidak teragak-agak untuk mengulanginya!

Sepanjang saya di sana pada 8 Julai hingga 20 Julai lalu,  Alhamdulillah saya telah diberikan kesihatan yang sangat baik.  Cuaca di kota Madinah panas berbahang manakala di kota Makkah pula bagi saya sama saja seperti di Malaysia.  Dan seperti biasa,  walau di mana saya berada,  penjagaan wajah saya tidak pernah diabaikan.  Paling tidak penjagaan asasnya.  Mencuci,  melindung dari sinar UV dan melembap.  TW Miracle set tetap menjadi peneman selama 13 hari saya di sana.  Dan sebagai tambahan,  TW gel mask dan Satin lips lipbalm tidak ketinggalan memandangkan keadaaan cuaca yang panas dan kering sepanjang saya di sana.  Alhamdulillah,  pulang saja ke tanahair,  kulit saya kelihatan lebih berseri walaupun kelihatan sedikit tanned.


Masjid Nabawi


Arafah


Suatu pemandangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan.