Dan baru-baru ini, saya telah dijemput untuk kembali ke sana. Bagai pulang ke kampung saja rasanya. Manakan tidak. Berulang ke masjid yang dirindu. Shopping di kedai jubah dan pasar kurma yang sama. Makan di kedai Turki yang sama. Melewati lorong-lorong yang sama.
Cuma yang berbeza daripada pengalaman dulu, berpuasa di Tanah Suci. Pengalaman yang sangat manis. Sedapnya kurma di bumi barakah. Berbuka hanya dengan kurma dan air zamzam. Kiranya saya dijemput lagi untuk menunaikan ibadah puasa di sana, pastinya saya tidak teragak-agak untuk mengulanginya!
Sepanjang saya di sana pada 8 Julai hingga 20 Julai lalu, Alhamdulillah saya telah diberikan kesihatan yang sangat baik. Cuaca di kota Madinah panas berbahang manakala di kota Makkah pula bagi saya sama saja seperti di Malaysia. Dan seperti biasa, walau di mana saya berada, penjagaan wajah saya tidak pernah diabaikan. Paling tidak penjagaan asasnya. Mencuci, melindung dari sinar UV dan melembap. TW Miracle set tetap menjadi peneman selama 13 hari saya di sana. Dan sebagai tambahan, TW gel mask dan Satin lips lipbalm tidak ketinggalan memandangkan keadaaan cuaca yang panas dan kering sepanjang saya di sana. Alhamdulillah, pulang saja ke tanahair, kulit saya kelihatan lebih berseri walaupun kelihatan sedikit tanned.
Masjid Nabawi
Arafah
Suatu pemandangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan.
No comments:
Post a Comment
Please leave a comment. Tinggalkan jejak anda di sini ya