Sunday, September 30, 2012

Memperkaya Kehidupan Wanita bersama Mary Kay

Bulan September telah pun berakhir.
Bulan Oktober baru sahaja bermula.
Penuh pengharapan.  Penuh semangat baru.
Bulan September telah saya tutup dengan pelbagai pengalaman.  Pahit dan manis.  Tetapi yang manis tetap menjadi kenangan.
Bermula dengan musim Raya open house yang telah memberi peluang kepada saya bertemu dengan lebih ramai wanita untuk berkongsi kebaikan tentang Mary Kay.
Kemudian berkongsi pengalaman bersama usahawan-usahawan di bawah naungan MentorNiaga.com untuk sama-sama membantu rakan-rakan usahawan untuk terus maju dalam bidang masing-masing.
Dan Seminar 2012 yang sangat indah.  Bertemu dengan National Sales Director Pam Fortenberry-Slate dan pengalaman di malam anugerah.  Pengalaman paling indah dalam kerjaya saya di Mary Kay!
Dan tidak lupa juga,  peluang bertemu kembali dengan sahabat dari sekolah menengah yang datang ke kelas penjagaan wajah saya setelah 24 tahun tidak berjumpa.  Seperti juga,  teman baru di Facebook yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu mereka memperkaya kehidupan mereka.  Dan teman-teman kepada sahabat lama dan sahabat baru yang bersungguh-sungguh ingin kelihatan lebih anggun. Bukankah ianya sesuatu yang sangat berharga? 
Segala lelah mengadakan kelas penjagaan wajah bermula di sekitar Shah Alam,  Kajang,  Bangi,  hingga ke Johor Bahru,  Pulau Pinang dan Kota Bharu sangat-sangat berbaloi.  Bertemu ramai wanita dari golongan surirumah,  guru tadika,  guru sekolah,  pensyarah UKM hinggalah ke doktor .. Semuanya percaya bahawa Mary Kay dan saya dapat membantu mereka mencapai impian mereka.  Insya'Allah.  Dengan izin Allah,  impian kita akan terlaksana.

I Love my Mary Kay!!
 
Sekiranya anda berada di sekitar Alor Setar, Kedah atau Pulau Pinang atau Johor Bahru atau Kota Bharu atau Kuala Terengganu atau Kemaman atau Seremban,  kini untuk menggunakan produk antarabangsa ini bukan lagi satu yang mustahil,  kerana saya telah pun mempunyai Beauty Consultant di kawasan ini untuk membantu anda!!
 
Atau kiranya anda berada di sekitar Kuala Lumpur,  Shah Alam,  Bangi,  Kajang,  Putrajaya,  Raub,  Seremban,  Damansara,  Petaling Jaya,  Puchong, Sungai Buloh sila hubungi saya untuk mendapatkan sentuhan peribadi daripada saya sendiri ya!! 

 

Thursday, September 27, 2012

Bengkel Penjagaan Wajah di Kuantan

Apa yang menarik tentang produk Mary Kay ini?  Dan bagaimana mudahnya memulakan perniagaan ini?  Jom datang ke bengkel penjagaan wajah yang akan saya adakan di Kuantan pada 6 September ini.

Tuesday, September 25, 2012

Kelas Penjagaan Wajah Mary Kay di Kota Bharu

Saya akan berada di Kota Bharu Kelantan pada 29 September ini untuk kelas penjagaan wajah Mary Kay.  Jika anda berminat,  sila SMS ke 016-361 0628 sekarang juga untuk temujanji ya ..

Wednesday, September 19, 2012

Bengkel Penjagaan Wajah di Kota Damansara

Kelas penjagaan wajah di Sunway Damansara,  Kota Damansara berhampiran Ikea.  Semuanya PERCUMA.  Peralatan juga disediakan.
 
 

Testimonial : Lip spa dan Masker

Ini gambar masa di awal penglibatan saya di bidang Mary Kay.  Gambar kegemaran saya bersama pengguna setia Mary Kay.  Sudah hampir tiga tahun dia setia bersama Mary Kay dan saya.  Thank you my darling Wani!! 
 
 
Gambar diambil ketika Wani sedang bermasker dan setelah bibirnya dimaskerkan juga.  Cuba lihat,  masker dipakaikan pada sebahagian wajah sahaja untuk menunjukkan perbezaan antara kedua belah wajahnya.  Dan masker seharusnya jangan terlalu rapat dengan bibir kerana bahagian bibir adalah kawasan yang tiga kali lebih sensitif daripada bahagian wajah yang lain.
Apa yang ingin saya paparkan adalah kesan selepas bibir dimaskerkan.  Nampak perubahan bibir bawahnya yang lebih merah,  nampak licin dan sebenarnya lebih lembut berbanding bibir atasnya.
Bibir kita akan menjadi kusam juga tau.  Disebabkan sel-sel kulit mati.  Dan dengan itu,  ia haruslah dibuang supaya bibir jadi lebih cantik dan nampak lebih sihat.

 
Ini pula gambar selepas masker.  Gambar kawan Wani,  Iza.  Yang datang menemani Wani untuk free facial.  Masalah Iza adalah pori-pori yang kasar dan blackhead.  Anda nampak hasilnya selepas masker?
Pori-pori lebih halus,  dan blackhead yang telah kurang.  Hidungnya yang sangat ketara bukan?  Apa yang terjadi apabila anda ke salun kecantikan untuk membuat facial?  Pernahkah kulit wajah anda dipicit-picit untuk dikeluarkan blackhead itu?  Mengapa harus disiksa kulit wajahmu?  Dengan Mary Kay,  semua ini dilakukan dengan sangat lembut dengan sendiri.  Dan dengan produk yang sangat selamat.
 

Tuesday, September 18, 2012

Mary Kay Malaysia Seminar 2012

Mary Kay Seminar - acara tahunan yang dinanti-nanti oleh semua Perunding Kecantikan Mary Kay.
Waktu  inilah kejayaan dan segala usaha diraikan secara besar-besaran.  Pelbagai hadiah berupa cincin permata berlian,  Royal Reception,  Special Luncheon, trofi,  sijil penghargaan,  dan percutian disampaikan sepanjang Seminar selama dua hari itu.  Bukan sahaja pemenang anugerah yang diraikan tetapi mentor-mentor dan tenaga pengajar kursus yanng terdiri daripada Pengarah Jualan juga turut diberi penghargaan.  Itulah yang istimewa di Mary Kay.
 
 

Nama saya terpampang di sini!  Setelah setahun bergelar Pengarah Jualan Bebas Mary Kay,  saya telah berjaya meraih dua anugerah sekaligus,  atau dikenali sebagai Double Star Awards iaitu Anugerah Courts of Personal Sales untuk jualan peribadi dan Anugerah Circle of Achievement untuk mata terkumpul bagi unit saya.   Hadiah bagi Circle of Achievement saya tahun ini adalah pin bar emas yang akan saya sematkan pada jaket merah jambu saya dan sebuah trofi kristal.


 
Antara pemenang Double Star Awards.  Hadiahnya adalah sebuah trofi kristal yang sangat cantik dengan nama saya terukir di atasnya. Sangat istimewa kan?  Untuk Seminar 2013,  saya akan dapatkan Triple Star Awards pula.
 

Dan ini pula adalah antara 20 orang pemenang tertinggi bagi Court of Personal Sales kategori Pengarah Jualan.  Hadiahnya berupa sebentuk cincin berlian.  Wow! Itu adalah hadiah cincin berlian pertama saya setelah tiga tahun berkecimpung dalam bisnes ini.  Alhamdulillah.  Daripada perniagaan main-main,  kini telah memberikan hadiah yang sangat istimewa.  Bak kata Pengarah Jualan Kanan kami,  Datin Seri Norizan Azizan,  berapa orang wanita yang akan beli cincin berlian sendiri?  Dan bak kata Pengarah Jualan Kanan Eksekutif kami,  Maimon Jaafar,  suami-suami di Mary Kay sangat sayangkan isteri mereka kerana mereka tidak perlu lagi membeli cincin berlian untuk kami.  Hahaha .. bagus kan?  Apa pun,  saya amat bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan usaha saya membantu kaum wanita di luar sana untuk memperbaiki penampilan mereka.  Tahun ini,  saya akan dapatkan cincin kedua saya dalam jualan peribadi di Mary Kay.

 
Untuk pemenang Courts of Personal Sales, Courts of Sharings dan Circle of Achievement,  kami mendapat jemputan ke Royal Reception.  Semuanya bergaya macam tuan puteri.  Tema bagi Pam's Area tahun ini adalah merah,  bersempena dengan tema Fireworks kami.  Semangat yang berapi-api!!
 


On-stage recognition untuk pemenang Year of the Consistent Star Awards.  Ini bergambar di atas pentas ala-ala Korean la ni .. with lots of Love from us to you Mary Kay!!



Antara pemenang Year of the Consistent Star Awards yang telah mendapat jemputan untuk Special Luncheon.  Ini yang membezakan kami dengan yang gagal mencapai anugerah ini.



Lagi gambar bersama pemenang Year of the Consisten Star Awards dan Global Senior National Sales Director kami,  Pamela Fortenberry-Slate yang datang jauh dari Amerika Syarikat untuk Seminar kami.



Masih ingat majlis graduasi anda?  Berbeza dari yang ini kan?  Di Mary Kay,  kami diraikan di atas pentas.  Dengan lampu kamera bergerlapan.  Macam superstar rasanya.  Atau bagi anda yang tidak pernah merasa memakai jubah dan mortarboard untuk majlis graduasi,  anda berpeluang mendapatkannya di Mary Kay.  Menarik bukan?
 
 

Dan yang ini pula gambar bersama Pengarah Jualan Kanan kami dan Pam.  Cantik semuanya kan?
Seronok tengok gambar-gambar ini kan?  Semuanya tentang wanita dan semuanya ceria.  Begitulah juga dengan bisnes kami. 



Haa .. ini adalah impian setiap Pengarah Jualan di Mary Kay!!
Setiap tahun kami berpeluang untuk memenangi Top Director's Trip.  Bagi tahun Seminar 2013,  bersempena dengan ulangtahun penubuhan ke-50 Mary Kay,  hadiahnya adalah pakej pelancongan ke Afrika Selatan bersama suami.  Siapa yang tak nak bukan?  Hotel penginapan adalah di Sun City. Sungguh istimewa!




Monday, September 17, 2012

Kelas Penjagaan Wajah Mary Kay di Pulau Pinang

Kepada semua wanita sekitar Pulau Pinang,  anda dijemput untuk ke kelas penjagaan wajah Mary Kay dan solekan dari Pro MUA pada Ahad ini bertempat di Penang Beauty Center,  Juru Autocity.
Semua peralatan disediakan dan jika anda datang bersama 2 orang teman,  ada hadiah istimewa daripada saya.
 
 
 
 
 
 

Wednesday, September 12, 2012

Mengapa saya mahu jadi cantik?

Tahniah saya ucapkan kerana anda bertemu dengan blog saya ini.
Tahniah kerana anda mahukan perubahan pada diri anda.
Saya kira anda sedang mencari produk kecantikan?  Atau produk yang boleh menyelesaikan masalah anda?  Atau saja-saja google tentang Mary Kay?
Walau apa pun yang sedang anda cari,  Alhamdulillah anda telah bertemu dengan blog saya ini.

Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang wanita yang juga seorang ibu tunggal yang sangat mengagumkan.  Ibu kepada 6 orang cahayamata,  yang masih berusaha untuk memperbaiki penampilan dirinya.
Tawaran saya untuk berkongsi ilmu tentang penjagaan wajah pernah ditolak sebelum ini oleh beberapa wanita bersuami dan wanita bujang.  Bagi mereka ianya tidak penting lagi setelah bergelar isteri atau bagi yang masih bujang,  mungkin mereka belum sedar akan kepentingan ilmu tentang penjagaan wajah ini.

Ok,  di sini ingin saya berkongsi pendapat peribadi.  Wajah yang cantik sebenarnya lahir dari kulit wajah yang sihat dan semestinya hati yang bersih.  Saya tidak pernah menganggap wajah saya cantik tetapi saya boleh katakan kulit wajah saya sihat.  Dengan wajah yang sihat,  solekan setakat bedak,  sedikit pemerah pipi dan warna bibir yang sangat natural sudahpun memadai.
Pernahkah anda merasakan wajah yang cantik itu satu kepuasan?  Suka apabila suami mengatakan anda cantik?  Atau jika dia suka melihat wajah anda?  Suka apabila anak-anak menganggap andalah wanita tercantik di dunia ini? 

Wajah kita dijadikan Allah berbeza-beza.  Ada yang sejak lahir memang sudahpun diberikan ciri-ciri wajah yang cantik,  berhidung mancung,  berwajah tirus, bermata bulat,  kulit yang putih,  berbibir tipis.  Oh .. itu semua tiada pada saya kecuali kulit wajah yang putih.  Tapi tidak apa,  saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah,  tiada cacat di tubuh badan saya.  Opps,  lupa,  ada sedikit kekurangan di wajah saya,  ada sedikit lekuk pada kedua belah pipi saya yang dipanggil lesung pipit.
Walau apapun yang diberikan Allah,  bersyukurlah.  Tak perlu mancungkan hidung yang pesek,  tak perlu buat surgeri untuk kuruskan wajah yang memang bulat atau bersegi (macam wajah saya),  tak perlu gunakan contact lense untuk membesarkan mata yang mungkin ada kesan sampingan,  tak perlu putihkan wajah yang hitam manis (hitam itu menawan bukan?),  atau tidak perlu membenci bibir yang tebal tapi tak juga seksi tu.  Apa yang anda boleh buat,  jagalah aset penting anda itu sebaiknya.  Jangan dirosakkan ia semata-mata untuk kepuasan sementara.

Mengapa jaga wajah?  Kalau memang sudah cantik,  mengapa nak susah-susah pakai itu ini lagi?  Kalau memang kurang cantik,  mengapa mahu jaga sebab bukannya boleh jadi cantik macam Siti Nurhaliza pun?  Jawapannya mudah.  Kalau memang sudah cantik,  pelu dijaga agar kecantikan itu dapat dikekalkan dengan lebih lama dari dimakan usia.  Kalau kurang cantik pula,  jagalah kulit wajah itu agar ianya sentiasa sihat berseri,  gebu dan awet muda dan secara otomatik,  tetap akan nampak lebih cantik.

Bagi saya,  dengan wajah yang lebih menarik,  tahap keyakinan diri akan naik secara otomatik.
Takut untuk bertemu orang yang tidak dikenali,  takut untuk bersuara di dalam mana-mana perjumpaan,  jalan dengan tidak memandang wajah orang di sekeliling anda .. Ini memang terjadi pada diri saya.  Walaupun pernah bergelar Pengurus IT yang dikenali oleh hampir semua pihak pengurusan senior di pejabat lama dulu,  saya masih berasa sangat kecil dan malu untuk bersuara tiap kali menghadiri mensyuarat.  Kenapa?  Kerana tiada keyakinan diri lah.

Saya ingin berkongsi rahsia dengan anda.  Kalau dulu,  saya cuma akan bersolek untuk ke pejabat.  Pakai pakaian cantik-cantik ke pejabat atau keluar dengan suami.  Di rumah sekadar seluar dan T-shirt,  tiada mekap langsung.  Tetapi kini tidak lagi.  Kenapa harus cantik bila ke pejabat sahaja?  Bila di rumah bersama suami semuanya dilupakan?  Untuk siapa saya ingin kelihatan cantik?
Bila bersama suami,  saya akan pastikan wajah tetap nampak menarik di matanya walaupun tanpa mekap dengan memastikan wajah kulit yang bersih, gebu dan sekata.
Bila keluar tanpa suami,  saya pastikan saya tetap kelihatan menarik untuk kepuasan diri sendiri.  Tiada salahnya bukan?  Untuk tampak menarik tapi of course,  bukannya saya ada niat lain pula.  Bila kita kelihatan cantik dan kemas,  layanan yang diberikan juga berbeza.  Cubalah.

Monday, September 10, 2012

GUEST EVENT

 
Jom lihat peluang perniagaan di Mary Kay!  Acara bersama SNSD Pam Fortenberry-Slate ini hanya diadakan sekali dalam setahun.  Jangan lepaskan peluang ini untuk mendengar sendiri perjalanannya di Mary Kay.
 
Sila SMS kak has di 016-361 0628 untuk tempahan.
 
 

Wednesday, September 5, 2012

"Beautiful You" Pampering Session

Kak has akan berada di Ipoh untuk sesi memanjakan diri Mary Kay di Ipoh.  Sila SMS di 016-361 0628 sebelum 20 September untuk tempahan!
 


 
 
 

Bengkel Kecantikan Mary Kay di Juru Autocity, Penang