Sunday, February 24, 2013

Testimonial dari seorang doktor

Khamis lepas saya bertemu dengan Fatin.  Selama setahun dia menggunakan produk yang melibatkan pengelupasan. Ketika saya menemuinya untuk facial percuma Mary Kay, kulit wajahnya sangat kering. Terutama bahagian dagunya. Kulitnya bagai berkuping-kuping kerana terlalu kering.
Saya berikannya set botanikal untuk kulit kering. Kesannya begitu ketara. Selepas masker, bahagian yang asalnya kering tampak lebih lembap sedikit.
Atas nasihat saya, tanpa berlengah lagi, Fatin meminta agar saya berikannya formula terbaik untuk menyelesaikan masalah kulitnya.  Petang itu juga saya hantarkan kesemua produk yang diperlukannya. Set botanikal untuk kulit kering dan juga intense moisturising cream bagi menghidratkan kulit wajahnya.  Tiga hari kemudian,  Fatin memberitahu saya kulitnya memang kelihatan lebih baik. Kekeringan sudahpun berkurangan.
Berita gembira kedua hari ini.
Jika anda juga punyai masalah kekeringan melampau seperti ini, anda boleh hubungi saya. Mungkin saya dapat membantu anda.

Terimakasih Fatin kerana memberi kepercayaan kepada kak has ya.
Moga selepas ini Fatin menjadi doktor tercantik di Bangi ya.

Testimonial

Hari ini saya terima panggilan dari Su. Saya temui Su bulan lepas. Dia beriya-iya ingin bertemu dengan saya sebelum pulng ke Miri. Jadi, walaupun penat setelah pulang dari kampung,  saya tidak hampakan Su. Kami bertemu di pejabat Mary Kay. Su kelihatan sangat pemalu orangnya. Orangnya kecil molek. Berkulit cerah. Wajahnya sudah mula menampakkan bintik-bintik jeragat. Kulit wajahnya nampak sangat nipis. Kesan dari produk kecantikannya sebelum ini. Dalam tidak lebih sejam, facial dan mekap selesai. Su sangat sukakan sentuhan saya. Walaupun dia baru sahaja menjalani facial berharga RM99 sehari sebelumnya, dia masih dapat merasakan perbezaan pada wajahnya selepas mencuci maskernya. Pori-pori kelihatan lebih halus. Blackhead berkurangan. Dan tompokan merah di wajahnya juga berkurangan.

Keesokan harinya, Su meminta saya menghantar semua produk yang diperlukannya. Saya  bercadang untuk memberinya set paling asas. Tetapi,  dia juga sangat sukakan mekap Mary Kay. Jadi, saya berikannya semua yang dicubanya ketika facial sehari sebelumnya.
Beberapa hari kemudian saya menghubunginya untuk bertanyakan perkembangan terbarunya.  Jerawat mulai keluar. Dia tidak panik kerana yakin ianya cumalah proses pemulihan.

Hari ini dia menghubungi saya.  Su semakin ceria tiap kali kami berhubung melalui telefon.
Berita gembira yang saya terima hari ini. Kulitnya makin cantik. Jerawat sudahpun berkurangan. Dan lebih seronok lagi, kakaknya juga sudah menunjukkan minat dengan produk ini.
Apa yang boleh saya ucapkan, Alhamdulillah.

Niat cuma untuk tidak menghampakan Su. Untuk mencantikkannya lagi dan memberikannya keyakinan diri.

Jika anda percayakan saya, berilah peluang kepada saya untuk mencantikkan wajah anda secara selamat dan mudah serta menjimatkan.



Sunday, February 17, 2013

Leadership Conference 2013

Mary Kay Leadership Conference di Sutera Harbour Resort,  Kota Kinabalu pada 18 Jan hingga 21 Jan.  Acara tahunan ini diadakan untuk semua Pengarah Jualan Bebas Mary Kay di mana kami semua berkumpul untuk mendapatkan ilmu melalui perkongsian mentor-mentor hebat di Mary Kay Malaysia dan Asia Pasifik.
Untuk tahun 2013 ini,  kami semua telah terbang ke Kota Kinabalu,  Sabah yang sangat terkenal dengan pulau-pulau dan pantainya yang indah,  dan puncak tertinggi di Malaysia,  makanan lautnya yang segar dan murah serta mutiaranya.


Pemandangan dari cafe hotel.  Memang cantik kan?


Antara barisan Sales Director yang hadir.


Ini adalah lanyard saya.  Setakat Januari 2013,  saya telah pun on-track untuk Court of Personal Sales dan Court of Unit Production.  Bermakna,  2 cincin sudah hampir menjadi milik saya pada Seminar 2013 ini.  InsyaaAllah,  saya akan mendapat 3 bentuk cincin berlian tahun ini.


Ini adalah antara hadiah yang kami terima kerana menghadiri Conference tahun ini.  Ilmu dapat,  hadiah pun dapat.


Gambar bersama General Manager Mary Kay Malaysia,  Encik Nasution.


Majlis makan malam bertemakan Tropical Night.  

Siapa yang fikir karier di Mary Kay ini sangat menarik dan berminat untuk menyertai kami?


One Woman Can Beauty Contest

Sempena dengan ulangtahun ke 50 Mary Kay,  Mary Kay Malaysia telah melancarkan One Woman Can Beauty Contest.  Peraduan mudah ini bakal membawa pemenangnya ke Hong Kong selama 4 hari 3 malam. Bukan itu saja,  anda juga berpeluang belajar bidang peragaan di sana.  Dan berpeluang menjadi cover girl untuk majalah bulanan kami,  Applause.  Dan katalog kami,  The Look.  Hebatnya!! Sangat mudah.  Anda tidak perlu mempunyai bentuk badan menarik atau ketinggian seorang model.  Ia terbuka kepada semua wanita berusia 18 tahun ke atas.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah datang berjumpa saya atau Beauty Consultant anda.  Kami akan sediakan peralatan dan panduan untuk anda bermekap sendiri dan gambar anda akan di upload ke website Mary Kay Malaysia untuk di like oleh kawan-kawan anda.  Senang bukan?


Apa yang perlu anda lakukan?
Hubungi saya untuk tempahan.

Kepada warga Terengganu dan sekitar Besut,  saya akan berada di Besut pada Jumaat 22 Februari ini.  Sertai bengkel penjagaan wajah kami dan belajar bermekap bersama kami.  Dan kita ambil gambar sebelum dan selepas untuk dihantar ke Mary Kay Malaysia jika anda berminat dengan peraduan ini.

Kepada warga Kuantan dan sekitarnya,  saya akan berada di bandar Kuantan untuk Bengkel Penjagaan wajah pada 23 Februari ini dan kita juga akan belajar untuk mendapatkan warna foundation paling natural untuk anda.

Kepada warga Kedah,  saya akan berada di Kulim pada 1 Mac ini untuk Bengkel Penjagaan wajah.  Aktiviti yang sama akan diadakan di sana juga.  Inilah peluang untuk anda belajar menjaga wajah,  belajar cara cuci muka yang betul untuk kelihatan awet muda,  bertemu dengan Top Directors di Malaysia dan mendapatkan ilmu jika ingin berjaya dalam karier di Mary Kay dan sudah tentu untuk belajar mekap bersama Pengarah Jualan yang hebat-hebat.

Dan kepada warga Lembah Kelang,  anda tidak pernah saya lupakan.  Hubungi saya untuk tempahan.  Kita boleh berjumpa dan belajar secara one-to-one.  

Dan kepada warga Johor Bahru,  Pulau Pinang,  Kota Bharu, saya ada Beauty Consultant yang hebat di sana yang boleh membantu anda ya.

Sila SMS atau WhatsApp saya di 016-361 0628 sekarang juga

Apa yang menarik bulan ini?

Assalamualaikum semua ..
Lamanya saya tak berposting .. Sibuk dengan pelbagai kisah ..
Sibuk dengan Leadership Conference di Kota Kinabalu pertengahan bulan lepas,  diikuti dengan bengkel kecantikan di Johor Bahru,  kemudian dikejutkan dengan berita kematian suami seorang sahabat baik setelah 2 bulan  terlantar di hospital,  kemudian menjadi mentor kursus ESRS selama 2 hari.
Kisah Leadership Conference akan tetap saya post kan di sini.  Untuk menjadi inspirasi pada wanita-wanita lain di luar sana.
Dan kisah menjadi mentor ESRS juga.  Hanya di Mary Kay saya berpeluang menjadi guru:-)

Tapi sekarang yang paling penting adalah aktiviti dalam masa terdekat ni ya ..

Saya akan mengadakan Bengkel Penjagaan Wajah di Besut pada 22 Februari ini.

Dan pada 23 Februari ini pula,  Bengkel Penjagaan Wajah di Kuantan.

Dan pada 27 Februari ini,  kami akan mengadakan Guest Event bersama Senior National Sales Director Pam Fortenberry-Slate yang diterbangkan dari Amerika Syarikat.  Kepada anda yang ingin tahu bagaimana dengan Mary Kay anda boleh bergelar jutawan,  jom ke majlis ini ya.

Pada 1 Mac pula,  saya akan berada di Kulim untuk Bengkel Penjagaan Wajah lagi.

Dari 1 Mac hingga 3 Mac,  kami Pengarah Jualan Bebas Mary Kay akan berada di Lone Pine Resort,  Pulau Pinang sempena dengan Sales Director Retreat bersama SNSD Pam.  Apa yang menarik dalam acara tahunan ini adalah,  saya telah terpilih untuk berkongsi serba sedikit tentang diri saya dan Mary Kay setelah unit saya berjaya mendapat kedudukan Top 5 di dalam Pam's Area di Malaysia.  Menarik kan?

Dan pada 8 Mac pula,  saya akan berada di pejabat Mary Kay sempena dengan perlancaran International Women's Day di mana kami akan mengadakan sesi makeover bersempena dengan One Woman Can Beauty Contest.  Sesiapa yang menjadi tetamu saya pada hari tersebut akan menerima sebatang lipgloss bernilai RM48.

Itu saja ya buat malam ini ..

Salam Sayang dari saya ..