Tuesday, September 30, 2014

Flawless skin

Wajah licin semulajadi? Syukur kepada Tuhan.  Senang untuk dimekapkan. Tak perlu mekap yang tebal. Janji kulit wajah sentiasa cukup lembapan.

Wajah banyak cela. 
Parut berlubang. Kesan jerawat. Kesan chicken pox. Pori-pori kasar. Tompokan sana sini. Kulit berkedut. Jangan risau. 
Kami boleh bantu anda mengatasi masalah itu. Sekurang-kurangnya mengurangkan kesan cela itu. Dan kita gunakan teknik yang betul untuk mengurangkannya dan melicinkannya.
Mary Kay ada pelbagai produk untuk membantu anda.  Selain produk penjagaan wajah untuk memulihkan kembali kulit anda, 
Mary Kay juga mempunyai rangkaian kosmetik untuk menambahbaikkan penampilan wajah anda.  Antaranya Foundation Primer yang digunakan sebagai asas kepada foundation atau bedak asas. Pilihan antara CC cream atau TW liquid foundation mengikut keadaan kulit.  Pilihan Translucent powder atau Mineral Powder Foundation untuk kemasan yang lebih cantik dan gebu.
Wow! Semua ini ada di Mary Kay.  Dan paling bagusnya, anda berpeluang untuk belajar cara penggunaannya dan mencubanya pada wajah anda sendiri.
Hebat kan?
Jom hubungi saya untuk mencubanya.  Dan kongsikan dengan saya apa pendapat anda selepas itu.


Penggunaan CC cream dahulu.  Nampak kilatan sedikit.  Diikuti dengan Translucent Powder dan nampak agak matte.  Kemudian cheekcolor dan highlighter pada cheekbone untuk menampakkan tulang pipi.  Dan dah siap .. 

Sunday, September 21, 2014

Beauty Fair di Kuantan

Untuk pertama kalinya, Mary Kay Malaysia akan membawakan Beauty Fair ke Kuantan!

Sila tandakan kalendar anda.

Wanita di sekitar Kuantan dan Kemaman, jangan lepaskan peluang keemasan ini.  
Di sini anda berpeluang melihat semua produk yang ditawarkan di Mary Kay.  Dan bukan itu sahaja. Anda juga berpeluang untuk mencubanya.  Hebat bukan?  Anda boleh melihat sendiri keajaiban masker Botanical Effect.  Atau Timewise Hydrating Gel Mask.  Atau Melacep mask.  Anda boleh merasa sendiri hebatnya lipspa.  Lihat bibir anda kelihatan lebih bermaya.  Dan anda juga berpeluang mencuba CC cream, atau mana-mana produk mekap Mary Kay.  Saya sungguh teruja.

Di sebelah malam pula anda berpeluang untuk mendengar tentang peluang kerjaya di Mary Kay.  

Segalanya percuma.  Tiada bayaran yang akan dikenakan.  Dan semestinya tiada paksaan. Malah anda berpeluang untuk mendapat hadiah dari pihak syarikat Mary Kay Malaysia.

Jika anda berminat untuk menjadi tetamu VIP saya, sila sms atau whastapp ke 016-361 0628 sekarang juga.  
Saya sendiri yang akan melayan anda.  Dan semestinya ada sesuatu yang istimewa dari saya.  

Tunggu apa lagi? 

Saturday, September 20, 2014

Jom belajar tentang fakta kulit dan produk

Yang saya sukakan tentang Mary Kay adalah ilmu yang dikongsikan.

Sebelum Mary Kay, saya selalu membeli produk kecantikan di kaunter.  Apa yang saya beli adalah apa yang saya lihat dalam iklan di majalah, televisyen atau di billboard.  Tidak pernah saya tahu fungsi produk itu.  Tidak pernah saya tahu masalah kulit saya yang sebenarnya kekeringan itu.  Tidak pernah saya tahu kulit boleh menjadi lebih muda dari usia sebenar saya.  Betapa banyaknya wang yang telah saya bazirkan dengan membeli produk yang tidak diperlukan.  Dan betapa membazirnya saya berbelanja membeli produk kecantikan sebelum ini tanpa mendapat hasil yang diinginkan.

Kini saya tahu jenis kulit saya.  Dan saya tahu produk apa yang kulit wajah saya perlukan dan untuk memudakan kulit wajah saya.  Semua saya pelajari di Mary Kay.  Dan semuanya percuma.  Dan sekarang tugas saya pula berkongsi ilmu yang ada bersama konsultan-konsultan di Mary Kay.

Jika anda seperti saya .. yang sukakan kecantikan dan cintakan ilmu, anda pasti akan sukakan Mary Kay.  Mari sertai pasukan Crystal Swan unit saya.


Banyaknya ilmu yang ingin dikongsi .. 


Pinjam kata-kata ESSD Nafisah .. those who show up will move up.  Ilmu itu sangat penting .. kerana dengan ilmu juga kita akan berasa lebih yakin.  Dan seseorang wanita itu akan nampak lebih cantik apabila dia yakin dengan dirinya


Smile

Senyumlah.
Dan senyumlah dari hati anda.
Dan ia akan masuk terus ke hati mereka.
Itulah cara saya memikat hati pengguna saya.  Konsultan saya.  Dan prospek saya.
Senyuman dari hati itu menampakkan keikhlasan anda. 
Cuba lihat wajah anda di cermin.  Dan cuba senyum.  Jika anda suka melihat wajah di cermin itu, itulah dia senyuman dari hati anda.  Dan wajah itulah yang akan memudahkan anda didekati.

Tapi jangan senyum sebarangan pula.  Hanya pada wanita sahaja ya 

Get together

Ini adalah Mary Kay sisters saya di Norfiza Future Area.  Kami berkerja dan bergembira bersama. Sambil bergembira kami akan berkongsi tips dan strategi.  Yang pentingnya kami sentiasa berkongsi dan kami mahu semua berjaya di Mary Kay.


SSD Normie, saya dan SD Hasnah. Kami semua nampak sebaya saja kan? Jangan keliru.  Yang paling kiri tu baru 30-an.  Yang tengah tu 43 tahun dan yang kanan tu dah lewat 40-an.  Itulah rahsia di Mary Kay



Seminar 2014

Mary Kay Seminar di Berjaya Times Square pada 12 dan 13 September.   Seramai 1400 orang konsultan Malaysia dan Singapura telah menghadiri Seminar kali ini.  Seramai 6 orang konsultan saya telah hadir kali ini.
Apa yang menariknya di Seminar?   Di sinilah kami dapat belajar, mendapatkan semangat dan inspirasi daripada pencapai hebat di Mary Kay Malaysia dan Singapura.
Dan semestinya di sinilah pencapaian terbaik dan tertinggi kami medapat pengiktirafan di atas pentas.
4 kali nama saya dipanggil untuk ke pentas untuk anugerah pencapai Triple Court,  Court of Personal Sales,  Court of Sharing dan Court of Achievement.
Dan saya juga ke pentas untuk pengiktirafan sebagai Mentor ESRS di Mary Kay Malaysia dan Year of Consistent Star Achiever.
Alhamdulillah .. saya bersyukur di atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan oleh wanita dan insan yang saya sayangi di keliling saya.


Sebelum event bermula, kami sempat makan mengalas perut dahulu.


Kali pertama menghadiri Seminar 4 tahun lalu,  saya kagum melihat Pengarah Jualan yang memakai lanyard yang berjela panjangnya.  Kini ianya adalah suatu perkara biasa dan wajib bagi saya pada setiap Seminar.  Lanyard yang panjang melambangkan pencapaian seseorang konsultan itu di Mary Kay.  


Kami semua adalah Pengarah Jualan dari Pam Fortenberry-Slate Area.  Semua cantik kan?  Tengoklah siapa SNSD nya kan ... Anda mahu menyertai wanita-wanita cantik jelita ini?  Jom sertai saya .. kita sama-sama ke puncak tertinggi di Mary Kay!


Saya adalah VIP guest untuk ke Royal Reception 2014.  Kerana saya adalah pencapai Triple Star.


Kali ini yang lebih istimewa,  kakak saya juga adalah tetamu VIP untuk Royal Reception


Dan kami adalah antara 19 orang Pengarah Jualan yang berjaya mencapai Triple Star Seminar 2014.  Kami berjaya untuk Personal Sales,  Personal Sharing dan juga Unit Achievement.


Kami dari Crystal Swan unit.  Semua cantik .. sungguh istimewa kerana 2 orang daripada mereka adalah kawan saya dari sekolah menengah lagi.  Juga sangat istimewa kerana 6 orang sanggup datang jauh dari Terengganu dan Pulau Pinang kerana ingin belajar dan meraikan kejayaan kami semua.  I love you ..


Barisan Top 20 Anugerah Court of Sharing.  Dan saya berada di tangga ke-5 untuk Mary Kay Malaysia/Singapura


Tangga ke-5.  Seminar 2015 impian saya adalah untuk mengulangi sejarah Seminar 2013.  Iaitu untuk menjadi Queen of Sharing.


Special Luncheon.  Hanya untuk Court Achievers dan juga Year of Consistent Star Achievers.  Sebelah saya itu adalah Lee Fan,  staff Mary Kay yang bertanggungjawab menyiapkan cek kami tiap bulan .. dia sangat sporting tau ..


Dalam dewan Seminar


Antara hadiah yang saya terima


Barisan Red Jacket University graduates .. cantik-cantik kan ..

Pam's Awards Night

Pam's Area Awards Night.  Majlis yang pasti diadakan setiap bulan September sehari sebelum Seminar Tahunan Mary Kay.  Di majlis ini semua pencapai akan diraikan.  Yang paling saya suka, hadiah-hadiahnya diterbangkan terus dari Amerika Syarikat.  Dibawa oleh Global National Sales Director Pam Fortenberry Slate.  Hadiah-hadiahnya sangat eksklusif.  Dikeluarkan hanya untuk Mary Kay Cosmetic.  Dan hanya untuk mereka yang berjaya mencapai cabaran di Mary Kay sahaja. Istimewa bukan?


Ini adalah hadiah-hadiah yang dibawa oleh Pam ke Malaysia.  Beg itu saya punya ..


Ini adalah barisan hadiah untuk konsultan yang berjaya mencapai sekurang-kurangnya separuh daripada cabaran dari pihak syarikat.


Saya berada di tangga kedua dalam kategori berkongsi dalam Pam's Area. Berkongsi peluang perniagaan di Mary Kay.  Dan membantu mereka berkembang.


Kami adalah pemilik Pink Car dalam Pam's Area.  Semua dapat hadiah.  Key chain Mary Kay.  Warna pink dan sangat comel. Hanya di Mary Kay sahaja.


Konsultan saya yang hadir.  Kami berpeluang bergambar bersama SNSD Pam

Wednesday, September 10, 2014

Sesi Beramah Mesra Bersama pasukan saya

Minggu yang sangat produktif!
Alhamdulillah.

Hari Isnin saya berpeluang bertemu dengan 4 orang konsultan saya di Alamanda Putrajaya.
Hari Rabu pula saya berpeluang bertemu dengan 3 orang konsultan dan seorang prospek di Laman Seri Shah Alam.

Banyak yang kami pelajari dalam 2 hari itu.  Tentang diri masing-masing.  Tentang keperluan,  kekurangan dan pengalaman masing-masing.   Saya amat bersyukur kerana mereka sudi meluangkan masa untuk bersama saya. Dan sudi memberi ruang kepada saya untuk berkongsi ilmu yang saya ada ini.

Dan semoga perkongsian kami itu akan memberi manfaat kepada semua.
I love my Mary Kay 


Tuesday, September 9, 2014

Timewise Plus Volu-Fill Wrinkle Corrector


Ia baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 1 September.  
Dan saya baru sahaja menerimanya 2 hari lepas.  Produk yang dinantikan sudah ada dalam tangan.  

Tunggu apa lagi. 
Oleh kerana wajah saya tiada satu pun garis halus, saya pun memulakan aktiviti mencari testimonial bersama konsultan saya.  Dan hasilnya amat memberangsangkan.

Cuba lihat hasilnya di sini.

Baru 2 kali disapu pada garis senyuman.  Kesan serta-merta!  Hebat kan?

Yang ini pula sapuan di atas wajah yang sudah dimekapkan.


Anda teruja?  Mahu mencuba sendiri?  Sila hubungi saya di 016 361 0628 sekarang juga!

I am an Independent Mary Kay Beauty Consultant

Saya memang suka berkongsi.  
Hampir semua yang saya tahu akan saya kongsi dengan sesiapa sahaja yang saya kenali.  Termasuklah segala ilmu tentang penjagaan wajah.
Tujuan saya cuma satu.  
Saya mahu kawan-kawan saya tahu apa yang mereka perlukan untuk kulit wajah mereka.  Saya mahu mereka tahu setiap langkah penjagaan wajah yang sempurna.
Dan saya akan cuba membantu mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan kulit wajah mereka. 
Kerap juga saya berkongsi ilmu yang saya ada ini dengan kawan-kawan.   Hingga rupa-rupanya ada di antara kawan saya itu menyangka  saya adalah seorang doktor kecantikan.  
Hmm .. teringat waktu kecil dahulu saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang doktor.  
Tapi ianya cuma tinggal impian.  

Kini saya adalah seorang Perunding Kecantikan Mary Kay.  
Dan jika ada yang menyangka saya seorang Doktor Kecantikan, bagi saya ianya suatu pengiktirafan yang sangat besar nilainya. 
 

Ini adalah gambar saya bersama mentor-mentor hebat di Mary Kay Malaysia.



Ini pula gambar saya bersama 2 orang Star Consultant saya ketika mereka menghadiri kursus ESRS selama 2 hari di PJ Beauty Center



Gambar ini diambil ketika Pink Car Rally di Taman Tasik Titiwangsa sempena Ulangtahun ke-50 Mary Kay


Ini gambar kegemaran saya.  Ketika Pam's Area SD Retreat di Lone Pine Resort


Gambar kenangan ketika melawat gudang Mary Kay Cosmetics di Dallas Texas pada tahun 2012

Monday, September 8, 2014

Hilangkan garis halus di wajahmu

Inilah produk terbaru Mary Kay!!
Timewise Plus Volu-Fill Wrinkle Corrector. Lihat kesannya dalam masa 2 minit sahaja.
Jika anda ada masalah garis halus di dahi, antara kening, hujung mata, tepi bibir,  atas bibir, atau garis senyuman, sila hubungi saya. Kita lihat kesan serta mertanya.

Memang hebat.  Tiada suntikan.  Dan pastinya tidak menyakitkan.  Saya percaya ianya bakal menjadi produk terlaris tahun ini.




Testi ke atas tangan saya sebab di wajah saya tiada garis halus.

Thursday, September 4, 2014

Saya adalah Perunding Kecantikan Mary Kay!

Saya adalah Perunding Kecantikan Mary Kay.  Atau juga lebih dikenali sebagai Beauty Consultant.  Sudah lebih 5 tahun. Dan masih lagi aktif.  Kerana inilah kerjaya saya sekarang.


Retreat di Menara KL


Bersama BC saya,  FSD Norizan Yong


Ketika SD Retreat di Lone Pine Resort Penang

Wajah natural yang tetap cantik

Pagi tadi saya terima panggilan dari seorang pengguna setia Mary Kay, yang juga kini merupakan seorang teman baik saya.
Suka bercampur duka.

Kabar gembiranya adalah kerana Datin Radiah sangat-sangat berpuas hati dengan hasil CC Cream Mary Kay yang baru digunakannya tidak sampai seminggu itu.  Pujian demi pujian diterimanya. Siapa yang tak suka dipuji kan? Bukan kita meminta tetapi orang yang nak memberi. Dan juga dia sangat gembira dengan hasil Mary Kay Intense Moisturising Cream yang saya hadiahkan kepadanya untuk ingatannya kepada saya.  Itu adalah produk kesukaan saya.  Menghidratkan kulit wajah terutama apabila terpaksa berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Ataupun bila-bila saya memerlukan wajah yang tampak segar untuk jangkamasa melebihi 8 jam.

Tetapi kabar sedihnya pula, Datin Radiah akan terbang ke Azerbaijan demi menemankan suaminya menjalankan tanggungjawab negara di sana pada hujung minggu ini. Tentunya kami akan teruskan persahabatan yang terjalin oleh Mary Kay ini.  Tetapi kami akan terpisah selama 2 atau 3 tahun.
Harapan saya semoga segala urusan Datin Radiah dan keluarganya di sana dipermudahkan. Dan semoga kami akan bertemu kembali.

Wednesday, September 3, 2014

Ingin menjadi hostess saya?

Anda sukakan hadiah?  Pastinya ya ..
Hadiah minyak wangi mini. Bukan 1 tetapi 5 botol comel. Harganya RM200.
Hadiah istimewa ini adalah untuk anda yang sudi menjadi hostess saya.
Apa yang perlu anda lakukan?
Kumpulkan kawan-kawan anda seramai 5 orang dan luangkan masa selama 2 jam bersama saya untuk kelas penjagaan wajah Mary Kay secara percuma.
Tapi pastikan anda bukanlah pengguna produk Mary Kay kecuali anda adalah pelanggan saya dan anda belum pernah menghadiri sesi facial percuma Mary Kay dalam tempoh 6 bulan ini.
Mudah saja kan?
Tunggu apa lagi?  Whatsapp saya di 016  361 0628 sekarang juga!!

Tuesday, September 2, 2014

Naturally flawless?

Wajah saya dengan Mary Kay Timewise liquid foundation sebelah kiri dan Mary Kay CC cream di sebelah kanan.
Yang mana satu pilihan anda?
Dengan liquid foundation nampak sangat licin dan berkilau.
Dengan cc cream nampak lebih natural.